fbpx

Musim Melawat Dan Tempat Menarik Di Switzerland. Peminat Nature Pasti Suka!

Ahmad Suhael 1

Merancang untuk melancong ke eropah bukanlah perkara mudah. Ini kerana, eropah mempunyai 27 negara yang bernaung di bawah Kesatuan Eropah. Pastinya untuk memilih negara mana yang hendak di tuju dahulu memerlukan kajian yang banyak.

Namun, ada beberapa negara yang kami sangat sarankan untuk anda tuju bila melancong ke Eropah. Negara-negara tersebut adalah Iceland, Scotland, Italy dan Switzerland. Namun, untuk artikel kali ini kami hanya ingin kongsikan tempat-tempat menarik di Switzerland terutamanya kepada peminat nature.

Musim Melawat Dan Tempat Menarik Di Switzerland. Peminat Nature Pasti Suka! 1
Foto via Medium

Musim Terbaik Untuk Melawat Switzerland

Switzerland mungkin hanya sebuah negara yang kecil berbanding negara eropah lain. Namun, negara ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri iaitu negara ini kaya dengan kecantikan gunung ganang yang bersalji, tasik biru memukau dan rumput yang menghijau.

Jadi musim terbaik untuk melawati Switzerland ialah pada penghujung bulan Mac ke awal bulan Jun (musim bunga) dan hujung September ke awal Desember (musim luruh). Jika anda datang pada musim sejuk, kebanyakan permandangan akan diselaputi salji putih sahaja.

Tempat Menarik Di Switzerland

1 – Matterhorn, Zermatt

Apa yang paling popular di Zermatt ialah Matterhorn. Matterhorn ialah Puncak Piramid yang merupakan puncak Alpine paling terkenal di Switzerland. Matterhorn berketinggian 4,478 meter menjadi destinasi peminat aktiviti mendaki pada musim panas, bermain ski dan papan luncur ketika musim sejuk. Untuk ke stesen gunung ini, anda boleh menggunakan kereta kabel berkelajuan tinggi.

Musim Melawat Dan Tempat Menarik Di Switzerland. Peminat Nature Pasti Suka! 2
Matterhorn. Foto via The Crazy Tourist

2 – Jungfrau Region

Jungfrau Region adalah satu wilayah yang boleh dikatakan kawasan yang lengkap untuk pelancong tuju. Di Jungfrau Region terletaknya Jungfraujoch iaitu stesen keretapi tertinggi di eropah. Dari Jungfraujoch ini anda boleh melihat gunung yang dipanggil ‘the big three’ iaitu glasier monoliths Jungfrau, Monch, dan Eiger.

Di tengah-tengahnya terletak bandar Interlaken yang menjadi tumpuan pelancong sebagai destinasi untuk menginap di Switzerland. Di Interlaken singgah ke Lake Brienz untuk mencuba aktiviti kayak di tasik biru. Dari Interlaken, anda boleh ke puncak Jungfraujoch dan bandar-bandar lain iaitu Grindelwald, Murren, Wengen dan Lauterbrunnen hanya menggunakan kereta api.

Musim Melawat Dan Tempat Menarik Di Switzerland. Peminat Nature Pasti Suka! 3
Staubbach Falls. Foto via World For Travel

Tempat paling popular dan mudah diakses di Lauterbrunnen ialah Staubbach Falls. Staubbach Falls ialah air terjun yang terletak di sebelah barat Lauterbrunnen di Dataran Tinggi Bernese. Nak lihat lembah Lauterbrunnen dari tempat tinggi boleh ke Schilthorn.

Selain itu, jika anda minat mendaki dan jungle trekking, banyak jalan-jalan denai yang boleh anda terokai untuk melihat hidden gems di Lauterbrunnen dan Grindelwald antaranya ialah Hardergrat Trail dan Rinderberg – Hornberg – Horneggli Trail. Jangan lupa untuk trekking ke Oeschinensee Lake, Lake Blausee ataupun Lake Bachalpsee juga.

Musim Melawat Dan Tempat Menarik Di Switzerland. Peminat Nature Pasti Suka! 4
Foto via Needpix

3 – Swiss National Park, Zernez

Kepada peminat nature dan sukakan aktiviti seperti jungle trekking dan mendaki mesti berkunjung ke satu-satunya taman nasional di Switzerland. Taman ini seluas 172-kilometer persegi ini meliputi glasier yang bersalji, padang rumput hijau yang luas, air terjun dan hutan yang subur menjadikannya tempat terkenal di Switzerland. Sebanyak 21 laluan denai membolehkan pengunjung berpeluang untuk melihat kecantikan flora yang luar biasa dan haiwan yang jarang dijumpai.

Musim Melawat Dan Tempat Menarik Di Switzerland. Peminat Nature Pasti Suka! 5
Swiss National Park. Foto via Travel Triangle

4 – Bern

Tidak banyak orang yang tahu bahawa Bern adalah ibu negara Switzerland. Bandar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, terutama sebuah bandar lamanya (the Old Town) yang telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bandar lama ini sangat cantik disebabkan oleh kebanyakan bangunannya terdiri dariapda seni binaan zaman pertengahan. Ditambah lagi dengan sungai Aare mengalir di celah-celah bandar tersebut. Seni binaan lama dapat dilihat daripada bangunan seperti gereja, parlimen, jam besar yang dibina pada tahun 1530, kolam air pancut dan banyak lagi.

Musim Melawat Dan Tempat Menarik Di Switzerland. Peminat Nature Pasti Suka! 6
Bern. Foto via Marj3

5 – Zurich

Sukakan suasana bandar lama disebalik kecantikan alam semula jadi? Zurich lah tempatnya. Terletak di Tasik Zurich, dengan akses mudah ke ski di Pegunungan Alps, bandar Zurich juga menjadi tarikan untuk yang meminati mempelajari budaya Swiss. Lebih daripada 50 muzium dan 100 galeri seni untuk dilihat di Zurich selain daripada bandar lama bersejarahnya. Selain itu, setiap tahun bandar Zurich akan menjadi tuan rumah kepada festival Street Parade iaitu salah satu parti Rave tahunan terbesar di Eropah. Jika anda berhajat ke sini, anda kena luangkan masa pada waktu malam kerana malam di sini lebih meriah.

Musim Melawat Dan Tempat Menarik Di Switzerland. Peminat Nature Pasti Suka! 7
Zurich. Foto via Nightjet

6 – Schaffhausen

Schaffhausen juga antara bandar lama yang penuh dengan sejarah di Switzerland. Walaupun tidak sepopular bandar-bandar lain, bandar Schaffausen juga lengkap dengan senibina zaman Renaissance. Terletak di tepi sungai Rhine yang cantik dan air terjun terbesar di Switzerland iaitu Rhine Falls. Rhine Falls mempunyai kelebaran 150 meter dan tinggi 23 meter. Pada musim sejuk, purata aliran air ialah 250 padu per saat. Kalau berani boleh naik bot untuk lihat air terjun ini dengan lebih dekat!

Musim Melawat Dan Tempat Menarik Di Switzerland. Peminat Nature Pasti Suka! 8
Foto via Explore With Vandy

One thought on “Musim Melawat Dan Tempat Menarik Di Switzerland. Peminat Nature Pasti Suka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Bukan Calang-Calang! Bapa Kendong Anak 3 Tahun Tawan Kinabalu

Kami percaya aktiviti mendaki bukanlah aktiviti yang mudah. Ini kerana ianya memerlukan kekuatan mental dan fizikal individu yang mendaki itu selain daripada persiapan kelengkapan yang cukup. Jika di semenanjung Malaysia, gunung-gunung G7 adalah antara gunung yang popular didaki bagi mencabar diri pendaki. Ini kerana gunung-gunung G7 merupakan antara 7 Gunung […]
Musim Melawat Dan Tempat Menarik Di Switzerland. Peminat Nature Pasti Suka! 10