Peraturan EC 261 Di Eropah. Anda Layak Tuntut Sehingga 700USD Jika Flight Delay Atau Batal!

Apabila penerbangan tertangguh atau dibatalkan pastinya membuatkan anda risau bukan? Risau kerana perlu menanggung rugi segala tempahan yang dibuat terpaksa dibatalkan atau ditukar tarikh. Sebab itu pentingnya anda membeli insuran penerbangan ketika anda melancong.

Tetapi kami percaya tak ramai orang nak ambil tahu tentang terma dan syarat ketika membeli insuran. Apatah lagi undang-undang atau peraturan sesebuah negara semasa melancong.

Mungkin di Malaysia anda pernah dengar tentang laman sesawang Mavcom yang banyak memberi info tentang penerbangan dan hak sebagai penumpang. Anda boleh menuntut kerugian jika penerbangan anda ditunda, batal ataupun anda dilarang untuk boarding.

Di Eropah pula adanya undang-undang atau peraturan EC261. Apakah itu EC261? Jadi artikel kali ini kami ingin berkongsi tentang peraturan EC261.

Peraturan EC 261 Di Eropah. Anda Layak Tuntut Sehingga 700USD Jika Flight Delay Atau Batal! 2
Foto via NBCNews

Apa Itu EC261?

Jika anda terbang dari atau ke lapangan terbang Eropah, anda sebenarnya dilindungi oleh peraturan yang membela hak penumpang udara. Peraturan itu ialah peraturan yang dikenali sebagai EC 261 ataupun EC261/2004.

EC 261/2004 adalah peraturan dalam undang-undang EU yang diwujudkan untuk membela hak penumpang. Ia menyatakan tanggungjawab syarikat penerbangan apabila perjalanan penerbangan penumpang terganggu, selagi gangguan itu tidak disebabkan oleh keadaan di luar kawalan syarikat penerbangan itu.

Semua penumpang yang berlepas dari lapangan terbang Eropah dilindungi di bawah EC 261. Dan dalam beberapa keadaan, penumpang yang terbang ke Eropah dari destinasi lain di seluruh dunia juga boleh dilindungi.

Jenis Kes Tuntutan Yang Dibolehkan

Apabila berlaku gangguan perjalanan penerbangan disebabkan oleh syarikat penerbangan, syarikat terbabit bertanggungjawab secara sah untuk menanggung kerugian yang dialami oleh penumpang.

Dibawah ini adalah tiga jenis tuntutan yang dibuat oleh penumpang.

  1. Tidak dibenarkan boarding
  2. Pembatalan penerbangan
  3. Kelewatan penerbangan lama (tiga jam atau lebih)

Bergantung kepada penerbangan anda, senario penerbangan, dan destinasi utama, sebagai penumpang, anda boleh menerima pampasan sehinggai 700 USD bersamaan hampir RM3,000.

Peraturan EC 261 Di Eropah. Anda Layak Tuntut Sehingga 700USD Jika Flight Delay Atau Batal! 3
Foto via SF Gate

Laluan Penerbangan Yang Layak

Kebanyakan laluan penerbangan di Eropah dilindungi di bawah EC261. Ini termasuk bukan sahaja ruang udara EU, tetapi juga Iceland, Norway, Switzerland dan “kawasan paling luar” (Guiana Perancis dan Martinique, Mayotte, Guadeloupe dan La RĂ©union, Saint-Martin, Madeira dan Azores, dan Kepulauan Canary) .

Banyak penerbangan antarabangsa juga termasuk dalam EC261. Sekiranya penerbangan anda berlepas dari lapangan terbang di EU, ia dilindungi. Jika penerbangan anda berlepas dari tempat lain tetapi destinasi anda berada di EU, ianya bergantung pada syarikat penerbangan itu. Jika ia adalah syarikat penerbangan Eropah, anda dilindungi.

Peraturan EC 261 Di Eropah. Anda Layak Tuntut Sehingga 700USD Jika Flight Delay Atau Batal! 4
Foto via Airhelp

Pampasan Lain Yang Boleh Anda Dapat

Selain daripada pampasan wang, antara pampasan lain yang boleh anda dapat ialah:

  1. Bayaran balik penuh atau separa (full refund or half).
  2. Makanan dan minuman semasa kelewatan.
  3. Akses kepada talian komunikasi, termasuk dua panggilan telefon dan e-mel.
  4. Jika penginapan diperlukan, anda layak dapat bilik hotel dan pengangkutan ke hotel dan ke lapangan terbang semula

Ternyata jika berlaku gangguan dalam penerbangan anda, anda layak menerima pampasan kerana ianya tertakluk di dalam undang-undang baik di Malaysia dan Eropah. Untuk periksa perjalanan layak untuk tuntutan ganti rugi boleh rujuk laman sesawang Airhelp.