Pulau Sumba Di Indonesia, Satu Lagi Hidden Gems Yang Berbaloi Untuk DI Terokai!

Indonesia tidak lagi asing menjadi destinasi ramai pengujung dari luar disebabkan oleh kecantikan alam semulajadinya. Tempat-tempat seperti Bali, Lombok, Nusa Penida, Flores antara destinasi-destinasi yang sangat popular.

Namun, sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang kurang sambutan tetapi masih lagi menjanjikan permandangan yang setanding dengan lokasi-lokasi di atas antaranya Pulau Sabang di Acheh dan Pulau Sumba di Indonesia.

Melalui Facebook, lelaki bernama Abdul Aziz ini berkongsi kecantikan Pulau Sumba di Indonesia setanding lokasi popular lain. Menurut Abdul Aziz, Pulau Sumba merupakan destinasi yang masih kurang informasi mengenainya. Jadi, untuk ke sana memerlukan travel agensi.

Untuk ke sini pula, anda perlu menaiki penerbangan ke Denpasar Bali dan mengambil penerbangan domestik ke Umbu Mehang Kunda Airport. Setibanya di sana, anda boleh menerokai Pulau Sumba dengan kenderaan darat.

Salah satu pantai di Pulau Sumba di Indonesia. Foto via Facebook Abdul Aziz

Untuk itinerari boleh rujuk di bawah:

Day 1

  • Pantai Mandorak
  • Lagoon Weekuri
  • Rumah adat Ratenggano
  • Pantai Bawana
  • Sunset Mario hotel

Day 2

  • Rumah adat priijing
  • Pososu Waterfall
  • Bukit Wairindinh

Day 3

  • Sunrise hotel Padadita
  • Bukit laindeha/walaliku
  • Waimarang waterfall
  • Pantai walakiri

Day 4

  • Puru Kumbara
  • Bukit persaudaraan
  • Waingapu – flight to Denpasar
Lagoon Waekuri. Foto via Facebook Abdul Aziz
Kampung Priijng. Foto via Facebook Abdul Aziz
Bukit Laindeha. Foto via Facebook Abdul Aziz
Waimarang Waterfalls. Foto via Facebook Abdul Aziz

Sumber: Facebook Abdul Aziz

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *