fbpx

Malaysia Airlines Umum Bayaran Balik Penuh Dan Pertukaran Tiket Percuma Kerana Kes Virus Wuhan

Ahmad Suhael 1

Berita baik untuk pemegang tiket Malaysia Airlines di mana segala pembatalan tiket akan dapat bayaran balik penuh. Selain itu, perubahan ke atas tiket juga dapat dilakukan secara percuma bagi penerbangan ke dan dari China.

Pemegang tiket yang dikeluarkan pada atau sebelum 28 Jan untuk perjalanan bagi tempoh dari 28 Jan hingga 29 Feb ke dan dari Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Xiamen akan dibenarkan untuk pembatalan dengan bayaran balik penuh.

Menurut kenyataan Malaysia Airlines lagi, pemegang tiket juga boleh melakukan perubahan sekali sahaja dengan kos percuma. Perubahan perjalanan mesti pada atau sebelum 31 Mei, 2020 dan tertakluk kepada ketersediaan penerbangan.

Walabagaimanapun, tawaran ini hanya untuk tiket yang belum digunakan sepenuhnya dan tiket yang telah digunakan sebahagiannya.

Tindakan yang dilakukan oleh Malaysia Airlines mendapat respon yang baik dari netizen. Adakah AirAsia akan mengikut jejak langkah Malaysia Airlines? Sama-sama kita nantikan.

Baca berita lanjut di BERNAMA

One thought on “Malaysia Airlines Umum Bayaran Balik Penuh Dan Pertukaran Tiket Percuma Kerana Kes Virus Wuhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pulau Sumba Di Indonesia, Satu Lagi Hidden Gems Yang Berbaloi Untuk DI Terokai!

Indonesia tidak lagi asing menjadi destinasi ramai pengujung dari luar disebabkan oleh kecantikan alam semulajadinya. Tempat-tempat seperti Bali, Lombok, Nusa Penida, Flores antara destinasi-destinasi yang sangat popular. Namun, sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang kurang sambutan tetapi masih lagi menjanjikan permandangan yang setanding dengan lokasi-lokasi di atas antaranya Pulau Sabang di […]
Malaysia Airlines Umum Bayaran Balik Penuh Dan Pertukaran Tiket Percuma Kerana Kes Virus Wuhan 2