Penumpang Kapal Cruise Diamond Princess Dikuarantin Kerana COVID-19 Dapat Iphone
Selain daripada pengangkutan kapal terbang yang banyak disekat, pengangkutan kapal juga tidak terlepas daripada terkena jangkitan virus Corona ataupun COVID-19 ini. Antara kapal persiaran yang dikuarantinkan ialah kapal Diamond Princess.
Seramai 3,000 lebih penumpang dikuarantinkan di pelabuhan Yokohama namun hanya 355 positif virus terbabit daripada 1,219 penumpang yang telah menjalani ujian. Jumlah penumpang yang positif virus itu diperoleh ketika Amerika Syarikat (AS) bersedia memindahkan rakyatnya dari kapal yang dikuarantinkan.
Kuarantin itu dilakukan selama 14 hari bermula pada 5 Februari lalu selepas mendapati penumpang yang turun di Hong Kong ketika pelayaran disahkan positif Covid-19.
Pegawai bertugas sentiasa mengesan jangkitan baru dalam kalangan penumpang dan kru kapal serta menghantar mereka ke hospital. Sementara yang lain tinggal di dalam kabin kapal dalam tempoh kuarantin selama 14 hari, yang sepatutnya berakhir Rabu ini.
Walaupun dikuarantin selama 14 hari, penumpang di dalam kapal diberikan telefon bimbit jenama Iphone sebanyak 2000 unit dari Kementerian Kesihatan, Buruh Dan Kebajikan Jepun.
Tujuan iPhone itu diedarkan adalah untuk memberikan akses kepada aplikasi khas kementerian kesihatan Jepun yang ada dipasang dalam peranti tersebut selain memudahkan pihak kesihatan Jepun berinteraksi dengan penumpang yang berada di atas kapal tersebut.
今回、#ダイヤモンドプリンセス号 の乗客の皆様へ、厚労省、SB社、LINE社の連携の下、LINEを入れたiPhoneを2000台をご提供させていただきました
— 舛田 淳(Masuda Jun)/LINE (@masujun) February 14, 2020
LINE経由での乗客への情報を提供を実現し、さらに心理カウンセラー、医師へのオンライン相談が可能となりました
※写真は有志たち#新型コロナウィルス pic.twitter.com/o9n8o9WSix
Sumber: Imore, Harian Metro