fbpx

Trip Balkan Redah Dan Terjah. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Selama 18 Hari

Ahmad Suhael

Pernahkah anda menonton rancangan haramain backpacker yang dihoskan oleh PU Amin dan Mat Dan? Antara negara yang dijejaki mereka ialah negara-negara Balkan. Rancangan yang menarik untuk ditonton oleh backpacker sekalian.

Untuk pengetahuan umum, negara-negara Balkan terletak di selatan Eropah. Antaranya ialah Montenegro, Bosnia and Herzegovina, Albania dan Bulgaria. Jika melihat dari peta, negara-negara Balkan terpisah dengan negara-negara Eropah lain oleh pergunungan Balkan.

Walaupun ianya terletak di selatan eropah, kecantikan dan keunikan negara-negara ini disamping sejarah yang berkait dengan Empayar Islam Uthmaniyah yang tersendiri membuatkan ramai orang menjadikan negara-negara Balkan sebagai destinasi.

Salah seorangnya ialah wanita yang dikenali sebagai Cik Fuza di Facebook. Perkongsian trip ke Balkan beliau di Facebook Group Backpackes Buddies Malaysia (BBM) telah mendapat 1700 tandaan suka. Mari baca perkongsian beliau di bawah ini.

Trip Balkan Redah Dan Terjah. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Selama 18 Hari 1
Sasntorini. Foto via Facebook Cik Fuza

KL – Santorini

Flight KL – Athens (Scoot Airlines)
Flight Athens – Santorini (Volotea)
Apartment : Antonia Apartment – Fira (Recommended)

  • Dari Santorini airport naik bus ke Fira. Jalan kaki 2 minit dari tempat bus Fira nak ke Hotel. Sangat dekat.
  • Untuk ke Oia, hotel ada sediakan shuttle van and seorang dia charge 10 Euro (return). Tapi kalau nak naik bus pun boleh je. Best view Oia petang sebab sunset tapi ramai umat.

Santorini – Athens

Flight Olympic
Hotel Xyfontus Apartment (Syntagma Area)

  • Dari airport boleh naik metro ke syntagma or taxi (standard 38Euro). Sebab nak ke Acropolis, location hotel dekat Sytagma adalah dekat. Jalan kaki dalam 15 minit ke Acropolis.
  • Untuk masuk Acropolis fee 20 Euro.
  • Boleh ke parlimen area untuk tengok parade setiap ahad.
  • Flea market pun area Syntagma. boleh beli ole-ole.

Athens – Sofia

Flight Ryanair
Ramada Hotel

  • Dari airport ke hotel naik taxi. Tak ingat berapa. Ambil hotel dekat dengan central station bus sebab esok pagi tu nak gerak ke Skopje. Bus ada tiga trip pagi pukul 7. Petang pukul 5.30 dan malam pukul 11.
  • Pusing-pusing Sofia City dari hotel jalan kaki boleh (if biasa jalan kaki) or naik metro/tram pun boleh.
Trip Balkan Redah Dan Terjah. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Selama 18 Hari 2
Athens. Foto via Facebook Cik Fuza
Trip Balkan Redah Dan Terjah. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Selama 18 Hari 3
Sofia. Foto via Facebook Cik Fuza

Sofia – Skopje

Tiket bus kalau tak silap 32 lev or 16 Euro (tak ingat)
Calla Bella Apartment

  • Masa kat border kena turun bus untuk immigration n check bags.
  • From bus station 15 mins nak ke hotel. Tapi penat kami naik teksi sebab jumpa orang Malaysia dan hotel pun sama dekat area city centre so boleh share harga teksi. From hotel 2 mins ke bazaar/old town dia. Boleh panjat Fortress dan masuk masjid Pasha. Ada banyak statue salah satunya Alexendar The Great. Ole-ole pun ada jual sekitar situ. Senang cari makanan halal dekat old bazaar.

Skojpe – Prizren

By Bus
Cleon Hotel

  • Dekat border tak perlu turun bus, driver akan collect passport. Setiap kali lalu border pastikan passport dah cop.
  • Dari Station bus 10mins jalan kaki. Dekat sini rasa ralat sikit sebab sekejap. suka suasana dia tapi sedih sebab tak stay lama. Sempat naik Fortress Kalija dan jalan-jalan masuk masjid dan old town sahaja. Senang cari makanan halal sebab ramai muslim.
Trip Balkan Redah Dan Terjah. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Selama 18 Hari 4
Skopje. Foto via Facebook Cik Fuza
Trip Balkan Redah Dan Terjah. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Selama 18 Hari 5
Prizren. Foto via Facebook Cik Fuza
Trip Balkan Redah Dan Terjah. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Selama 18 Hari 6
Komani Lake. Foto via Facebook Cik Fuza

Prizren – Skohder via gjakove

By bus

  • Dekat border pun tak perlu turun bus, driver akan collect passport.
  • Reason lalu Gjakove nak naik ferry lalu KomaniLlake. Sampai Gjakove , kena jalan kaki (kena tanya orang) tempat nak tunggu furgon(van) nak ke Bajam Curri (jetty nak merentas Komani Lake).
  • Masa tunggu Furgon borak dengan orang local. Mula-mula borak ok, then dia kata nak ikut hantar kami ke jetty naik Furgon, still ok lagi. Dalam Furgon duk sibuk suruh bawa dia sampai Skhoder, siap bawak passport lagi. Trauma setengah jam dalam Furgon. Sebab kami tegas kata NO sampai jetty dia ikut Furgon balik.
  • Sampai Skhoder just jalan-jalan city. Tak explore banyak. Kami pun tak study sangat. Jadi tak pasti apa yang menarik kat situ.

Skohder – Kotor

By bus
Airbnb Zoki

  • Airbnb dekat sangat dengan station bus. Nak ke bay Kotor jalan kaki dalam 15mins. Tengok view kotor dari atas boleh panjat Fortress (laluan start dalam old town) nak free naik before pukul 8am. Lepas 8am dah ada orang jaga kena bayar 8 Euro.
  • Susah nak cari makanan halal. Siapa tengok Game of Thrones boleh la explore tempat-tempat shooting dia (not sure ni based on member cakap).

Kotor – Mostar

By bus
Airbnb Tarik (Sangat Recommended)

  • Ada few trip jugak and laluan berbeza. Boleh la pilih ikut kesesuaian korang. Harga tiket dan beg lain. Beg harga 1 Euro setiap satu.
  • Ini pun tak perlu just bagi passport driver yang akan turun. Masuk Bosnia ada immigration staff yang akan naik tengok passport dan muka kita.
  • Dari station host pick up sebab jalan kaki jauh dalam 25min. Lokasi Airbnb sangat dekat dengan Stari Bridge/old town dari balkoni dah boleh ambil gambar bridge dan tengok ramai orang ke tak.
  • Jangan lupa ke Kravica Waterfall, Blagaj dan Procitelj old town. Yang ni hire local sebab jauh dari satu tempat ke tempat lain. Dia charge 25euro sorang.
Trip Balkan Redah Dan Terjah. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Selama 18 Hari 7
Kotor. Foto via Facebook Cik Fuz
Trip Balkan Redah Dan Terjah. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Selama 18 Hari 8
Mostar. Foto via Facebook Cik Fuz

Mostar – Sarajevo

Initial plan nak naik train. Tapi kebetulan local yang kami hire tu nak ke Sarajevo, so naik dengan dia je senang. Dia charge pun ok.
Pigeon Hostel.

  • Hostel memang betul-betul depan old town. Location hostel memang ok tapi hostel dia biasa-biasa. Bajet Hostel kan nak expect apa.
  • Sarajevo boleh melawat kubur mangsa perang. Kat sini kami sebak sebab sebelum tu ada tengok video perang bosnia, jadi terasa sangat. Jangan lupa sedekah al-fatihah. Rata- rata yang meninggal yang lahir tahun 1945 meninggal tahun 1992-1993. Boleh melawat muzium perang juga. Makanan traditional cevapi boleh la try.

Sarajevo – Istanbul

Flight – Turkish Airlines

  • Stay dekat area Sultanahmet. Istanbul Hagia Sofia, Blue Mosque, Topkapi ni semua satu area.
  • Boleh jalan kaki juga ke Spice bazaar, Grand bazar tapi penat sikitlah. Boleh juga naik gondola untuk tengok view dari atas dekat area Masjid Abu Ayub Al Ansari.
  • Jangan lupa singgah singgah Masjid Fateh.
Trip Balkan Redah Dan Terjah. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Selama 18 Hari 9
Istanbul. Foto via Facebook Cik Fuz

Istanbul – Dubai

  • Deserts , Burj khalifa dan Naif Souq. Ni sekejap je so tak explore banyak tempat pun. Panas yang tak boleh nak bawak bincang pun antara sebab tak kemana sangat.

Dubai – KL

Singapore Airlines.

Total days 18 dan roughly cost RM7K (tak kira betul-betul)

View this post on Instagram

Monday what?

A post shared by FuzzyFuzz (@cikfuza) on

Sumber: Facebook Cik Fuza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Emirates Lancar Penerbangan Dubai Ke Pulau Pinang

Berita baik untuk rakyat Malaysia! Syarikat penerbangan Emirates akan melancarkan penerbangan Dubai ke Pulau Pinang melalui Singapura mulai 9 April, 2020. Ini merupakan destinasi kedua Emirates di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Laluan baru ini dilihat akan mudahkan lagi rakyat Malaysia terutamanya yang berada di utara semenanjung untuk terbang ke Dubai […]
Trip Balkan Redah Dan Terjah. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Selama 18 Hari 11