Tak perlu Travel Ke Jepun Lagi. Jenama Terkenal A Bathing Ape Bakal Buka Cawangan DI Malaysia

Jika anda meminati dan sentiasa mengikuti perkembangan dunia fesyen streetwear pasti akan tahu jenama terkenal A Bathing Ape atau nama pendek BAPE. Jenama daripada jepun ini terkenal dengan corak celorengnya seakan celoreng askar yang diletakkan di produk-produknya.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Aristen Lim memuat naik gambar kedai A Bathing Ape sedang dalam proses pembukaan di KLCC. Gambar ini pastinya memberikan tanda tanya apakah betul jenama terkenal ini akan membuka cawangannya di Malaysia.

Cawangan di Asia Tenggara bukanlah yang pertama. Sebelum ini BAPE telah pun membuka cawangan di Singapura. Walaubagaimanapun, lokasi Jepun selalunya menjadi pilihan peminat setia jenama ini untuk membeli produk keluaran BAPE.

Dikhabarkan syarikat yang membawa masuk BAPE ke Malaysia adalah syarikat yang sama membawa masuk BAPE ke Singapura. Jadi, harganya berkemungkinan akan sedikit tinggi berbanding di Jepun dan Singapura. Namun, belum ada pengumuman rasmi dibuat mengenai perkara ini.

Untuk info, jenama ditubuhkan pada tahun 1993 oleh Nigo. Nigo yang merupakan seorang lepasan jurusan fashion membina jenamanya sendiri A Bathing Ape selepas mendapat idea dari film Planet of the Apes 1968.

Nigo mengembangkan jenama BAPE dengan memberikan T-shirt hasil dari rekaannya kepada pemuzik Cornelius sebagai salah satu cara penjenamaan BAPE. Kini, jenama BAPE telah pun membuat kolaborasi dengan pelbagai jenama seperti Adidas, G-Shock, Carhartt, Supreme, Stussy dan bermacam lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *