Kenapa Tiket Flight Domestik Sabah Dan Sarawak Mahal? Ini Sebabnya

Adakah anda pernah ke Sabah ataupun Sarawak? bagaimana harga tiketnya? mahal atau murah? mesti mahal berbanding dengan sesetengah harga tiket ke negara-negara Asia Tenggara kan.

Kadang kala rasanya lagi berbaloi untuk terbang ke Indonesia atau Thailand jika nak di ukur pada harga tiketnya. Malahan, duit ringgit lagi besar nilainya di sana.

Tetapi kenapa harga tiket ke Sabah dan Sarawak dari semenanjung mahal sedangkan ianya adalah penerbangan domestik? Pasti anda ingin tahu bukan?

Untuk pengetahuan anda, setiap syarikat penerbangan perlu membayar kepada sesuatu negara jika pesawat syarikat tersebut melalui ruang udara negara terbabit. Boleh rujuk gambar di bawah ini.

Foto via Twitter @Khrnsaszlee

Jadi syarikat penerbangan harus membayar yuran menggunakan ruang udara yang dipanggil overflight fees. Jadi bagi kes penerbangan Sabah dan Sarawak, syarikat penerbangan dari semenanjung perlu membayar kepada negara Singapura.

Bayaran yang dikenakan negara tersebut adalah merangkumi hak ruang udara malah ianya melibatkan perkhidmatan kawalan trafik yang dikawal selia oleh negara terbabit. Boleh rujuk gambar dibawah contoh overflight fees yang dikenakan.

Foto via Business Insider

Selain itu, bayaran yang dikenakan adalah berbeza mengikut negara yang dilalui oleh pesawat terbabit. Sebagai contoh, Kanada mengambil kira berat pesawat sebagai bayaran untuk khidmat kawalan trafik udara manakala Amerika Syarikat mengenakan bayaran mengikut jarak yang digunakan.

Walaubagaimanapun, ada sesetengan syarikat penerbangan mengambil laluan penerbangan lebih jauh semata-mata untuk mengelak daripada dikenakan bayaran yang tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *