Eurostar Lancar Laluan Terus Antara London Dan Amsterdam

Berita baik untuk yang bercadang bercuti ke Eropah, kini Eurostar telah melancarkan perjalanan terus antara London dan Amsterdam. Perjalanan baru ini telah memendekkan perjalanan London Ke Amsterdam sehingga 4 jam.

Perjalanan 4 jam ini boleh dicapai dengan kelajuan kereta api sepantas 300 km/j. Laluan dari Amsterdam Central ke London St Pancras ini akan bermula pada 30 April 2020 dan sehari ada 3 kereta api disediakan untuk laluan ini.

Jika sebelum ini, untuk perjalanan Amsterdam dari St Pancras memerlukan anda menukar stesen di Brussels bagi urusan passport untuk perjalanan balik. Dengan adanya perjalanan terus ini bakal memudahkan perjalanan merentas benua eropah itu.

Tiket untuk laluan baru ini akan dijual pada 11 Februari, dengan harga sehala dari hanya £ 35. Sangat berbaloi berbanding menggunakan perjalanan udara kerana pengguna Eurostar hanya perlu mendaftar masuk 30 minit sebelum berlepas.

Sumber: Secret London