fbpx

Jelajah Ke Myanmar Dengan Bajet RM876. Lelaki Ini Kongsikan Itinerarinya

Ahmad Suhael

Sebelum ini kami ada kongsikan kepada pembaca cara untuk mendapatkan tiket penerbangan yang murah. Bagi yang belum tahu, ada juga apps yang anda boleh muat turun yang boleh menjimatkan lagi duit anda malah boleh dapatkan cashback!

Selain itu, destinasi yang terbaik untuk percutian bajet adalah negara-negara asia antara Indonesia, Vietnam, Thailand, Malaysia, Myanmar dan Singapura. Ini kerana negara-negara ini kedudukanya tidaklah terlalu jauh dari Malaysia. Jadi dari segi pengangkutan sangat menjimatkan berbanding percutian ke Eropah.

Mata wang negara negara asia juga tidaklah terlalu besar jurangnya. Jadi ianya juga amat membantu menjimatkan walaupun anda tinggal dari 4 atau 5 hari di destinasi pilihan anda. Di samping kos penginapan dan makanan yang murah.

Melalui Facebook, seorang lelaki bernama Aidili Fashilin ini berkongsi percutian beliau melancong ke Myanmar selama 5 hari 4 malam dengan hanya kos RM876 seorang. Melihat dari itinerari yang dibuat beliau, banyak tempat yang beliau sempat pergi walaupun dengan bajet yang sedemikian. Baca perkongsian beliau di bawah.

Jelajah Ke Myanmar Dengan Bajet RM876. Lelaki Ini Kongsikan Itinerarinya 1
Foto via Facebook Aidili Fashiliin
Jelajah Ke Myanmar Dengan Bajet RM876. Lelaki Ini Kongsikan Itinerarinya 2
Foto via Facebook Aidili Fashiliin

Salam geng! Sharing my awesome backpacking experience in Myanmar pada Januari baru ni, dengan overall budget lebih kurang RM 870++ (untuk 5h4m). Currently Myanmar is my favorite country out of 10 South East Asia countries yang saya dah visit so far!

Initially the plan is nak cover Bagan je, TAPI….bila tengah buat research tu ternampak pulak Mandalay dan Inle Lake, macam cantik macam best je. Terus tiba-tiba jadi tamak LOL! Sedangkan tiket flight dah beli utk 5h4m je. Maka menjadilah express trip yang mana kami (saya dan 2 orang adik-beradik) sempat cover YANGON-INLE LAKE-MANDALAY-BAGAN-YANGON dalam masa hanya 5 hari 4 malam! Kami hanya book satu malam hostel je di Bagan, the rest memang tidur dalam night bus.

Berikut basic itinerari kitorang :

DAY 1:

  • KL-Yangon (direct flight). Flight awal pagi dan sampai Yangon at 8 a.m
  • YANGON – Sule Pagoda, Sunni Jameh Masjid, Syiah Masjid, Maha Bandoola, Independent Monument, City Hall, Sait Mary’s Cathedral + food hunting.
  • Malam tu depart to Inle Lake (overnight bus)

DAY 2 :

  • Arrive Inle Lake awal pagi. Terus ambil tuk tuk untuk ke jeti.
  • Inle Lake Sunrise Tour (25k Kyats): Leg rowing attraction, Phaung Dau Ooo Pagoda, thaung tho pagoda, floating market, Kanya Padaung tribe (long neck woman). Tour until 2 p.m.
  • Petang lepak dekat pekan kecil Inle Lake, sempat layan sunset juga.
  • Malam tu depart to Mandalay (overnight bus).
Jelajah Ke Myanmar Dengan Bajet RM876. Lelaki Ini Kongsikan Itinerarinya 3
Foto via Facebook Aidili Fashiliin
Jelajah Ke Myanmar Dengan Bajet RM876. Lelaki Ini Kongsikan Itinerarinya 4
Foto via Facebook Aidili Fashiliin

DAY 3 :

  • Arrive Mandalay awal pagi. Dapat offer yang best dari driver teksi untuk day tour Mandalay (RM130 je kongsi 3 org).
  • MANDALAY day tour: U-Bein Bridge (sunrise view), Mingun (Hsinbyume/Myatheindan Pagoda, Mingun Pahtodawgyi, big bell), Sagaing (Sagaing Hill, Sagaing Bridge) and Inwa Village.
  • Petang tu dalam kul 5pm bus depart to BAGAN.
  • Sampai BAGAN lebih kurang kul 10pm, check in and overnight in hostel.

DAY 4 :

  • BAGAN: sewa scooter dari hostel (7000kyat) untuk hunting sunrise. Keluar seawal 6am untuk cari the best spot. Lepas habis sunrise balik semula ke hostel untuk free breakfast.
  • Continue with temple hunting: Ananda Temple – Dhammayangyi Temple – Htilominlo Temple – Thatbyinnyu Temple – Shwesandaw Pagoda. End with sunset view at a hill near Sulamani Temple.
  • Malam tu bus depart back to Yangon (overnight bus).

DAY 5 :

  • Sampai Yangon awal pagi.
  • YANGON: repeat balik apa yang kami buat masa day 1. Cuma tambah sikit kami naik the famous Yangon Circular train + shopping at Bagyoke Market + food hunting.
  • Dalam kul 3pm, depart to airport. Kul 7pm flight depart back to KL.

TOTAL COST: RM 876 per pax (kami travel bertiga)

  • Flight Tix: RM 230 (Airasia return KL-Yangon-KL)
  • Visa Myanmar: USD 50 ~ RM 203 (eVisa)
  • Accommodation: RM 30 per pax (RM 90 per triple room)
  • Transportation (express bus): RM 167 per pax (bus Yangon-Inle, Inle-Mandalay, Mandalay-Bagan, Bagan-Yangon)
  • Other transportation (tuk2/taxi, scooter, boat)/Entrance fees/Meals/Shopping/etc: RM 245
Jelajah Ke Myanmar Dengan Bajet RM876. Lelaki Ini Kongsikan Itinerarinya 5
Foto via Facebook Aidili Fashiliin
Image may contain: sky, outdoor and nature
Foto via Facebook Aidili Fashiliin

Notes:

  1. Bagi yang susah untuk turun ke KL, boleh buat eVisa je (kat official website). Fees USD50 dan makan masa dalam 2 working days untuk approve. Tak perlu susah susah untuk turun ke visa office kat area Masjid Jamek tu.
  2. Tak ada isu anti-Islam di sana. Di Yangon saja ada lebih dari 150 buah masjid. Semua hidup aman damai. Makanan halal pun banyak dan murah.
  3. Tiket bus boleh beli siap-siap secara online dari Malaysia. Ramai orang akan recommend JJ Express, tapi ikut pengalaman kami, JJ Express ni agak overrated. Banyak lagi company bus lain macam Khine Mandalay dan Shwe Loon Pyan yang lebih murah dan comparable to JJ Express.
  4. Paling best, company-company bas ni akan ada stewardess masing-masing. And mereka akan provide mineral water, soft drink, snek, wet tissue, berus gigi + ubat gigi dan selimut. Lagi best certain bus siap ada ICE entertainment unit dekat setiap seat. Naik Airasia pun tak ada macam ni.
  5. Bagi yang travel kalut macam kami ni, tak perlu risau bab mandi. Kat bus station akan ada toilet dan shower.
  6. English is widely spoken, walaupun tak semua reti cakap English, communication is not really an issue. And ramai juga yang kami jumpak reti cakap Bahasa Melayu sebab pernah kerja dekat Malaysia.
  7. Be prepare for cold weather! Kami pegi time winter, temperature can go as low as below 10degC (time malam) especially dekat Inle Lake dan Bagan.
  8. Prepare juga untuk bayar entrance fee di Inle Lake (10 usd) dan di Bagan (15usd). Mungkin nasib kami, semasa di Bagan kami ‘terlepas’ dari kena bayar entrance fee ni (bas yang kami naik dari Mandalay tak lalu kawasan kaunter tiket). So budget yang ada ni kami guna untuk shopping dan food hunting sampai lebam di Yangon keesokkannya tu.
  9. Orang-orang sana sangat peramah dan hospitality terbaik. Tak ada budaya meminta-minta tips atau scam macam di negara-negara asia tenggara yang lain (at least based on my experience).

Sekain perkongsian saya. Ada sebarang persoalan boleh hubungi di Instagram atau Facebook.

Sumber: Facebook Aidili Fashilin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Trip Balkan Redah Dan Terjah. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Selama 18 Hari

Pernahkah anda menonton rancangan haramain backpacker yang dihoskan oleh PU Amin dan Mat Dan? Antara negara yang dijejaki mereka ialah negara-negara Balkan. Rancangan yang menarik untuk ditonton oleh backpacker sekalian. Untuk pengetahuan umum, negara-negara Balkan terletak di selatan Eropah. Antaranya ialah Montenegro, Bosnia and Herzegovina, Albania dan Bulgaria. Jika melihat […]
Jelajah Ke Myanmar Dengan Bajet RM876. Lelaki Ini Kongsikan Itinerarinya 7