fbpx

Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi

Ahmad Suhael

Umum ketahui Turki mempunyai banyak sejarah yang tercatat bermula dari zaman Greek, Roman, Byzentine sehinggalah Turki Uthmaniyyah. Hasil daripada pemerintahan-pemerintahan kerajaan besar ini telah meninggalkan banyak kesan sejarah dari segi seni bina dan budaya.

Selain daripada itu, lokasi Turki yang berada di Eropah membuatkan Turki juga mempunyai kecantikan dan keindahan alam semula jadinya. Terdapat Gunung-ganang yang tinggi sesuai untuk sukan ski dan bukit-bukau yang diukir cantik oleh peradaban masyarakat dulu yang sangat unik.

Kelebihan ini menjadikan Turki antara salah satu negara yang anda wajib singgah jika ke Eropah. Berikut kami kongsikan kepada anda 16 tempat menarik di Turki yang penuh dengan sejarah, seni bina, budaya dan alam semulajadi.

1 – Blue Mosque

Masjid Sultan Ahmed atau juga dikenali sebagai Masjid Biru adalah sebuah masjid bersejarah yang terletak di Istanbul, Turki. Ia tetap berfungsi sebagai masjid yang menjadi tarikan pelancong ke Istanbul. Ianya dibina antara 1609 dan 1616 semasa pemerintahan Ahmed I. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Hagia Sophia, satu lagi tapak pelancongan popular.

Masjid Biru mempunyai lima kubah utama, enam menara, dan lapan kubah kedua. Bahagian dalam masjid dipenuhi dengan lebih daripada 20,000 jubin seramik dan lebih daripada 200 tingkap kaca berwarna warni dengan reka bentuk sangat unik dan kompleks. Reka bentuk yang menakjubkan ini menjadikan Masjid Biru ini tempat istimewa untuk dikunjungi.

Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi 1
Foto via Istanbul Tour Studio

2 – Hagia Sophia

Hagia Sophia asalnya merupakan sebuah gereka Ortodok yang dibina pada tahun 537. Kemudiannya ditukar kepada masjid di zaman Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453 sehingga tahun 1931. Kini ianya menjadi muzium dan tarikan kepada pelancong di Istanbul.

Reka bentuk asal Hagia Sophia banyak dipengaruhi oleh reka bentuk dan arkitektur empayar Byzantine. Namun semasa penguasaan Turki Uthmaniyyah, beberapa perubahan dilakukan antara ialah perletakan mihrab, dan kaligrafi-kaligrafi nama-nama sahabat nabi dan cucu nabi.

Ianya menjadi muziam ketika pemerintahan Republic of Turkey oleh Mustafa Kamal Ataturk selepas ianya ditutup selama 4 tahun kepada orang ramai. Namun sejak 2010, ada beberapa cadangan yang mendesak Hagia Sophia dibuka sebagai masjid semula.

Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi 2
Foto via Daily Sabah

3 – Galata Bridge

Jambatan ini dibina menggantikan jambatan lama terbakar pada tahun 1992. Mengikut sejarah jambatan yang sekarang adalah yang siri yang kelima pembinaannya dan dibina oleh syarikat pembinaan dari Turki sendiri. Jambatan yang pertama dibina direkodkan pada tahun 1845 dan digunakan selama 18 tahun.

Apa yang menarik di Galata Bridge ialah ianya bukan sekadar jambatan. Malah ianya menjadi tempat untuk bersosial bersama rakan dan keluarga. Ramai orang datang untuk memancing di sini. Selain itu ada restoran dan kedai-kedai untuk anda merasai makanan dan budaya orang Turki. Jika ada duit lebih, boleh cuba untuk menyusuri sungai Golden Horn dengan servis bot yang disediakan.

Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi 3
Foto via Turkish Travel Blog

4 – Taksim Square & Istiklal Street

Antara jalanraya yang sibuk dengan orang adalah di Istiklal Street dan Taksim Square setanding dengan Fifth Avenue atau Oxford Street. Sepanjang jalan akan menyajikan kedai-kedai yang menjual pelbagai produk, terdapat juga kafe dan restoran, muzik bar, panggung wayang dan banyak lagi. Ini adalah senarai tarikan terbaik yang akan membuat anda melawat lengkap.

Di Istiklal Street lah laluan trem klasik berwarna merah yang menghubungkan Taksim Square dengan Galatasary dan Tunel Square. Ianya pernah di tutup operasi pada tahun 1961. Walaubagaimanapun, setelah Istiklal Street hanya dibuka untuk laluan pejalan kaki, servis tram ini dibuka semula.

Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi 4
Foto via Grand Turkish Bazaar

5 – Spice & Grand Bazaar

Spice Bazaar adalah salah satu bazar terbesar di bandar Istanbul selepas Grand Bazaar. Bangunannya di bina pada tahun 1664 yang merupakan sebahagian daripada kompleks Yeni Camni (New Mosque). Rempah ratus yang dijual antaranya sumac, pul biber, Nar Eksisi, Corek Otu dan Saffrone. Selain itu ada juga buah-buahan, buah jeruk, herba, kopi dan bermacam lagi. Kepelbagaian produk berwarna ini membuatkan Spice Bazaar berwarna warni.

Grand Bazaar adalah salah satu pasar tertutup terbesar dan tertua di dunia, Mempunyai lebih 4,000 kedai di dalam kawasan seluas 30,700 meter persegi, ianya mampu menarik antara 250,000 dan 400,000 pengunjung setiap hari. Antara barang-barang menarik yang dijual di sini ialah pestamel (tangan ditenun hamam tuala); permaidani, barangan antik dari seni Uthmaniyah tradisional atau seni Islam seperti kaligrafi dan miniatur, kain seperti pashminas dan produk yang dibuat dari tekstil Asia tengah seperti ikat atau suzani.

Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi 5
Foto via Bemet Tour

6 – Topkapi Palace

Terletak di puncak bukit Istanbul, Topkapi Palace di bina pada tahun 1461 oleh Mehmet II atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Al Fatih. Ianya kekal menjadi istana kepada lebih 22 orang sultan sehinggalah pada tahun 1853 sebelum istana berpindah ke Dolmabahçe Palace. Topkapi Palace akhirnya menjadi muzium ketika pemerintahan Republic of Turkey.

Topkapi Palace kini menjadi muzium paling banyak dikunjungi di Istanbul untuk melihat kesan sejarah kegemilangan Turki Uthmaniyyah pada waktunya. Topkapi Palace terdiri daripada empat halaman yang berbeza mempamerkan pelbagai pameran seperti harta peninggalan, senjata, artifak, kaftan, potret dan peninggalan para nabi.

Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi 6
Foto via Hurriyet Daily News

7 – Dolmabahçe Palace

Dolmabhace Palace dibina untuk menggantikan Topkapi Palace yang sekian lama diduduki oleh sultan sebelum ini. Ianya di bina dengan reka bentuk yang lebih moden dan mewah berbanding Topkapi Palace. Pembinaannya mengambil masa 13 tahun dan siap pada tahun 1856. Dolmabahce Palace berkhidmat sebagai pusat pentadbiran Empayar Uthmaniyyah sehingga tahun 1922 sebelum di ambil alih oleh pemerintahan Republic of Turkey.

Dikatakan pembinaan Dolmabahce Palace menelan kos sehingga lima juta duit syiling emas Uthmaniyyah, yang akan bersamaan dengan sekitar $1.5 bilion pada nilai 2013. Perbelanjaan mewah yang menjadi salah satu punca kejatuhan Tukri Uthmaniyyah.

Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi 7
Foto via Tourist Secret

8 – Gulhane Park

Taman Gülhane adalah sebuah taman bandar bersejarah di Istanbul. Ianya terletak bersebelahan dengan Topkapi Palace. Taman Gulhane mendapat namanya dek kerena taman Gulhane menjadi tempat di mana 1839 Edict of Gülhane telah diisytiharkan. Ianya merupakan penisytiharan pembaharuan Tanzimat di Empayar Uthmaniyyah, yang dimodernisasi kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu.

Hari ini Taman Gulhane menjadi taman yang popular bagi pelancong dan penduduk tempatan. Taman ini meliputi kawasan yang besar yang dihiasi dengan taman bunga tulip, pokok dan kolam renang. Selain itu, ada juga kafe untuk anda beristirahat sambil menikmati persekitaran yang cantik aman.

Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi 8
Foto via Volare Tour

9 – Goreme National Park

Göreme terletak di antara kawasan berbatu berbentuk cerobong asap di Cappadocia, Turki. Lanskap yang unik yang diukir sepenuhnya oleh hakisan ini menjadikan ianya terpilih antara warisan dunia oleh UNESCO. Di sinilah tempat popularnya orang mencuba menaiki belon udara panas di Tukri.

Antara tarikkan utama di sini ialah anda boleh mengambil pakej tour ke Pasabagi (Lembah Monks), Devrent (batu unta), Ihlara jurang, Istana Uchisar, Ada juga Muzium Terbuka Goreme untuk dilawati. Perkara paling menarik di sini ialah menikmati permandangan matahari terbit dan terbenam kerana cahaya oren yang terpancar sangat lain dari yang lain. Jika anda meminati aktiviti lasak, boleh juga berbasikal dan mendaki di sini.

Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi 9
Foto via Travel Triangle

10 – Ephesus Ancient City

Ephesus adalah sebuah bandar di zaman Greek Kuno. Salah satu tinggalan runtuhan bangunan yang masih ada untuk dilihat ialah Library of Celsus. Perpustakaan Celsus adalah bangunan Rom kuno di Ephesus, Anatolia, yang kini merupakan sebahagian dari Selçuk, Turki. Perpustakaan ini dianggap sebagai keajaiban seni bina, dan merupakan satu-satunya contoh perpustakaan yang berasal dari Empayar Rom.

Lagi satu tinggalan lama ialah Great Theathre of Ephesus. Monumen yang masih utuh ini dibina daripada marmar. Ianya 145 meter lebar, dan tempat duduk penonton boleh mencapai hingga 30 meter. Pada zaman kegemilangannya, ia dapat menampung sehingga 24,000 penonton!

Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi 10
Foto via HISTORY

11 – Cotton Castle

Pamukkale di Turki juga dikenali sebagai “Istana Kapas” disebabkan oleh kewujudan batu kapur yang berkilauan seakan salju putih. Pembentukan batu kapur atau mineral ini kaya dengan kalcium lebih dari ribuan tahun yang lalu. Air yang mengalir dari atas bukit yang membentuk kolam menjadikan ianya tarikan kepada orang ramai untuk ke sini merasai sendiri air panas semulajadi di Pamukkale Thermal Pool ini.

Selain daripada Pamukkale Thermal Pool, ada juga kolam air panas yang lain iaitu Therapist Cleopatra Thermal Pool. Kolam dibina pada era Rom selepas mereka mendapati air panas Pamukkale memberikan bantuan untuk penyakit seperti asma, arthritis dan masalah pencernaan. Walaupun, struktur kolam telah runtuh, namun ianya menjadi perhiasan menarik dan unik sambil anda merendamkan badan di sini.

Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi 11
Foto via STSTW Media

12 – The Hierapolis of Phrygi

The Hierapolis of Phrygia dipercayai telah diasaskan oleh Eumenies II, Raja Pergamum, pada abad ke-2 SM, dan telah dinamakan sempena Hiera, isteri cantik Telephos, pengasas legenda Pergamon. Apa yang menarik ialah monumen ini di bina di atas batu kapur yang terbentuk di kawasan itu. Ia dapat dilihat dari bukit-bukit di seberang lembah di bandar Denizli, 20 km jauhnya.

Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi 12
Foto via Ancient History

13 – Uludag National Park

Uludag yang terletak di Bursa ini dikenali sebagai Olympos Misios pada zaman purba, dan dikenali dalam mitologi sebagai tempat di mana para dewa melihat perang Trojan. Gunung Uludag merupakan salah satu simbol yang paling penting di Bursa. Untuk ke sini, kereta Kabel di bina antara bandar Teferrüç dan Sarıalan yaylası, jalur telpher dengan panjangnya lebih kurang 4766 meter.

Gunung Uludag yang berketinggian 2543 meter tinggi ini menjadikannya salah satu pusat sukan kegemaran ketika musim sejuk di Turki iaitu juga ski. Manakala aktiviti musim panas seperti trekking dan perkhemahan juga popular di sini. Selain itu, taman negara ini juga kaya dengan flora dan fauna menjadikannya sebagai Taman Negara yang sentiasa menjadi destinasi tidak kira musim.

Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi 13
Foto via Turkey Tour

14 – Grand Mosque

Salah satu lagi masjid yang cantik dan bersejarah untuk di kunjungi ialah Grand Mosque. Masjid ini dibina antara tahun 1396 ke tahun 1399 oleh pemerintahan Turki Uthmaniyyah ketika itu, Sultan Bayezid I. Masjid ini terkenal dengan kaligrafi sehinggakan ianya dipanggil sebagai kaligrafi muzium.

Terdapat lebih 190 kaligrafi di dinding-dinding masjid ini yang diukir dan ditulis oleh ahli kaligrafi terkenal Turki Uthmaniyyah ketika itu. Antara yang terkandung pada ayat-ayat kaligrafi adalah ayat-ayat dari al-Quran, hadis, 99 nama Allah serta nama-nama yang berlainan bagi Nabi Muhammad dan ulama-ulama Islam yang terkenal” (Gharipour 2013).

Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi 14
Foto via Daily Sabah

15 – Ancient City of Myra

Myra merupakan bandar lama Greek, kemudian Roman, Byzentine dan akhirnya di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyyah yang terletak di wilayah Altanya Turki. Kawasan di Myra penuh dengan sejarah dan monumen lama tinggalan zaman pemerintahan kerajaan dahulu.

Antara peninggalan yang masih utuh ialah Lycian Cut Tomb. Lycian Cut Tomb adalah antara binaan yang dibina dan diukir daripada bukit dan bantuan. Di dalamnya dijadikan tempat kubur untuk saudara mara dan ada juga menjadi tempat bersemadinya raja kaum Lycian ketika itu.

Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi 15
Foto via Ancient History

16 – Tahtali Mountain

Gunung Tahtali merupakan gunung yang berketinggian 2365 meter di wilayah Altanya. Gunung ini juga merupakan salah satu tarikan bagi sukan papan luncur dan ski terutamannya pada bulan Januari hingga April.

Jika anda adalah seorang yang sukakan aktiviti yang lasak, anda boleh mendaki gunung di sini. Selain itu ada juga disediakan kereta kabel untuk ke atas base camp. Setibanya di atas anda akan disajikan dengan permandangan lengkap Pergunungan Beydaglari, kawasan Antalya dan paling indah permandangan Laut Mediterranean.

Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi 16
Foto via Turkish Travel Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Jelajah Ke 5 Sempadan Asia Tenggara Dengan Motosikal Ysuku Selama 13 Hari. Steady!

Kebanyakan kita bila travel, rata-rata kita akan memilih kapal terbang, kereta atau kereta api untuk mengembara. Kerana rata-rata cara pengangkutan ini lebih mudah dan boleh di sewa jika di luar negara. Manakala motosikal pula jarang dijadikan pengangkutan utama ketika travel terutamanya bila melibatkan perjalanan yang jauh. Namun begitu, bagi peminat […]
Tempat Menarik Di Turki Yang Penuh Dengan Sejarah, Seni Bina, Budaya Dan Alam Semulajadi 18