Taman Tema MAPS Di Perak Ditutup Ingin DIambil Alih Oleh Syarikat Dari China

Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) yang dibuka kira-kira 3 tahun lalu secara rasminya ditutup pada 28 Januari 2020. Penutupan ini agak mengejutkan kerana tiada makluman awal dibuat membuatkan ada pengunjung yang masih lagi ke sana walaupun telah ditutup.

Menurut Harian Metro, notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young. Ura-ura penutupan itu dibuat akibat daripada kerugian yang ditanggung sepanjang operasinya.

Sebelum ini, MAPS juga ada membuat penutupan sementara beberapa kali menjadikan timbul spekulasi tentang penutupan terus ini. Penutupan MAPS mendapat pelbagai reaksi netizen yang pernah mengunjung ke tempat ini.

Related Post

Namun, baru-baru ini dimaklumkan terdapat beberapa pelabur yang ingin mengambil alih taman tema MAPS ini. Syarikat yang dikata itu berasal dari China dan bersedia untuk berbelanja besar bagi memperbaharui dan menambah baik lagi taman tema MAPS ini.

Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan penutupan MAPS tidak menjejaskan sumber ekonomi pelancongan di Perak. Malah setiap keputusan yang dibuat adalah untuk memastikan ianya menguntungkan pihak kerajaan.

This website uses cookies.