Bukan Calang-Calang! Bapa Kendong Anak 3 Tahun Tawan Kinabalu

Bukan Calang-Calang! Bapa Kendong Anak 3 Tahun Tawan Kinabalu 1

Kami percaya aktiviti mendaki bukanlah aktiviti yang mudah. Ini kerana ianya memerlukan kekuatan mental dan fizikal individu yang mendaki itu selain daripada persiapan kelengkapan yang cukup.

Jika di semenanjung Malaysia, gunung-gunung G7 adalah antara gunung yang popular didaki bagi mencabar diri pendaki. Ini kerana gunung-gunung G7 merupakan antara 7 Gunung tertinggi di semenanjung yang mempunyai 2000 meter ke atas dari paras laut.

Namun di Sabah dan Serawak, Gunung Kinabalu menjadi pilihan disebabkan gunung ini adalah gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Kejayaan sampai ke puncak adalah satu rekod bagi diri pendaki itu sendiri.

Untuk mendaki gunung Kinabalu memerlukan persedian yang rapi. Lebih-lebih lagi jika anda membawa beban. Ini kerana di ketinggian sebegitu, masalah kekurangan oksigen boleh menyebabkan kemudaratan kepada pendaki.

Segala cabaran itu telah berjaya ditempuh oleh wanita bernama Hamidah AR Lambensa bersama keluarganya. Melalui Facebook Group HACAM, wanita ini berkongsi perjalanan beliau mendaki Gunung Kinabalu bersama anak yang berusia 3 tahun yang dikendong sendiri oleh bapanya sendiri hingga ke puncak. Baca perkongsian beliau di bawah.

Bukan Calang-Calang! Bapa Kendong Anak 3 Tahun Tawan Kinabalu 2
Foto via Facebook Hamidah AR Lambensa

5 Januari 2019, hari Sabtu, jam 7.30am, umur 3tahun 11bulan 5hari, mencatatkan sejarah untuk dirinya sendiri. Danial Maahir berjaya menawan puncak tertinggi di Malaysia! Gunung Kinabalu. Syukur alhmdulillah. Tahniah buat suami dan anak yang kuatkan semangat kalian dan diiringi doa yang tidak putus-putus dikirimkan kepada kami. Kami juga diberitahu oleh malim gunung yang anak kecil ini peserta termuda dari Malaysia berjaya ke puncak Gunung Kinabalu selepas peserta termuda sebelum ini berusia 10 tahun. (kategori bejalan sendiri mungkin)

Ya, nampak macam mudah macam senang, “ala..gendong je boleh la sampai, ala..cuba bagi jalan sendiri tengok” dan macam lagi captions yang boleh dilontarkan. Tapi terus terang say katakan bukan senang, bukan mudah untuk menjejakkan kaki ke sini. Kumpulan mendaki kami seramai 11 orang semuanya, bermula dari opah hinggalah ke cucu. 9 org dewasa (opah awet mudah, uncle, abang, anak) dan 2 budak-budak di bawah usia 5 tahun (uncle n niece) serta 3 orang guide sepanjang perjalanan kami.

Danial Maahir, si kecil ini, adakalanya berlari, adakalanya berjalan, adakalanya merangkak, adakalanya berhenti di tengah-tengah jalan bermain dengan batu, bermain dengan tongkat, bermain dengan lumut, bermain dengan tupai. Adakala pula digendong di belakang ayahnya, adakala juga digendong disisip ibunya, Ya semuanya termasuk lah memaksa ibunya dan ayahnya bercerita apa jua tajuk spontan yang dirasakan seronok dari jiwa si kecil ini sepanjang perjalanan. Ibu yang penat mental dan fizikal terpaksa mengerah pula otak untuk memberi hiburan kepada anak. Ayahnya kurang bercakap, ibunya yang selalu melayan petah kata-kata si kecik. Adil sebab ayah yang byk menggendong di belakang. Tugas dibahagi sama rata. Ibu memikul beg keperluan kami tiga branak sepanjang perjalanan.

Hari pertama sangat santai, tiada apa yang perlu dikejar. Hanya target utama kami pada awalnya untuk bawa si kecik ke Laban Rata. Tidak pernah terfikir untuk ke puncak kerana agak menjadi kerisauan kepada kami sebgai parent anak asia yang tidak biasa dengan suhu yang extreme sejuk. Cuma melihat kondisi boleh diteruskan ke puncak atau tidak setelah sampai di check point nanti. Jam 9.30am mula perjalanan dan sampai di Laban Rata jam 5.15pm. Alhmdulillah cuaca baik dan terang , tiada setitik hujan menyapa kami sepanjang di sana.

Seawal jam 1.30am dikejutkan bangun, sedikit moody, tapi bila disebut “Kinabalu”, bingkas bangun si kecik dengan harapan ke puncak. Hati kecil si ibu menangis di saat ini. Yang dewasa gigil kesejukan. Yang kecil bergaduh tidak mahu dikenakan baju panas. Guide berulang kali minta menyarungkan baju yang lebih tebal. Namun kami akur, mood si kecil mesti dijaga mengikut keselesaannya. Mula berjalan jam 3.00am menuju check point Sayat Sayat. Lemah lesu langkah diatur, menahan sejuk juga mencari oksigen. Baru berlalu 500meter, Maahir minta dipakaikan baju panas. Lega mendengarnya. Mula-mula strategi kami adalah dengan saya mengikut langkah sang suami dan anak tapi lama kelamaan guide bergerak laju di depan tujuan nya memberikan lebih semangat untuk kami mengejarnya supaya ada harapan untuk sampai ke puncak on time. Saat menghampiri pintu Sayat Sayat, saya bergerak dahulu meninggalkan mereka untuk tunggu saja di check point Sayat Sayat. Jam 4.45am, tick nama di Sayat Sayat. Alhmdulillah berjaya di sini namun puncak masih 50-50.

Langkah longlai diatur 1 persatu dengan tujuan hanya ke puncak seringgit kalo tidak pun berjaya ke puncak low’s peak. Sekali lagi, Maahir bersuara kakinya kebas dan tangan terlalu sejuk minta dipanaskan. Emergency blanket dikeluarkan dan dibalut anak dan ayah. Biar si ayah kurang selesa berjalan keadaan demikian tapi selesa si kecil lebih utama.

Melepasi km8, saya terpaksa meninggalkan mereka untuk mengejar baki minit terakhir ke puncak. Mungkin melihatkan semangat kami 3 beranak, Malim gunung menyuntik kata semangat ketika ini, “kak, jangan peduli yang anak orang putih (umur 7 bulan sampai puncak) tu. Ni anak Malaysia kak. Kalau dia berjaya sampai nanti dia yang muda sekali dari Malaysia sampai puncak, masih boleh lagi ni dah nak smpai”. Perlahan saya bisikkan pada telinga suami. Tak apa, setakat mana saja la yang mampu. Jangan dipaksa. Gunung tidak pernah lari jika dikejar. Sungguh pun Maahir digendong ketika itu, saat hampir sampai ke puncak tapi ada jugak berlaku detik-detik lagi 200 meter ke puncak dia meronta minta balik Ipoh sekarang! Sebab dia juga ada perasaan hampir give up, penat, sejuk, lenguh badan didukung, bosan berjalan berjam-jam tapi masih tidak smpai. Janjikan mainan buatkan semangat si kecil berkobar kembali!

Berjalan la seorg diri di saat ini mendongak melihat puncak… Akhirnya saya menjadi org ke 4 terakhir sampai. Kemudiannya, mereka berdua. Sempat juga berselisihan dengan mendaki yang turun. Dan sambil-sambil juga saya menjerit memanggil nama hero-heroku dalam watak cerita kali ini. Ada juga malim yang menyarungkan snowcap tebal bagi memanaskan lagi anak kecil. Titisan air mata syukur pengganti ucapan tahniah to both of my heroes. Maahir, kami berdua bukan sedih tapi menangis kegembiraan. Alhmdulillah…

Sekadar perkongsian buat inspirasi pendaki especially hikers family.

Bukan Calang-Calang! Bapa Kendong Anak 3 Tahun Tawan Kinabalu 3
Foto via Facebook Hamidah AR Lambensa
Bukan Calang-Calang! Bapa Kendong Anak 3 Tahun Tawan Kinabalu 4
Foto via Facebook Hamidah AR Lambensa
Bukan Calang-Calang! Bapa Kendong Anak 3 Tahun Tawan Kinabalu 5
Foto via Facebook Hamidah AR Lambensa

Sumber: Facebook Hamidah AR Lambensa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *