Tips Kekal Bergaya Untuk Wanita Muslimah Ketika Travel

Seiring dengan perkembangan teknologi dan dunia fesyen, wanita muslimah kini bijak bukan sahaja tampil lebih bergaya malah pandai untuk menggayakan sesuatu fesyen mengikut tempat. Terima kasih teknologi yang banyak membantu memudahkan pencarian pakaian sesuai dan sepadan.

Walaubagaimanapun, tidak ramai wanita yang bijak dalam membuat persediaan pakaian untuk travel. Ini kerana semasa travel, pakaian yang dibawa adalah terhad bergantung kepada saiz luggage. Dan pastinya ini akan mengurangkan jenis fesyen yang boleh digayakan ketika travel.

Jadi, kemahiran dalam membuat persediaan pakaian sangat penting demi mengekalkan mood percutian anda. Jom ikuti tips di bawah agar percutian anda lebih menyeronokkan dan gambar kenangan anda lebih cantik untuk diabadikan.

Foto via Line Today

1 – Hijab Yang Sesuai

Pemilihan gaya hijab adalah yang paling utama bagi wanita ketika travel. Dengan adanya pelbagai jenis hijab zaman sekarang adalah sangat membantu wanita membuat pilihan. Antaranya ialah tudung ‘instant, tudung bawal, tudung lilit dan banyak lagi. Pemilihan hijab ini boleh diputuskan bagaimana jenis percutian anda.

Pemilihan warna juga sangat penting untuk dipadankan dengan pakaian. Warna yang lebih selamat adalah warna hitam, coklat gelap, putih dan biru gelap.

2. Gunakan Kaca Mata

Kaca mata merupakan salah satu aksesori kelengkapan yang penting bagi menambahkan gaya yang lebih elegen! Tetapi penggunaan kaca mata juga hendaklah bersesuaian dengan gaya hijab anda.

Beberapa tips pemilihan kaca mata untuk anda. Sekiranya anda mengenakan tudung instant, sebaiknya elakkan dari memakai kaca mata yang besar dan berbingkai hitam kerana akan menampakkan kepala anda lebih besar.

Kemudian, penggunaan tudung bawal pula sesuai dengan kebanyakan bentuk kaca mata. Sekiranya anda menggunakan tudung lilit pula, anda boleh disesuaikannya dengan kebanyakan kaca mata hitam kerana kain tudung boleh digayakan secara lebih longgar dan versatile.

Foto via Gaya Baju Simple

3 – Pakaian Longgar

Tujuan asalnya ialah untuk mengelakkan ternampaknya susuk tubuh. Selain itu, pakai pakaian yang longgar akan memudahkan pergerakan anda. Anda akan lebih bebas dan lebih selamat kerana tidak menjadi tumpuan tenungan orang ramai terutamanya lelaki.

4 – Gayakan Blouse

Ramai wanita sekarang lebih suka memakai blaus disebabkan ianya lebih mudah untuk dipadankan daripada pakaian lain. Pemilihan blouse yang padan dan sesuai juga sangat penting. Sebagai contoh, memakai blouse yang berwarna hitam tidak sesuai untuk negara yang beriklim panas kerana warna hitam boleh menyerap haba.

Selain itu, disarankan untuk memilih blouse yang dihasilkan dari bahan kapas selain mempunyai potongan yang longgar dan tidak terlalu jarang dan senteng.

Gambar sekadar hiasan

5 – Seluar Yang Sesuai

Antara seluar yang mesti dibawa adalah seluar jeans kerana ia dapat dipadankan dengan pelbagai jenis blouse atau baju yang anda ingin gayakan. Seluar jeans yang dipilih pula disarankan jenis yang bergetah atau elastik untuk memudahkan pergerakan ketika memakai jeans.

Selain itu, seluar yang berpotongan longgar seperti palazzo juga sangat sesuai kerana ianya memudahkan pergerakan malah lebih mudah untuk digayakan. Malah pemakaian palazzo nampak lebih elegen jika dipadankan dengan pakaian dan kasut yang sesuai.

6 – Jangan Lupa Baju Sejuk

Sekiranya anda melawat ke negara sejuk, hendaklah dipastikan membawa baju sejuk atau sweater yang bersesuaian dengan keadaan cuaca di destinasi anda. Ianya penting untuk memberi keselesaan ketika berada di luar.

Foto via Kisah Emas Putih

7 – Dress

Pakaian dress yang labuh juga merupakan salah satu pakaian sesuai dibawa ketika melancong. Selain daripada dress, kaftan juga elok dibawa kerana sangat sesuai sekiranya terdapat sebarang acara atau majlis khususnya berdekatan pantai atau kolam renang. Ini keerana ianya dapat menimbulkan imej professional disamping menyerlahkan kesantunan dan nilai feminin pada kaum wanita.

8 – Pakaian Renang

Apabila melancong atau bercuti ke kawasan pantai, kolam atau ditengah laut, adalah seeloknya untuk membawa sekali baju renang muslimah anda. Jadi tidaklah anda tidak dapat menikmati percutian anda sepenuhnya. Ini kerana ada sesetengah tempat tidak membenarkan anda untuk bermain air sekiranya tidak mengikut etika pakaian mandi.

Gambar sekadar hiasan

9 – Kasut

Pemilihan kasut ketika travel sangat penting. Ini kerana kebanyakan kita hanya membawa satu hingga dua pasang kasuh sahaja ketika bercuti untuk mengelakan pembaziran ruang di dalam luggage.

Selain itu, pastikan kasut yang dibawa sesuai dengan semua jenis situasi sama ada di pantai, bandar atau di dalam hutan. Jadi pilihlah kasut yang memiliki tapak rata sebagai contoh sneakers atau boleh juga mengenakan sandal lebih-lebih lagi bagi individu yang kuat berjalan kerana ia dapat mengurangkan sakit kaki sewaktu anda melancong.

Jika anda melawati negara yang beriklim sejuk pula, memakai but adalah pilihan yang tepat untuk digayakan kerana but dapat mengekalkan haba di dalam kasut.

10 – Topi

Topi juga merupakan aksesori yang menarik untuk digayakan bersama kaca mata. Jika anda melancong ke pantai atau pulau, selain bergaya penggunaan topi sangat sesuai kerana ianya menjadi penghalang kepada cahaya matahari membakar kulit anda.

Foto via Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *