fbpx

Laluan Baru AirAsia Ke Ahmedabad. 10 Tempat Menarik Di Gujarat Untuk Diterokai

Ahmad Suhael

Kebanyakan orang bila melancong ke India lebih suka untuk pergi ke tempat yang sudah menjadi tumpuan ramai seperi Jaipur, Agra, New Delhi dan Mumbai. Namun, sebenarnya ada lagi lokasi lain di India yang tidak kurang menariknya untuk dilawati. Antaranya iaitu Gujarat.

Gurajat merupakan salah sebuah negeri di sebelah barat India. Ahmedabad pula adalah sebuah bandar terbesar di Gujarat dan ke enam di India. Bandar Ahmedabad juga merupakan bandar yang terawal mendapat pengiktiran UNESCO sebagai bandar warisan.

Baru-baru ini AirAsia telah mengumumkan laluan baharu yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Ahmedabad di India mulai 29 April 2020. Pembukaan laluan baru ini semestinya memudahkan pelancong terutamanya dari Malaysia untuk berkunjung ke Gujarat.

Ini ditambah lagi dengan pengurangkan visa pelancong elektronik daripada US$100 (e-visa pelancong – kemasukan berbilang kali setahun) kepada US$10 (e-visa pelancong 30 hari bagi April hingga Jun; US$5 bagi Julai hingga Mac) bagi rakyat Malaysia yang layak.

Jadi pasti rata-rata rakyat Malaysia khususnya sudah mula merangka apakah lokasi menarik di Gujarat ini. Mari kami kongsikan kepada anda beberapa lokasi menarik di Gujarat yang boleh dijadikan senarai destinasi anda nanti.

1 – Jama Masjid

Masjid Jama juga dikenali sebagai Jami atau Jumma Masjid di Ahmedabad telah dibina oleh Sultan Ahmed Shah I pada 1424. Masjid ini berdiri megah seperti nama samarannya, Jama Masjid di Delhi. Ia adalah salah satu tempat yang menarik untuk dilihat di Ahmedabad. Terletak bersebelahan dengan Kubu Bhadra, di sepanjang jalan dari Teen Darwaza ke Manek Chowk, Jama Masjid dikira sebagai reka bentuk masjid yang paling tinggi di India. Keindahan dan seni bina yang sangat mengagumkan.

Laluan Baru AirAsia Ke Ahmedabad. 10 Tempat Menarik Di Gujarat Untuk Diterokai 1
Jama Masjid. Foto via Astrolika

2 – Dada Hari Vav

Dada Hari Vav adalah stepwell yang cantik di Ahmedabad. Ukiran dan seni bina yang menakjubkan pada zaman yang dahulu akan pasti akan membuatkan anda rasa kagum. Walaupun panas terik pada musim panas, tempat ini sentiasa kekal sejuk. Selain itu, tempat ini juga sangat sesuai untuk fotografi.

Laluan Baru AirAsia Ke Ahmedabad. 10 Tempat Menarik Di Gujarat Untuk Diterokai 2
Dada Hari Vav. Foto via Foot Loose Dev

3 – Muzium World Vintage Car

Muzium World Vintage Car adalah muzium kereta vintaj yang terletak di kawasan Kathwada di Ahmedabad. Salah satu tempat pelancongan yang popular di Ahmedabad. Muzium ini memaparkan koleksi barangan antik, kereta, motosikal, kenderaan utiliti, dan kereta antik dari seluruh dunia. Walaupun sudah ditelan usia, kenderaan yang dipaparkan di sini masih nampak teguh dan berkilat seperti baru. Semestinya lokasi ini menjadi menarik perhatian pengunjung terutamanya kepada peminat koleksi kereta antik.

Laluan Baru AirAsia Ke Ahmedabad. 10 Tempat Menarik Di Gujarat Untuk Diterokai 3
World Vintage Car Museum. Foto via Momspresso

4 – Kankaria Lake

Tasik Kankaria adalah tasik kedua terbesar di seluruh Ahmedabad. Tasik besar ini dibina pada abad ke-15 dan dibaik pulih pada tahun 2008. Tasik ini mempunyai pakej hiburan lengkap untuk keluarga. Dilengkapi dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk keluarga seperti safari belon, zoo, kereta api mainan, dan taman hiburan. Sesuai untuk meluangkan masa ketika petang sambil bersiar-siar di taman ini.

Laluan Baru AirAsia Ke Ahmedabad. 10 Tempat Menarik Di Gujarat Untuk Diterokai 4
Kankaria Lake. Foto via Inspirock

5 – The Calico Museum of Textiles

Muzium Tekstil Calico adalah tempat pelancongan yang terkenal di Ahmedabad. Diuruskan oleh Sarabhai Foundation, ia adalah salah satu muzium tekstil tertua di negara ini dan salah satu tempat terbaik untuk dikunjungi di Ahmedabad. Ia terdiri daripada koleksi eksklusif pelbagai tekstil, fabrik dan artifak. Antaranya koleksi tekstil antik, selendang Kashmir, tie dye fabrik dan pelbagai tinggalan artifak menjadikannya salah satu tempat lawatan terbaik di Ahmedabad.

Laluan Baru AirAsia Ke Ahmedabad. 10 Tempat Menarik Di Gujarat Untuk Diterokai 5
Calico Museum of Textiles. Foto via Gujarat Tourism

6 – Law Garden Night Market

Law Garden Night Market terletak betul-betul di sebelah Taman Law terkenal Ahmedabad. Kedai-kedai di sini menjual hiasan dinding eksklusif, bandhej sarees, perhiasan antik, chaniyas, fabrik yang berwarna warni dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan menjadikan ianya satu salah satu faktor yang membuat pasar ini menjadi tempat yang popular untuk semua kaki shopping yang melawat Ahmedabad.

Laluan Baru AirAsia Ke Ahmedabad. 10 Tempat Menarik Di Gujarat Untuk Diterokai 6
Law Garden Night Market. Foto via Triptomato

7 – Sidi Saiyyad Mosque

Masjid Sidi Saiyyad yang indah ini dibina pada tahun 1573 dan menjadi salah satu masjid paling terkenal di bandar Ahmedabad. Keistimewaan struktur seni bina yang kompleks ini telah mendapat banyak perhatian sejak bertahun-tahun. Ini adalah antara tempat kegemaran untuk peminat sejarah, pencinta seni, dan jurugambar. Masjid ini mempunyai tingkap dengan corak batu yang diukir seakan membentuk pokok dan daun yang sangat kompleks. Masjid ini kini berada di bawah penjagaan Ukur Arkeologi India (ASI).

Laluan Baru AirAsia Ke Ahmedabad. 10 Tempat Menarik Di Gujarat Untuk Diterokai 7
Foto via The India

8 – Jhulta Minar

Jhuta Minar adalah antara keajaiban senibina yang paling kompleks bukan hanya di negeri Gujarat, tetapi mungkin di dunia sendiri. Apa yang mempesona pengunjungnya ialah tentang tempat ini yang penuh dengan misteri terutamanya bahagian menaranya. Dikatakan jika salah satu menara itu digegar, menara-menara yang lain mula bergetar sendiri dalam beberapa saat, walaupun laluan penyambung tidak menghantar sebarang getaran untuk memudahkan pergerakan.

Laluan Baru AirAsia Ke Ahmedabad. 10 Tempat Menarik Di Gujarat Untuk Diterokai 8
Foto via Holidify

9 – Adalaj Stepwell

Pada mulanya dibina untuk membendung masalah air di sekitar kampung Adalaj. Ianya menjadi terkenal kerana karya seni bina yang kompleks. Ia terletak hanya 4 km barat laut Gandhinagar dan dibina semula pada tahun 1498 untuk menyediakan akses kampung ke air bawah tanah. Struktur pembinaannya sangat unik ini kerana semakin ke dalam semakin anda dapat merasakan penurunan suhu sekeliling.

Laluan Baru AirAsia Ke Ahmedabad. 10 Tempat Menarik Di Gujarat Untuk Diterokai 9
Foto via The Hindu

10 – Bhadra Fort

Dibina pada tahun 1411 semasa pemerintahan Martha, Bhadra Fort merupakan salah satu tarikan utama dan salah satu tempat terbaik untuk dikunjungi di Ahmedabad. Kubu kerajaan ini terdiri daripada istana, halaman yang cantik, dan Kuil Bhadra Kali. Kubu itu telah diubahsuai pada tahun 2014 dan kini diuruskan oleh Ukur Arkeologi India sebagai harta warisan.

Laluan Baru AirAsia Ke Ahmedabad. 10 Tempat Menarik Di Gujarat Untuk Diterokai 10
Foto via Holidays DNA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Musim Melawat Dan Tempat Menarik Di Switzerland. Peminat Nature Pasti Suka!

Merancang untuk melancong ke eropah bukanlah perkara mudah. Ini kerana, eropah mempunyai 27 negara yang bernaung di bawah Kesatuan Eropah. Pastinya untuk memilih negara mana yang hendak di tuju dahulu memerlukan kajian yang banyak. Namun, ada beberapa negara yang kami sangat sarankan untuk anda tuju bila melancong ke Eropah. Negara-negara […]
Laluan Baru AirAsia Ke Ahmedabad. 10 Tempat Menarik Di Gujarat Untuk Diterokai 12