Itinerari Melancong Ke Vietnam, Wanita Ini Jelajah Da Nang, Da Lat, Mui Ne Dan Ho Chi Minh Sekaligus!

Sebelum ini kami ada kongsikan tempat menarik untuk yang berhajat melancong ke Vietnam terutamanya di Da lat memandang Air Asia baru sahaja membuka laluan terus ke sana baru-baru ini. Satu laluan yang patut anda cuba jika untuk menjelajah Asia.

Berbanding Indonesia yang mempunyai keindahan pantainya seperti Bali, Nusa Penida, Lombok, Flores, sememangnya Vietnam juga mempunyai kelebihan yang tersendiri yang menjadi tarikan orang ramai untuk mengunjunginya.

Menerusi Facebook Anis Rosli, beliau berkongsi pengalaman beliau melancong ke Vietnam antara empat wilayah utama di sana iaitu Da Nang, Da lat, Mui Ne dan Ho Chi Minh. Percutian ke empat-empat tempat ini kami rasakan sudah cukup anda menerokai Vietnam secara umumnya. Baca perkongsian beliau di bawah ini.

Foto via Facebook Anis Rosli

Assalamualaikum,

Aku cover dari pertengahan Vietnam ke selatan. Sebab cuti tak lama aku pilih a few tempat yang berkesempatan nak pergi and memang dalam wishlist, antaranya Da Nang, Da Lat, Mui Ne & Ho Chi Minh.

Trip aku bermula dari 21 – 28 November 2019. Kenapa November? Sebab cuaca dia best untuk a few tempat yang aku pergi. Sejuk2 gituw.. hahaha

Untuk transportation boleh kata kami try mostly yang ada kat Vietnam.

Pengangkutan:

  • Viet Jet (HCM- Danang): RM143.41
  • Vietnam Airlines (Danang – Nha Trang) : RM111.00
  • Bas: RM27.00 – ( Nha Trang – Muine) beli dekat BAOLAU
  • Train: RM49.31 ( Sleeper bed Mui Ne – HCM) beli dekat BAOLAU
  • Limousine shared transfer: RM30.00 (Nha Trang – Dalat) – beli dekat KLOOK
  • Grab: RM200 (tak ingat sangat. Mungkin kurang lagi)
  • Airport transfer (dari hotel ke HCM airport) : RM32.22 – Traveloka
  • Private city transfer Ba Na Hills – Da nang : RM 100/3 pax beli dekat KLOOK
  • Private Driver dekat Dalat (Mr. Quy) : VND 2.63j / 3pax

Hotel (Untuk 3 orang):

  • Danang: De Lamour Beach Hotel RM182.31/1 malam
  • Dalat: Dalat Boutique Hotel RM430/3 malam
  • Mui Ne: Mui Ne Resort RM150/ 1 malam
  • HCM: Thanh Thu Hotel RM108.78/ 1 malam

Destinasi Yang Dituju:

Da Nang

  • Asia Park Sun World Da Nang Wonders : RM22 entrance fees – beli dekat KLOOK
  • Ba Na Hills : RM128 entrance fees – beli dekat KLOOK

Da lat

  • Hydrangea Farm
  • Cau Dat Farm
  • Light Valley
  • Railway Station Dalat
  • Clay Tunnel
  • Datanla Waterfall
  • Thuyem Lam Lake
  • Dalat Milk Farm
  • Coffee farm
  • Crazy House

Mui Ne

  • White sand dunes (Sunrise)
  • Red sand dunes
  • Fishing Village
  • Fairy stream

Bermula perjalanan aku..

Sepatutnya trip ni 4 orang. Tapi member aku sorang tak dapat pergi and lagi dua orang gerak awal sehari. So dorang sempat berjimba dekat Hoi An dulu. Aku is STRESS. hahaha.

Jadi aku gerak la sorang dari KL – HCM lepas tu HCM- Danang. Masa aku beli tiket ni tak plan nak start dari mana. Bila dh buat iti baru la ktorng plan nak start dari Danang (beli la tiket Viet Jet Airlines dari HCM – Danang).

Serius penat tunggu… berhuhuhu dekat airport. Dekat Vietnam korang kena awal selalu sebab kita datang tempat orang kan takkan nak dorang yang tunggu kita. Lagi satu Vietnam ni lambat sejam dari Malaysia so kalau badan kau dah terbiasa bangun awal terkebil-kebil mengadap dinding. hahaha.

Foto via Facebook Anis Rosli

Kalau korang dah memang plan nak start dari Danang boleh je beli terus tiket AA KL- Danang. Flight aku jam 9.10 pagi sampai HCM dalam jam 10 pagi macam tu. Then keluar dari international airport terus ke domestic airport check in Vietjet Airlines dengan luggage sekali. Flight jam 3.30 petang pisang wehhh…

Sampai Danang, member dah tunggu dekat hotel, letak beg, basuh-basuh muka jap then terus book grab ke Asia Park Sun World. Theme park dia not bad. Ada banyak jenis game plus roller coaster cuma dia dalam skala kecil. Bagi aku berbaloi la dengan harga RM22 tu. Ada satu roller coaster Queen Cobra dekat belah hujung sekali korang kena try sebab best. Aku jerit tak ingat naik benda tu turun je suara nak hilang dah. Hahaha

Balik bilik rehat and tidur sebab esok 7.30 pagi kereta yang kami book pergi Ba Na Hills dah tunggu. Dari hotel ke Ba Na Hills dalam 30-45 minit macam tu sempat la nak lelap jap.

Sampai Ba Na Hills kami kena decide nak pergi tengok golden hand buddha sebab untuk sampai puncak kena naik cable car. Dia ada 3 or 4 stesen macam tu dan setiap station lain-lain destinasi. Kalau nak ke Tangan Buddha golden bridge tu kena ke Hoi An Station lepas tu naik la sampai ke atas. Panjang di 5km lebih ya. Sempat la kalau siapa yang gayat tu tidur dulu ke kan… hehehe. Lepas dah pergi tangan Buddha tu boleh teruskan perjalanan ke puncak. Masa kami sampai cuaca sejuk berkabus. Main dulu indoorgame dia yang ada dekat situ. Ada macam-macam main sampai lebam. Dia ada Alpine Coaster juga tapi aku tak pergi sebab ramai orang beratur. Makcik dengan pakcik Kpop pon ramai dah sekarang. Nak amik gambar pun kena beratur. hahaha.

Dah setel Ba Na hills sampai hotel kami pergi makan. Dekat Danang ada gak restoran halal – Simpur restoran nama dia. Makanan dia ngam. Plus dah lapar bebenor. Dah kenyang balik rehat kemas barang semua. Sebab esok long journey nak ke Dalat.

Kitaorang gerak jam 9 pagi sebab flight jam 12 tghari ke Nha Trang. Sampai Nha Trang makan jap then pegi ke Big C untuk tunggu Limousine shared transfer ke Dalat jam 4.30 ptg. Dari Airport Nha Trang ke town dia jauh ya dalam sejam macam tu. Nasib kami sempat kalau tak nangis tak berlagu.

Perjalanan dari Nha Trang ke Dalat dalam 3-4 jam macam tu depends la driver nya bawa macam mana. Nasib kami baik driver okay bawa pun tak ada la hentam kromo. Tapi tu la bangun tidur bangun tidur tak sampai2 hahaha.

Dekat Dalat lagi la cepat gelap plus sejuk. Sampai hotel check-in then makan dulu. Esok pagi driver datang jam 7.30 pagi untuk start tour.

Da lat Tour

1st day – Hydrangea Farm (20k), Cau Dat Farm FOC, Light Valley (20k) , Railway Station Dalat (5k), Clay Tunnel (60k)

2nd day – Datanla Waterfall kalau nak main Alpine coaster (RM20 – beli dekat KLOOK), Thuyen Lam Lake FOC, Dalat Milk Farm FOC, Coffee farm FOC tapi kalau nak masuk flower garden dia 15k. Kitaorang minum kopi dia so boleh la duduk dekat tempat kawasan bunga Cuma tak boleh masuk dalam kebun tu, Crazy House (50k) tapi kitaorang tak masuk sebab dah penat dengan tak cukup masa.

Foto via Facebook Anis Rosli

Hydrangea Farm

Selain bunga hydrangea ada lagi bunga-bunga yang lain. Cuma kitaorang tak tahan dengan bunga hydrangea tu rasa nak petik dah la besar besar gebu-gebu hahaha.

Cau Dat Farm

Dia macam kebun teh. Jap bukan macam tapi memang kebun teh pun. Hahaha… jangan cakap dekat aku ala… dekat Cameron pun ada. Dia dah bawak layan…

Light Valley

Light valley ni popular dari gambar tangga kononnya stairway to heaven katanya. Tak apa la kalau badan kau ringan boleh la sampai hujung. Aku memang tak la. Nak amik gambar kena beratur. Tapi tengok orang tu lama kemain posing tangkap gamba apa lagi orang lain main masuk2 je la selit nak tangkap gambar dekat tangga tu jugak hurm….

Foto via Facebook Anis Rosli

Railway Station Dalat

Dalat Railway Station dia masih berfungsi lagi. Ada train dia bawak dekat-dekat je. Aku tak try jadi tak sure sampai mana dia pergi.

Clay Tunnel

Clay tunnel ni besar kawasan dia make sure habiskan pusing. Katanya dia buat dari clay semua binaan dekat sini.

Datanla Waterfall

Dekat Datanla waterfall dia ada dua alpine coaster. Satu yang pendek punya dan dia ada yang baru punya lagi panjang. Kalau nak naik yang panjang tu boleh beli on the spot dekat situ. Tapi kalau nak beli dekat Klook korang kena beli sehari awal dan harga dia murah lagi dari kau beli dekat kaunter. Naik bende ni kau kena kawal sendiri nak laju takyah brek. Kalau tak nak laju brek2 la selalu. Nampak macam tak seram tapi sekali dia pecut kau lupa nak tekan brek jantung rasa macam berhenti gak la. Hahaha…

Thuyen Lam Lake

Mostly pemandangan la. Lawa… dia bawak dekat area empangan. Thuyen Lam lake ni tasik buatan manusia tau. Bapak besar….

Foto via Facebook Anis Rosli

Dalat Milk Farm

Dalat Milk farm ni dia more kepada macam kilang proses susu produk tempatan dorang. Nak beli susu dorang tutup plak rehat. Dekat sini memang orang datang sebab view dia lawa.

Coffee farm

Ladang coffee dekat sini memang banyak sebab Vietnam memang antara pengeksport kopi yang kedua terbesar lepas Brazil. So memang dekat sini kebesaran dorang Coffee. Aku yang tak minum coffee ni pun dah ikut minum tapi bukan black coffee la.

Ada banyak lagi tempat menarik dekat Da Lat tapi kami tak cover semua. Paling mahal entrance fee Valley of Lover dalam 250k. Haritu ada offer 220k so tak pasti ada lagi offer ke tak.

Kesimpulan Da Lat ni instagrammable places la. Hahaha…

Owh ya driver dia 1st day dengan 2nd day orang lain sebab driver yang aku deal dia ada bwk customer lain masa 1st day so dia hand over dekat kawan dia (Mr. Loi). Peramah kemain jenuh aku nak melayan dia cakap. 2nd day dengan Mr. Quy dia tak seperamah Mr. Loi but still kena gak la aku melayan dia tanya itu ini. Yang member aku kat belakang dua orang tu dorang kerjanya gelak. I is stress… hahaha…

Foto via Facebook Anis Rosli

Seterusnya ke Mui Ne.

Kami siap awal sebab bas jam 7.30 pagi. Tunggu dekat Hanh Café. Dalam jam 8 gerak jam 12 dah sampai. Sepatutnya journey dalam 5 jam 30 minit. Aku tak tahu la kalau driver dia bawa lalu shortcut ke tapi jalan dia memang tak boleh bawa bincang. Jalan berpusing lepas tu jalan dia tak berapa elok rasa macam nak runtuh je bas tu. hahaha. Tak tahu nak describe macam mana tapi ye la pengalaman kan…

Sampai Mui Ne check-in hotel and amik tour hotel je terus untuk sunrise. Jam 4.30 pagi ya dah kena ada kat lobby. Mata panda… hahaha

Sebenarnya bila kau sampai je dekat Mui Ne akan ada banyak tour company approach kau untuk amik pakej dekat company dorang. Mostly aku rasa harga tak banyak beza sangat. Tour dia by jeep either sharing jeep or private jeep kalau korang tak nak campur dengan mat saleh macam kami. hahaha. Pakej sunrise private jeep dalam 449k/per jeep.

Jam 4.30 pagi bergerak dari hotel budak tu bawa jeep rempit weh laju!. Potong banyak gila jeep. Aku tengok jeep lain bawa rilek je. Sampai dekat situ orang agak ramai belum sempat tarik nafas dia nahhh kau kena hulur 300k per person tau untuk naik atv dia bawak dekat peak untuk tengok sunrise. Hahaha… tetiba rasa macam kena scam… hahaha

Lepas habis sunrise ko naik atv lagi dia bawa dekat peak lagi satu. Naik atv ni aku tak boleh blah rasa macam nak tebalik tegolek telangkup masa dia bawa. Gila weh… Bila dah bawa atv naik macam tu okay la sedapkan hati… berbaloi kot 300k… hahaha.. All is well…

Foto via Facebook Anis Rosli

Then sambung red sand dunes tak ada entrance fees. Kau kena menapak sampai atas tu kalau nak naik. Lepas tu pergi fishing village and last ke Fairy stream. Fairy stream tu aku tak pergi sampai hujung pun so tak tahu apa yang ada dekat penghujung tu ada fairy kah? Hehehe. Sebabnya kami tanya ada mamat ni dia pergi sampai habis tak sebab dia dr arah berlawanan. Dia kata tak pun, tak tahu worth it ke tak nak pergi. Kami decide tak pergi sebab tengok hari nak hujan. Sampai je dekat jeep tu naahhh hujan… nasib nasib…

Lepas trip tu balik sarapan then siap-siap berkemas. Jam 12 nanti ada teksi ambil bawa kami ke Phan Thiet Railway Station (300k/percar) sebab jauh dalam 30 -45 minit. Sampai train pergi kaunter print tiket then terus naik train sebab train dah memang tunggu. Train dari Mui Ne ke HCM dalam 5jam 30 minit. Tidur dah pergi toilet pun dah tapi tak sampai-sampai. Kalau korang nak hilangkan bosan bawa la game card macam uno ke… hahaha

Sampai dekat HCM railway station amik teksi ke Hotel (100k). Free and easy. Shopping sikit je. Hehehe. Esoknya dah balik KL.

Terima kasih

Info Tambahan:

  1. Kalau nak beli simkad, beli je dalam airport ambil yang unlimited. Kalau dekat luar harga cekik darah.
  2. Danang gerak naik grab senang. Bandar dia padat juga tapi tak sepadat Ho Chi Minh tapi eh… sama je la. Da lat & Mui Ne banyak grab bike je. Grab teksi adala. Ho Chi Minh grab senang.
  3. Bab makan semua tempat yang kami pergi ada restoran halal. InsyaAllah senang. Tapi agak pricey sikit. Jadi kami sehari sekali je makan dekat luar. Hehehe…

Sumber: Facebook Anis Rosli

This website uses cookies.