Emirates Lancar Penerbangan Dubai Ke Pulau Pinang

Berita baik untuk rakyat Malaysia! Syarikat penerbangan Emirates akan melancarkan penerbangan Dubai ke Pulau Pinang melalui Singapura mulai 9 April, 2020. Ini merupakan destinasi kedua Emirates di Malaysia selepas Kuala Lumpur.

Laluan baru ini dilihat akan mudahkan lagi rakyat Malaysia terutamanya yang berada di utara semenanjung untuk terbang ke Dubai dan mnjadi gerbang kepada destinasi lain di Eropah, Amerika Utara dan Timur Tengah.

Penerbangan ini akan berlepas pada pukul 10.20 petang dan tiba di Dubai pada 4.55 pagi melalui Singapura, manakala dari Dubai, penerbangan itu akan berlepas pada jam 2:30 petang dan sampai ke Pulau Pinang pukul 5.15 malam melalui Singapura.

Related Post

Apa yang menarik lagi penerbangan baru ini akan menggunakan kapal terbang Boeing 777-300ER yang terdiri daripada 3 kelas iaitu suite kelas pertaman, tempat duduk kelas perniagaan dan ekonomi.

Sumber: Bernama

This website uses cookies.