Percutian Ke Pulau Rawa, Sesuai Untuk Mencari Privasi. Wanita Ini Kongsikan Itinerarinya

Malaysia sememangnya mempunyai banyak pantai dan pulau yang cantik. Malah ada juga yang telahpun mendapat pengiktirafan kecantikkannya di peringkat antarabangsa. Antara negeri yang mempunyai pulau-pulau yang terkenal adalah Terengganu, Johor dan Sabah.

Negeri Johor sahaja mempunyai lebih 10 pulau. Dan ada di antara pulau-pulau di Johor adalah pulau privasi. Antara pulau yang tercantik di Johor ialah pulau Aur, pulau Harimau, pulau Sibu dan pulau Rawa. Peta di bawah menunjukkan lokasi pulau-pulau sekitar perairan Johor.

Foto via Google Maps

Antara banyak-banyak pulau ini pula, pulau Rawa adalah yang terkenal disebabkan kecantikannya dan pulau ini adalah salah satu pulau privasi. Melalui Facebook, wanita bernama Noor Umiyana berkongsi bagaimana anda boleh membuat percutian ke Pulau Rawa. Ikuti perkongsian beliau di bawah:

Ramai yang dm dan minta itinerary pasal pulau rawa. Kakak menginap di Alang’s Rawa sebab boleh stay 2 hari 1 malam. Ada dua je resort situ, satu lagi tu Rawa Island Resort minima stay 3 hari 2 malam.

Cara-cara nak booking mesti booking melalui email. Semua melalui email alangsrawa@gmail.com. Korang akan bernasib baik kalau dia balas cepat. Kakak pun tertunggu-tunggu juga lah. Sebaiknya korang booking awal sebelum ke sana sebab chalet di situ TERHAD. Settle semua booking dan payment, nanti dia akan bagi no whatsapp orang yang arrange boat.

Pulau rawa ni private island tak sama pulauupulau lain. Jangan pula korang bawa bekal macam pergi Desaru. Setakat cekedis boleh kot sebungkus dua.

Foto via Facebook Noor Umiyana
Foto via Facebook Noor Umiyana

ITINERARI

1. 12 tghari – terus ke jetty mersing. Ada parking khas untuk yang pergi ke Pulau Rawa RM30 1 hari. Boat ambil kita dalam pukul 12 jadi make sure sampai awal korang boleh makan sebab pakej start dengan dinner if korang nak balik pukul 3 petang keesokannya (dinner, breakfast dan lunch). Jadi kalau korang sampai awal makan siap-siap dekat Mersing tapi kalau tak sempat boleh add on lunch dekat sana (RM65 seorang).

2. Untuk booking memang tak boleh guna agent ya korang kena direct email. Pakej little A frame kalau air pasang kita water chalet air sampai dekat tangga kira per head (1 kepala) 2H1M RM649.50 termasuk tax 10% + 6%. Anak kakak 6 tahun 50% dari harga dewasa. Jadi total 2 dewasa 1 kanak-kanak RM1624 pakej ni ALL-IN (dinner, breakfast dan lunch) makan sahaja tau. Untuk air korang kena beli dekat cafe Alang’s Rawa. Contoh fruit juice RM15++. Kalau air Coke, Sprite ke RM8.50 mineral water rm5.50. Kalau larat bawa lah sendiri.

3. Perjalanan mengambil masa 20-30minit. Sampai je pulau Rawa masyaallah subhanallah memang cantik. Pasir putih halus macam Maldive, air jernih bak kristal ,sangat bersih memang terpesona lah.

4. Banyak activiti dekat situ antaranya watersport kayak dan snorkeling. Kalau nak guna, deposit RM100 nanti pulang barang, duit dapat return balik. Ade water slide act untuk penginap yang Rawa Island Resort sahaja tapi kalau nak main boleh tanya pekerja situ boleh tumpang sekaki, minta izin. Tapi jangan pula korang pulun sangat macam slide tu korg punya. Sebab water slide tengah tengah boleh tanya pekerja dekat resort tu semua ramah-ramah dan baik-baik belaka. Kalau kuat hiking pun boleh dan paling banyak tempat nak ambil gamba. Dan korang boleh ambil gambar dekat Rawa Island resort sebelah jugak, morning walk sambil posing.

Foto via Facebook Noor Umiyana
Foto via Facebook Noor Umiyana

REVIEW

1. BILIK : Untuk bilik Alang’s Rawa pula tak ada aircond tau. Kalau yang Rawa Resort tu ada aircond. Tapi Alang’s Rawa ada kipas angin sejuk di tambah pulak angin pantai. Bilik air mandi sedikit masin air supply air laut kot. Bilik kami tak ada TV jadi korang betul menikmati keindahan alam.

2. STAFF : Alang’s Rawa sangat ramah dan baik.

3. BOAT : Pickup kat jetty mersing 12 tengahari hari kalau nak balik boleh pilih nak balik pkul 11 pagi atau 3 ptg. Boat memang follow rules. masa pergi 10 orang orang masa balik 6 orang je. Macam private boat. Tak ada main sumbat je tau.

4. Korang download siap-siap apps qiblat finder ke takut line korang tak laju. Macam kakak maxis laju je.

5. Untuk info lebih lanjut tertakluk terma dan syarat korang boleh email alangsrawa@gmail.com.

KOS

1.Total pakej 2 dewasa 1 kanak-kanak RM1624 (boat + penginapan 2H1M + makan dinner, bfast & lunch)

2. Add on air + 1x lunch 3 orang sebab balik pukul 2, RM232

GRAND TOTAL RM1886

Foto via Facebook Noor Umiyana

Sumber: Facebook Noor Umiyana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *