Percutian Adventure. Lelaki ini Kongsi Itinerari Ke Lombok Selama 5H4M Siap Ber’camping’

Indonesia merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang sememangnya menjadi tarikan dan tumpuan orang yang hendak bercuti. Ini kerana Indonesia mempunyai banyak tempat menarik dan cantik terutamanya kepada yang sukakan alama semula jadi.

Selain daripada Bali, Nusa Penida, dan Flores, Lombok juga tidak terlepas menjadi tempat pilihan. Menerusi perkongsian Mohd Shafiq Sabari di Facebook, beliau berkongsi itinerari ke Lombok selamat 5 hari 4 malam termasuk dengan ber’camping.

Mungkin destinasi pantai terlalu biasa bagi anda, jadi bercamping seperti yang dilakukan oleh Mohd Shafiq Sabari ini mungkin sesuatu yang anda cari. Boleh baca perkongsian itinerari beliau di bawah ini.

Foto via Facebook Mohd Shafiq Sabari

Trip 5H4M di Lombok, Indonesia

ITINERARI

DAY 1

  • KL-Lombok dari pukul 4pm-7pm
  • Dinner at Nasi Balap Puyung Inak Esun. Ada 3 level tahap kepedasannya iaitu biasa, sedang-sedang dan pedas. Bagi yang suka makan pedas saya suggest ambil yang sedang pun sudah memadai.
  • Check in at Lombok Guest House , Mataram

DAY 2 .

  • Brekpess makanan tradisi orang Lombok iaitu Nasi Daun kat tepi jalan. Lebih kurang macam nasi lemak kita cuma depa banyak gunakan kerisik dan takberkuah .
  • Taman Wisata Gunung Tunak. Tak ramai orang Malaysia yang sampai di sini sebab jalannya yang azab dan kena jalan kaki agak jauh. Di sini ada satu menara tinjau yang sangat sangat tinggi, kepada siapa yang tak takut tinggi boleh panjat.
  • Lunch Nasi Campur at Pantai Kuta. Pasirnya macam peluru pistol manik tembak cicak dan ada kisah misterinya di sebaliknya.
  • Pantai Tanjung Aan. Di sini ada buaian macam Gili Trawangan.
  • Bukit Meresse . The best spot untuk lepak petang sambil layan sunset dan buat penggambaran filem Hindustan dengan kawan kawan.
  • Dinner Bakso Telur Puyuh
  • Check In Lombok Guest House

DAY 3

  • Sarapan dan check out Lombok Guest House.
  • Bukit Malimbu , Bukit Melake , Villa Hantu. Dekat Villa Hantu ada seorang photographer tak berbayar. Dia akan offer untuk ambil gambar kita nanti sedekahlah sikit bagi dekat dia.
  • Sindang Gile , Tiu Kelep Waterfall. Di sini ada dua level air terjun dan perlu redah hutan dan anak sungai , naik turun tangga sekitar 30minit .Diwajibkan bawa air, makanan ringan siap siap, ikut arahan local guide di sana.
  • Camping di atas bukit daerah Sembalun dengan suhu (17c) dan sangat berangin. Alat-alat camping semua disediakan tapi perlu dipasangkan secara ramai ramai.
  • Mas supir a.k.a guide kami siap tolong masak nasi lauk tempe goreng, ayam bakar, sambai goreng dan paling tiptop ayar kopi original sambil berkelah ramai ramai pukul 2pg .

DAY 4

  • Bukit Selong , Sembalun Lombok. Bangun pagi sarapan sambil layan sunrise.
  • Snorkeling di Sambelia (Gili Bidara ,Kondo ,Petagan ,Kapal )
  • Lunch Nasi Campur di gerai tepi jalan.
  • Pantai Pink. Jalan offroad yang sangat azab teruk dan tak digalakkan untuk siapa yg cepat mabuk kenderaan.
  • Dinner at Lesehan Ayam Taliwang. Jangan lupa cuba pelecing kangkung, terlalu sedap sangat sangat!
  • Check in at Selasar Hotel, Sengigi.

DAY 5

  • Sarapan dan checkout
  • Banyumulek Kraf Tangan. Ada pembuatan tembikar tanah liat .
  • Rumah Adat Sasak Sade. Rumah budaya, adat dan tradisi masyarakat Lombok .
  • Airport Transfer
Foto via Facebook Mohd Shafiq Sabari
Foto via Facebook Mohd Shafiq Sabari
Foto via Facebook Mohd Shafiq Sabari
Foto via Facebook Mohd Shafiq Sabari
Foto via Facebook Mohd Shafiq Sabari

KOS

Untuk 5 hari 4 malam, supir, local guide, parking fees, entrance fees, alat camping, dinner dan sarapan hari camping hanya sebanyak RM450.00 (seorang) untuk kami bertujuh.

Untuk penginapan pula hanya sebanyak RM100.00 seorang

  • Lombok Guest House , Mataram 3D2N include brekpess RM50x7pax (3triple room) =RM 350 ( convert ke Rupiah )
  • Selasar Hotel , Sengigi 1D1N include brekpess RM41.20x7pax (7 bed Mixed Dorm) = RM 288.40 ( convert ke Rupiah )

Total hangus : RM 550.00
**Taktermasuk tic flight , makan dan lain lain **

Bagi yang mencari tour guide di sana boleh rujuk Lalu Raffa Cooplis. Sangat recommended untuk jadi guide hangpa di Lombok.

Sumber: Facebook Mohd Shafiq Sabari

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *