Bercadang Nak Melancong Ke Mesir? Baca Tips Dikongsi Wanita Ini Dulu
Bercadang Nak Melancong Ke Mesir? Baca Tips Dikongsi Wanita Ini Dulu 1

Bercadang Nak Melancong Ke Mesir? Baca Tips Dikongsi Wanita Ini Dulu

Kepada yang suka melancong, pastinya trip ke Eropah adalah antara yang diingini terutamanya kepada yang sukakan alam semulajadi. Jarang kita dapat lihat seseorang nak kongsikan pengembaraan melancong ke mesir atau negara arab lain. Kalau ada pun, kebiasaannya trip tersebut adalah termasuk di dalam pakej umrah.

Namun, pengembaraan ke negara-negara Arab ini tidak kurang menariknya. Ini kerana, negara-negara Arab ini penuh dengan sejarah yang dianggap dari peradaban dahulu kala untuk dipelajari dan diterokai. Malah, kebanyakan tempat-tempat sejarah ini ada kisahnya yang tercatat di dalam al-Quran.

Melalui posting daripada Facebook Nour Hassanudin, beliau berkongsi tips kepada anda yang berhajat untuk melancong ke Mesir. Tips yang dikongsikan oleh beliau sangat menyeluruh memandangkan beliau sudah lama menetap di sana. Baca perkongsian beliau di bawah ini.

Tips Melancong Ke Mesir

Gunakan Mask Dan Cermin Mata

Mana-mana yang tak tahan habuk atau bau asap dan bau yang kurang menyenangkan elok lah pakai mask mulut. Seperti kita tahu Mesir di antara negara akan selalu di landa ribut pasir jadi siapa yang ada alahan tolong pakai mask dan bawak bekalan ubat cukup. Angin yang kuat bila musim winter dan autumn jadi lebih baik sediakan cermin mata fahamlah bila berada di negara padang pasir.

Tambahan lagi di Mesir juga selain kenderaan biasa mereka juga gunakan haiwan sebagai tunggangan dan pengangkutan utama bagi yang berniaga. Tak kira di jalan bandar atau highway pasti ada keldai dan kuda jadi fahamlah bau semerbak dia macam mana kan.

Pertukaran Wang Genaih Atau Pound

Korang yang nak ke Mesir sangat di sarankan tukar duit genaih. Sesetengah tempat terima duit Ringgit dan USD sebagai contoh khan khalili bazaar tempat pelancong membeli belah. Tapi lebih baik ada duit genaih mudah berurus niaga dan mereka juga tidak mudah mengambil kesempatan.

Pertukaran duit genaih boleh di buat di mana-mana money changer berada dalam Mesir. Sekiranya nak lebih mudah korang boleh sahaja tunaikan melalui mana-mana mesin ATM di Mesir dengan syarat aktifkan kad bank kalian dengan pengeluaran luar negara di negara asal. Di sini juga ada bank HSBC.

Setiap transaksi pengeluaran tunai ada cas tertentu sebagai contoh aku biasa guna kad CIMB so aku keluarkan duit di mana-mana mesin ATM cas pengeluaran hanya Rm10.00 sekali transaksi tak kira banyak mana pun cas dia tetap sama. Sekiranya kad maybank, lain nilai cas nya begitu juga dengan kad2 bank yang lain.

Backpack Atau Travel Agensi Mana Lebih Mudah?

Part ni aku tekankan pada korang datang ke Meisr melalui travel agent. Disebabkan Arabian ni tak semua pandai cakap english jadi masalah komunikasi sangatlah teruk. Jangan kata tak semua memang payah nak jumpa boleh cakap english even kau pergi bank pun kena cakap arab.

Bila kita cakap english mereka akan balas semula “no english” so nak tak nak kena cakap arab. So melalui pengalaman aku duduk sini better korang guna tour guide lebih mudah dan perjalanan lebih teratur. Melainkan korang boleh bercakap arab fushah + amiyah (bahasa pasar) supaya mudah komunikasi.

Sebab itu sangat tekankan ada tour guide tak kira dari negara asal korang datang atau ambik company dari lokal di dalam Mesir. Salah satu sebab juga adalah keselamatan supaya tiada yang mengambil kesempatan.

Satu lagi maklumat penting yang korang kena tahu setiap tempat yang pelancong masuk mesti ada kebenaran polis & dan pass membawa pelancong sebab tu aku sangat sarankan korang guna tour guide memudahkan kerja korang lagipun tour guide sudah tahu dan mereka sudah biasa berurusan dengan pihak2 atasan di sini.

Jangan Lupa Tawar Menawar Sebelum Membeli

Sekiranya pergi ke kedai-kedai di jalanan atau bazaar terbuka sila lah tawar menawar sehabis boleh. Sebagai contoh harga satu barang 500egp genaih so sila lah tawar half price 200-250egp. Sekiranya mereka tak mahu boleh lah jalan ke depan atau intai-intai di kedai lain.

Kebiasannya bila korang mula melangkah ke luar kedai pasti mereka akan panggil semula dan akan tanya berapa harga yang korang nak. Haaa..masa itu lah kaw-kaw tawar menawar. Tapi jangan sampai harga tak masuk akal. Tawar menawar ni hanya sesuai di kedai jalanan atau bazaar sahaja ye. Jangan tawar menawar di dalam mall pula habis korang kena perambat nanti.

Tips Mencari Makanan

Makanan asasi Mesir adalah roti terutama pada waktu pagi. Di makan dengan salad, cheese, bean, telur dan makanan tradisi sini iaitu takmiyah. Jadi kebiasaanya semua kedai akan jual benda sama. Tiada nasi dan makanan berat pada waktu pagi. Nak nasi tunggu tengahari sikit jam 12 tenghari ke atas. Melainkan kalau duduk di hotel yang sediakan sarapan pagi atau ikut company travel mungkin boleh request makanan berat pada mereka. Faham sangat dengan tekak asian.

Oh ye, sini juga banyak restoran makanan asian seperti Malaysia, Indonesia, Thai dan sebagainya. Tapi tak challenge lah kan datang Mesir makan makanan melayu mesti lah kena rasa makanan penduduk tempatan sini. Makanan di sini sangat lah meriah dan mudah untuk dapat rata-rata kedai di tepi jalan jadi senang nak pilih.

Sediakan Tisu Basah Dan Botol Air Kecil

Sila bawa tisu basah dan botol air kecil bila travel di dalam Mesir. Ini memudahkan korang bila emergency nak terkucil dan public toilet selalunya memang kotor. Ni bukan aku nak buruk kan memang hakikat tak kan aku nak cerita bab indah belaka je kan, Nanti korang tiba sini indah khabar dari rupa.

Sesetengah tempat tak ada getah paip, gayung dan baldi. Kadang-kadang korang akan jumpa batang paip je. Jadi tolong standby tisu basah atau botol air dalam beg. Even dekat masjid pun kekadang tak ada kelengkapan toilet secukupnya. Bab ni aku malas nak ulas lebih-lebih jadi siapa dah pergi pasti tau. Tak semua masjid tapi hampir kebanyakkan masjid ada masalah macam ni.

Toilet di Petrol station pun kotor melainkan mall besar lebih terjaga dan bersih. Tapi pelancong datang sini jarang akan ke mall tambahan barang harga lebih mahal dari bazaar jadi yang mana penggeli tu sebelum keluar hotel buang lah hajat korang sehabisnya.

Ubat – Ubatan Persendirian Mesti Di Bawa

Bawa bekalan ubat-ubatan secukupnya. Memandangkan sini medical agak mahal lagi-lagi untuk foreigner jadi jika ada sakit seperti lelah, alahan apa-apa sila bawa ubat secukupnya. Terutamanya yang travel bawak anak.

Jika nak beli di farmasi boleh sahaja walk in. Sini ubat-ubatan memang semua akan beli di farmasi. Hospital atau klinik tidak sediakan. Sekiranya habis rawatan di klinik atau hospital doctor akan bagi senarai ubat-ubat yang korang sendiri kena beli di farmasi yang berdekatan.

Ambil Travel Insuran

Sangat penting dan perlu ada in case ada terjadi kehilangan bagasi atau kemalangan yang tak di ingini berlaku. Pastikan uols membeli insuran yang boleh cover semua ni. Bab ni boleh cek dengan syarikat travel insuran di Malaysia.

Musim-Musim Di Mesir. Panas, Luruh Atau Sejuk Waktu Terbaik?

Setiap musim ni semua ada kelebihan masing-masing. Sebagai contoh musim panas kos travel dan tiket-tiket masuk akan lebih murah sedikit berbanding musim sejuk dan luruh. Sebab musim panas pelancong kurang datang kebanyakkan Arabian people sahaja yang suka bercuti pada sesi musim panas dengan cuti persekolahan di Arabian golf.

Siapa yang mempunyai migrain atau alahan kulit memang tidak di sarankan bercuti semasa musim panas suhu paling tinggi boleh mencecah 37 darjah ke atas mengikut kawasan di Mesir. Tapi apa yang best bila melancong semasa musim panas ni tempat-tempat lawatan di buka sehingga lewat petang sebab siang masa yang panjang dan malam yang pendek tambahan lagi tiket lawatan murah tapi korang berkicap lah nanti memang lencun dengan peluh.

Pergerakkan untuk melawat tempat-tempat tidak terbatas malah tiket lawatan murah. Jimat kos di situ. Pada musim sejuk dan luruh pula adalah musim yang sibuk di mana kebanyakkan ramai pelancong asing akan ke Mesir sebab cuaca yang sejuk. Pasti teruja siapa yang tiada pegalaman merasa musim sejuk lebih-lebih lagi yang pertama kali melancong.

Malam waktunya yang panjang dan siang masa pendek. Pukul 4.30pm langit mula gelap dan jam 5.00pm sudah masuk waktu maghrib. Sebab itu banyak tempat-tempat ziarah akan tutup sekitar jam 4.00pm – 5.00pm. Keterbatasan bila melancong musim sejuk ditambah dengan kos percutian naik harga termasuk tiket-tiket lawatan sesetengah tempat mula meletakan nilai USD.

Mesir ni negara yang tidak ada salji tapi suhu paling sejuk boleh mencecah bawah 8 darjah mengikut kawasan tertentu. Terutama kawasan-kawasan bergunung sekiranya suhu terlampau sejuk akan ada tompok-tompok salji seperti di pengunungan Sinai. Ini biasa berlaku hampir setiap tahun.

Musim sejuk ni juga ramai jemaah umrah yang mengambil pakej ziarah ke Mesir sebelum mereka ke Mekah dan Madinah. Di tambah dengan pelancong lain jadi sebab tu musim sejuk di gelar musim yang agak sibuk dengan pelancong.

Apa Pakaian Yang Sesuai Di Bawa?

Bawa pakaian sesuai mengikut musim dan secukupnya. Dapatkan info yang tepat tentang suhu sebelum terbang. Macam sebelum ni aku jumpa rombongan malaysia di mall datang ziarah Mesir di penghujung musim panas hari itu. Kebanyakkan warga emas datang bercuti dan mereka bawa baju tebal sedangkan cuaca siang masih panas menjerit lagi di siang hari. Cuma malam sahaja yang sejuk. Sebaiknya dapatkan info tepat atau google sahaja sebelum terbang. Syarikat yang bawa rombongan tolong take noted perkara ni. Kesian jemaah.

Keselamatan Dan Kebersihan

Bab ni bukan aku nak mengutuk cuma nak bagi korang gambaran sedikit supaya nampak suasana Mesir secara general. Keselamatan di sini tidak lah seketat di Malaysia apatah lagi nak di bandingkan dengan negara barat jauh sangat. Terutama bab kebersihan jauh ke bawah. Sampah merata sana sini di jalan dan sebagainya.

1st time dulu aku datang sini masa single memang terkejut tengok. Sebab tu aku sarankan pertama sekali benda kena bawa ialah mask. Yang tak tahan bau dan habuk memang boleh pening di tambah lagi dengan sampah merata.

Kawasan-kawasan ziarah yang kebiasaan pelancong pergi memang kebersihan sangat lah sedih. Mereka kurang menjaga sebagai contoh di Pyramid memang bau najis unta, keldai dan kuda sangat kuat bau di tambah dengan angin yang kuat di padang pasir jadi bercampur bau tu semua.

Asingkan Duit Kecil Dan Besar

Kalau boleh asingkan duit kecil dan besar di tempat yang berlainan. Hal ini jika korang ziarah tempat-tempat sejarah pasti ada peminta sedekah yang akan tunggu di tepi jalan. Sama ada itu warga tempatan atau perlarian dari negara lain. Bab ni juga kena hati-hati jangan bawa keluar semua duit yang korang ada. Time tu lah baru nak pilih duit kecil untuk sedekah takut-takut ada yang terus rampas bawa lari.

So kalau decide nak bagi tolong asingkan awal-awal duit kecil dan besar supaya mudah. Sebagai contoh di makam Imam Syafie kebanyakkan ada kumpulan yabg tunggu walaupun mereka tak sekelompok tapi sekali serbu jadi ramai.

Ini bukan sindiket macam di Malaysia. Mesir ni negara yang tengah jatuh. Kos sara hidup yang tinggi jadi kebanyakkan rakyat memang miskin di tambah dengan lambakan perlarian dari negara arab & African yang duduk sini. So berhati-hati lepas bagi boleh terus jalan jangan nak selfie dan beramah mesra dengan mereka pula.

Tempat-Tempat Ziarah Di Mesir

Satu lokasi ke satu lokasi sangat lah jauh. Even dalam Cairo pun memakan masa berjam nak sampai plus trafik jem lagi. Bila ke luar Cairo boleh jadi ratusan dan ribuan kilometer yang korang kena redah. Alternatif jalan darat ada jalan udara pun ada so boleh pilih (bincang dengan tour guide)

Kalau nak adventure boleh lah naik van, bas atau train sambil-sambil melihat permandangan dan kehidupan penduduk tempatan. Sejak beberapa tahun ni kebanyakkan tempat di Mesir ni banyak di bayar mengunakan nilai USD dan kadar bayaran juga agak tinggi bila ditukarkan ke wan genaih dengan ringgit Malaysia. Jadi berhati-hati lah pilih tour guide yang boleh membantu percutian kalian bukan kaki kelepet duit.

Trafik Di Mesir

Mesir di kenali negara “gila dengan hon” sana sini hon non stop memang mereka suka hon orang sesuka hati. Jadi bertabah lah siapa yang tak suka bising tu just enjoy dengan kepelbagaian budaya di negara orang ditambah jalan yang sangat padat dengan kenderaan. Hari-hari jam tak kira masa. Pandu macam orang gila. Ye betul! Ini lah Mesir.

Jadi yang travel bawak anak tu kalau boleh bawa car seat untuk keselamatan anak-anak. Biar penat berangkut jangan tunggu kecelakaan terjadi baru nak menangis. Kalau di highway laluan 4 lane tapi di Mesir boleh jadi 6 ke 7 lane mereka buat jalan sendiri ikut kepala masing-masing. Jadi safety 1st guys jangan ambil mudah bab ni dan aku dah cakap point atas tadi medical sini mahal.

Budaya Orang Mesir

Sini tak kira di mana budaya memberi salam tu biasa. Jangan rasa pelik pula tak kira dia kenal kau ke tak mereka akan bagi salam bila berselisih bahu. Masyarakat arab Mesir obses dengan kanak-kanak. Kadang-kadang bila kau dalam kereta menunggu lampu isyarat hijau ada kereta sebelah akan hulurkan sweets (coklat atau gula-gula) pada anak kau kalau cermin kereta terbuka. Ambil lah sebagai meraikan jangan risau ni bukan pukau.

Budaya mencium tangan kanak-kanak itu juga biasa di sini. Cuma kena berhati-hati ye. Pantau anak jangan biarkan. Di sini juga kau akan selalu nampak lelaki berpelukkan dan berpegang tangan begitu juga dengan perempuan. Bukan mereka gay atau lesbian. Memang budaya mereka bila akrab sesuatu kekeluargaan atau persahabatan akan berpegang tangan seperti pasangan kekasih. Selebihnya nanti amati lah dengan pandangan mata kalian.

Kesimpulan

Akhir kata, Mesir ni bukan lah tempat percutian mewah. Hotel mewah memang banyak. Cuma persekitaran dan kebersihan yang kurang menyenangkan. Tapi di sini lah sarat dengan tempat-tempat sejarah islam.

Sebelum ke airport kalau masih ada baki duit genaih tolong belanjakan sehabisnya atau boleh sahaja minta tour guide drop korang ke money changer untuk pertukaran duit malaysia atau USD semula kerana duit genaih jika di bawa ke luar Mesir agak payah untuk di tukar .

Rancang lah percutian kalian sebaik-baik nya. Untuk yang bertanya dan minta aku sarankan company tour di sini. Sejujurnya aku serik nak rekemen bukan kali pertama berlaku. Sebaiknya korang pilih lah sendiri.

Ada yang tanya “aku tak nak buka company pelancongan ke kat sini? atau sediakan private trip?” Sejujurnya memang hati ni nak sangat tapi kesempatan masa tidak mengizinkan plus banyak kerja kena buat lesen perniagaan, lesen perlancongan, pass membawa pelancong dan cari orang betul jujur sebagai partners bukan mudah. Semuanya mengambil masa. InsyaAllah doakan lah satu hari nanti ye.

Kalau posting ni dapat sambutan boleh lah aku share part lain seperti korang requrest dalam inbox. Ni pon makan hari aku menaip untuk korang yang duk tanya non stop. Status ni aku public kan yang nak share sila kan.

Sekian,
Nour Hassanudin
Melayu di bumi firaun
Mesir; 5/1/2020

Sumber: Facebook Nour Hassanudin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *