Jelajah Ke 5 Sempadan Asia Tenggara Dengan Motosikal Ysuku Selama 13 Hari. Steady!

Kebanyakan kita bila travel, rata-rata kita akan memilih kapal terbang, kereta atau kereta api untuk mengembara. Kerana rata-rata cara pengangkutan ini lebih mudah dan boleh di sewa jika di luar negara. Manakala motosikal pula jarang dijadikan pengangkutan utama ketika travel terutamanya bila melibatkan perjalanan yang jauh.

Namun begitu, bagi peminat motosikal perjalanan jauh bukan menjadi penghalang kepada hobi mereka. Rata-rata pengembara yang menunggang motosikal akan memilih motosikala berkuasa besar 250cc ke atas kerana motosikal berkuasa besar lebih laju, stabil dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebh berbanding motosikal berkuasa kecil.

Motosikal kecil berkuasa 150cc kebawah pula kebanyakannya menjadi pilihan digunakan untuk menjelajah di dalam Malaysia sahaja. Walaubagaimanapun, motosikal berkuasa kecil ini tidak menjadi penghalang kepada Amar Akmal Ahmad Sayuti untuk memenuhi hobi dan minat beliau menunggang motosikal dan menjelajah ke luar sempadan negara.

Beliau berjaya menjelajah ke 5 sempadan negara Asia Tenggara dengan motosikal selama 13 hari dengan menunggang Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai YSuku yang menjadi fenomena anak muda masa kini. Ikuti perkongsian perjalanan dan itinerari beliau di bawah ini.

Foto via Facebook Amar Akmal Ahmad Sayuti

MALAYSIA & SINGAPURA

Hari Pertama:
• Dari Penang ke Kuantan
• Kos Minyak: RM45.

Hari Kedua:
• Dari Kuantan ke Johor dan Singapore
• Kos Minyak: RM44.

Hari Ketiga:
• Dari Johor ke Bukit Kayu Hitam
• Kos Minyak: RM80.

Ride dalam Malaysia sahaja total Perjalanan sejauh 2,109 KM. Berakhir di Bukit Kayu Hitam.

Foto via Facebook Amar Akmal Ahmad Sayuti
Foto via Facebook Amar Akmal Ahmad Sayuti
Foto via Facebook Amar Akmal Ahmad Sayuti

THAILAND

Hari Ke-4:
• Dari Danok ke Prachuap Khiri Khan (743KM )
• Kos Minyak: 660Baht = RM91
• Hotel: 300Baht bahagi 2 orang

Hari Ke-5:
• Dari Prachuap ke Saraburi.. ( 492KM )
• Kos Minyak: 460Baht = RM63
• Penginapan: Masjid

Hari Ke-6:
• Dari Saraburi ke Surin.. ( 368KM )
• Kos Minyak: 280Baht = RM39.
• Hotel: 400Baht bahagi 4 orang

Foto via Facebook Amar Akmal Ahmad Sayuti

CAMBODIA & SEMPADAN VIETNAM

Hari Ke-7:
• Dari Border O-Smach – Siem Reap, ke Kampong Thom.. ( 439KM )
• Kos Minyak: 9.5 USD = RM39
• Penginapan: Masjid Krachab

Hari Ke-8:
• Dari Kampong Thom – Border Vietnam ke Phnom Penh.. ( 533KM )
• Kos Minyak: 11 USD = RM45
• Hotel: 15 Dollar bahagi 4 orang ( RM62 bahagi 4 orang )

Hari Ke-9:
• Dari Phnom Penh ke Koh Kong ( 402KM )
• Kos Minyak: 6.6 USD = RM27
• Penginapan: Stesen Minyak

Foto via Facebook Amar Akmal Ahmad Sayuti
Image may contain: 1 person, sky and outdoor
Foto via Facebook Amar Akmal Ahmad Sayuti
Foto via Facebook Amar Akmal Ahmad Sayuti
Foto via Facebook Amar Akmal Ahmad Sayuti

THAILAND

Hari ke-10 :
• Dari Koh Kong ke Pattaya City ( 328KM )
• Kos Minyak: 250Baht = RM34
• Hotel: 1,000Baht bahagi 4 org ( RM135 bahagi 4 orang )

Hari ke-11 :
• Dari Pattaya ke Phetchaburi ( 288KM )
• Kos Minyak: 380Baht = RM51
• Hotel: 500Baht ÷ 4 org ( RM68 ÷ 4 org )

Hari ke-12 :
• Dari Phetchaburi ke Surat Thani ( 489KM )
• Kos Minyak: 540Baht = RM73
• Penginapan: Masjid

Hari ke-13 :
• Dari Surat Thani sampai Rumah ( 514KM )
• Kos Minyak: 210Baht = RM29 + RM15
• Penginapan: Atas Katil bilik Sendiri

Foto via Facebook Amar Akmal Ahmad Sayuti
Foto via Facebook Amar Akmal Ahmad Sayuti
Foto via Facebook Amar Akmal Ahmad Sayuti

Total Jarak Perjalanan: 6,705 KM
Total Kos Bahan Api: RM672

Sumber: Facebook Amar Akmal Ahmad Sayuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *