Cara Minta Refund Flight AirAsia Yang Dibatalkan Gara-Gara COVID-19

Cara Minta Refund Flight AirAsia Yang Dibatalkan Gara-Gara COVID-19 1

Umum ketahui yang isu Corona virus ataupun nama barunya Covid-19 yang semakin meruncing terutamanya di negara China. Negara-negara lain juga terkena tempiasnya termasuklah negara Malaysia akibat daripada kewujudan rakyat China di negara kita.

Berikutan daripada itu, kerajaan telah menyekat perjalanan terutamanya ke China, Hong Kong, Macau dan Taiwan dan ini menyebabkan kebanyakan syarikat penerbangan termasuklah daripada Malaysia iaitu AirAsia dan Malaysia Airlines terpaksa membatalkan jadual penerbangan ke negara-negara terbabit.

Jadi kepada pelanggan mereka yang telah membuat tempahan, anda ditawarkan dua pilihan sama ada menukarkan jadual perjalanan ataupun membatalkan terus. Sila rujuk kepada laman sesawang syarikat penerbangan untuk waktu yang dibenarkan jika bercadang untuk menukar jadual perjalanan.

Untuk pelanggan AirAsia, kepada mereka yang ingin membatalkan penerbangan, anda boleh memohon tuntutan terus ke akaun bank anda atau account BigPay. Tuntutan ini hanya untuk tempahan penerbangan bermula sekarang hingga ke 31 MAC 2020.

Anda boleh merujuk cara yang di bawah ini:

1 – Website Airasia – Refund

2 – Klik Chat with AVA

Cara Minta Refund Flight AirAsia Yang Dibatalkan Gara-Gara COVID-19 2

3 – Klik REFUND > AIRASIA NEW REFUND REQUEST > FLIGHT CANCELATION REFUND > Klik YES

Cara Minta Refund Flight AirAsia Yang Dibatalkan Gara-Gara COVID-19 3
Cara Minta Refund Flight AirAsia Yang Dibatalkan Gara-Gara COVID-19 4

4 – Isikan semua maklumat yang diminta, Booking No, Family Name, Guest Name, Date of birth , Email yang digunakan semasa booking tiket.

Cara Minta Refund Flight AirAsia Yang Dibatalkan Gara-Gara COVID-19 5

5 – Taip N jika cancel salah satu flight & Taip Y jika cancel semua flight (No Booking itu sahaja)

Cara Minta Refund Flight AirAsia Yang Dibatalkan Gara-Gara COVID-19 6

6 – Pilih nama guest yang nak refund tiket (jika semua guest, masukan semua ikut format yang diminta)

7 – Taipkan satu subjek berkenaan kes tersebut

Cara Minta Refund Flight AirAsia Yang Dibatalkan Gara-Gara COVID-19 7

8 – Pilih refund pilihan anda (sama ada menerusi credit account (Air Asia Big members) atau dimasukkan ke dalam akaun bank di mana anda buat bayaran terdahulu.

9 – Akhir sekali, anda akan menerima Number Case oleh AVA. Email anda juga akan menerima Number Case.

Cara Minta Refund Flight AirAsia Yang Dibatalkan Gara-Gara COVID-19 8

Selesai semua langkah ini, status refund anda kini adalah “Dalam Proses”.

Proses tuntutan akan ambil masa dalam 30 hari. Tapi kebiasaannya, dalam tempoh lebih kurang seminggu wang akan dimasukkan ke akaun sama ada akaun BigPay atau akaun bank.

Untuk semak status tuntuan anda, boleh chat with AVA, “Check Refund Status” dan masukkan Number Case anda.

Sekian.

Sumber: Facebook Skyfly X Adventure

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *