Indonesia sememangnya terkenal dengan kecantikan alam semulajadinya. Baik dari gunung-ganang juga pantainya banyak dijadikan destinasi pilihan kepada peminat nature. Antara destinasi yang popular adalah Bali, Flores, Nusa Penida, Lombok dan Jogjakarta.
Jika sebelum ini kami ada kongsikan destinasi jarang-jarang dikunjungi orang ramai iaitu Pulau Sumba di Sumatera, kali ini satu lagi destinasi yang patut cuba iaitu Pulau Sabang yang terletak di Aceh, Indonesia.
Walaupun Aceh tercatat kisah sedih disebalik kisah tragis Tsunami 2004, Aceh kini menjadi tumpuan pelancong untuk datang menyelami kisah tragis terbabit sambil menikmati kecantikan pulau Sabang.
Pemegang akaun Facebook Nizar Latif ini berkongsi percutian beliau ke Pulau Sabang di Aceh. Apa yang menariknya ialah percutian beliau yang dibuat ketika bulan puasa ini cukup menginsafkan lebih-lebih lagi bila mengenangkan nasib mangsa Tragedi Tsunami 2004. Mari baca perkongsian beliau di bawah.
Pada asalnya niat trip ini hanya untuk berpuasa dan berterawih di Banda Aceh. Selepas baca perkongsian di sini, cantik pula Sabang/Pulau Weh ini. Terus rasa menyesal beli tiket 3 hari 2 malam sahaja. Banyak tempat terpaksa skip disebabkan kekangan masa dan lapaq ayaq. Namun difikirkan semula, memadai juga 3 hari 2 malam kerana tidak dapat snorkelling juga di pulau. Dicadangkan 4 hari 3 malam atau 5 hari 4 malam untuk lebih santai.
Semasa trip, ini tak buat itinerari pun hanya catat nota masa dan harga feri, tour beca. Risau kena tipu. Selebihnya redah sahaja. Alhamdulillah orang Aceh baik-baik. Selepas balik, kawan-kawan minta dan share di twitter dan instagram pun ada juga yang minta itinerari. Lepas raya ini baru sempat perhalusi semula. Suka untuk diingatkan, ini bukanlah iti yang sempurna, hanyalah short trip. 🙂
Sedikit coretan sepanjang trip ini:
Sampai airport dengan yakinnya buat roaming nak book grab. Rupanya tak ada grab di airport, terpaksa juga naik teksi. Pastu roaming pula kejap dapat, kejap tak dapat internetnya. Frust betul. Roaming asyik tak dapat juga, beli simcard di pelabuhan. Murah.
Dah tukar sim terus masuk dalam feri. Buka Facebook dan Instagram semua tak boleh. Whatsapp sahaja dapat. Berlari keluar dari feri, pergi semula ke kaunter. Rupanya selepas rusuhan presiden, Indonesia block semua media sosial. Frust kali kedua. Dalam feri terfikir nak install VPN. Alhamdulillah dapat buka Facebook dan Instagram. Penting kot. Haha.
Hampir nak terjatuh skuter disebabkan sebelah tangan pulas minyak, sebelah tangan pegang fon tengok maps. Nasib baik. Tiada siapa di Gua Sarang. Naik la buaian tu sorang-sorang. Di Kilometer 0 yang paling jauh tu, skuter tak boleh start. Dah lah nak dekat buka puasa. Nasib baik ada supir bawa minah salleh ni tolong. Skuter tu tak boleh senget kalau nak start. Kena tegak betul-betul. Hahaha lama tak bawa skuter.
Semasa terawih, Sabang black out. Nak balik dari masjid ke Freddies tu agak jauh. Tawakal dalam kegelapan.
Setibanya di muzium tsunami, abang becak beritahu dia nak ambil duit zakat. Dia minta sejam. Beg tinggal sahaja kat becak dia. Dah cukup sejam, dia tak datang lagi, cuak la juga. 10 minit kemudian, sampai juga dia. Alhamdulillah.
Nak masuk muzium tsunami, lalu lorong gelap. Alunan zikir dan deruan air tu buatkan naik bulu roma. Allahu. Banyak juga perkongsian cerita menyedihkan daripada penduduk Aceh ni. Tiap kali naik grab bike, berbual di masjid, kedai makan, mesti akan tanya tentang kejadian tsunami dulu. Macam-macam cerita sedih.
Untuk gambaran awal, bolehlah kunjungi instagram saya @nizarlatif17, rujuk di highlight story Banda Aceh.
ITINERARI BANDA ACEH & SABANG
25-27 MEI 2019
Solo trip
Total cost: RM +- 600
Hari Pertama
KUL – BTJ
- Airport ke Pelabuhan Ulee Lheue (110k Teksi Innova)
- Beli simcard di pelabuhan (50 k 3gb data)
- Pelabuhan Ulee Lheue ke Pelabuhan Balohan (160k return tix)
- Sewa skuter (100k sehari, minyak 30k. Boleh whatsapp no ni +6285261288072 / Kak Bunga. Kak ni orang Shah Alam, dah kahwin dengan orang sana)
- Pelabuhan Balohan ke Freddies Beach Resort
- Check in Freddies Beach Resort (RM 103 via booking)
- Gua Sarang
- Kilometer 0
- Pantai Ibioh
- Pekan Sabang
- Pantai Sumur Tiga
- Balik ke Freddies (buka puasa)
- Terawih di Masjid Babussalam
Hari Kedua
- Sahur & tengok sunrise dan kemudian Check out
- Tugu I Love Sabang
- Pelabuhan Balohan ke Pelabuhan Ulee Lheue
- Banda Aceh tour (naik becak, 150k)
- Kapal PLTD
- Muzium Tsunami Aceh
- Muzium & Rumah Aceh
- Masjid Baiturrahman
- Kapal Di Atas Rumah
- Check in Hotel Siwah (RM 71 via agoda)
- Pasar Aceh Baru (grab bike 5k)
- Mie Razali (buka puasa) (grab bike 5k)
- Terawih di Masjid Baiturrahman (grab bike 5k)
Hari Ketiga
- Check out
- Airport (Grab bike 60k tak sure, lupa)
- Singgah sekejap di Kuburan Massal Tsunami Siron
- BTJ – KUL
Sabang subhanallah cantik dan Banda Aceh cukup menginsafkan. Best tengok post dolphin kat Sabang tu. InshaAllah wajib repeat. Haha. Pakej dolphin boleh contact sini +6285260408660 atau di ig zulkifli_ijull.
Sumber: Facebook Nizar Latif