fbpx

7 Hari Di Switzerland. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Dan View Swiss Terbaik Untuk Peminat Nature!

Ahmad Suhael

Apabila disebut tempat yang cantik dan kaya dengan alam semula jadi di Asia Tenggara, Indonesia antara negara yang paling popular. Antara tempat yang cantik dengan alam semulajadinya ialah Bali, Flores, Pulau Sabang dan Lombok.

Namun, kalau nak dibandingkan dengan negara-negara eropah pastinya negara-negara ini menjadi senarai utama negara yang cantik dengan alam semula jadi. Dan negara yang paling menjadi pilihan semestinya Switzerland.

Switzerland sememangnya cantik kerana kedudukan geografinya yang mempunyai pergunungan, glacier, rumput luas yang hijau dan tasik yang biru. Faktor ini menjadi Switzerland tempat ideal untuk anda yang sukakan tempat yang kaya dengan alam semulajadi.

Jika sebelum ini kami ada kongsikan tempat-tempat menarik di Switzerland yang mesti anda jadikan destinasi jika ke sana, kali ini kami nak kongsikan kepada anda pula itinerari yang boleh dijadikan rujukan anda jika bercadang nak ke Switzerland.

Melalui kumpulan Backpacker Buddies Malaysia (BBM), wanita bernama Izati Azlan berkongsi itinerari beliau Switzerland selama 7 hari di sana. Baca perkongsian beliau di bawah.

7 Hari Di Switzerland. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Dan View Swiss Terbaik Untuk Peminat Nature! 1
Gornergrat, Zermatt. Foto via Facebook Izati Azlan
7 Hari Di Switzerland. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Dan View Swiss Terbaik Untuk Peminat Nature! 2
Lake Brienz, Interlaken. Foto via Facebook Izati Azlan

Itinerari

Hi, sekadar ingin berkongsi percutian ke Switzerland selama 7 hari (Penghujung September)

Day 1 :

  • Dari Geneva ke Interlaken Ost using Golden Pass Line (Scenic Route) . From Interlaken Ost to Lauterbrunnen.
  • Check in dekat Valley Hostel. Dekat situ ada Coop (Supermarket) where you can buy groceries.

Day 2 :

  • Kami pergi ke Oeschinensee Lake. Dari Lauterbrunnen ke Kandersteg Station. After sampai Kandersteg Station perlu berjalan kaki lebih kurng 20 minit untuk sampai ke Cable Car. From Cable Car ke Oeshinenensee Lake, kami mengambil masa lebih kurang 1 jam uutuk sampai. (Banyak berhenti untuk ambil gambar). Selepas itu boleh pulang semula ke Cable Car dengan menaiki Shuttle disediakan atau pilih untuk berjalan.
  • Sebelah Cable Car ada Mountain Coaster (Toboggan Run) boleh enjoy dulu sebelum balik.
  • Fee : Adult (CHF 4) until 11.30 AM. (CHF 6) 11.31 AM onwards
  • Fee : Child (CHF 3) until 11.30 AM. (CHF 5) 11.31 AM onwards
  • Selepas turun dari Cable car. Kami ambil Bas dan menuju ke Lake Blausee
  • Entrance Fee : Adult (CHF 7)

Day 3 :

  • Dari Lauterbrunnen pergi ke Schiltron (Bernese Alps). Sebelum naik ke Schiltron dgn cable car boleh berjalan di Murren Village (Mountain Village).
  • Selepas ke Schiltron kami pergi ke Grindelwald.
7 Hari Di Switzerland. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Dan View Swiss Terbaik Untuk Peminat Nature! 3
Kandersteg. Foto via Facebook Izati Azlan
7 Hari Di Switzerland. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Dan View Swiss Terbaik Untuk Peminat Nature! 4
Lauterbrunnen. Foto via Facebook Izati Azlan
7 Hari Di Switzerland. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Dan View Swiss Terbaik Untuk Peminat Nature! 5
Schilthorn. Foto via Facebook Izati Azlan

Day 4 :

  • Check Out from Valley Hostel. Menuju pula ke Zermatt untuk melihat Matterhorn. Di Zerrmatt kami menginap di Hotel Cima. Best dapat bilik yg balcony facing Matterhorn.
  • Sedikit Info, untuk sampai ke Zermat hanya boleh dengan menaiki Train sahaja. Jadi pada sesiapa yang travel by car boleh parking kereta di Tasch dan seterusnya menaiki Train untuk ke Zermatt.

Day 5 :

  • Pagi-pagi dah naik Cogwheel Train untuk pergi ke Gornergrat. Selepas itu kami mengabiskan masa di Zermatt untuk mencari souvenirs.

Day 6 :

  • Check Out from Hotel Cima dan bergerak ke Interlaken Ost. Dekat station ada menyediakan perkhidmatan Locker untuk simpan beg. Locker yang besar memuatkan 1 Bag Besar. Kami sewa 2 Locker untuk 2 beg besar.
  • Kami menyimpan beg bagi memudahkan pergerakan untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan Interlaken seperti Lake Brienz, dll sebelum menyambung semula perjalanan ke Luzern @ Lucerne
  • Check In Rigi House 1, Luzern
7 Hari Di Switzerland. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Dan View Swiss Terbaik Untuk Peminat Nature! 6
Matterhorn, Zermatt. Foto via Facebook Izati Azlan
7 Hari Di Switzerland. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Dan View Swiss Terbaik Untuk Peminat Nature! 7
Lake Brienz, Interlaken. Foto via Facebook Izati Azlan
7 Hari Di Switzerland. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Dan View Swiss Terbaik Untuk Peminat Nature! 8
Mount TIltis. Foto via Facebook Izati Azlan

Day 7 :

  • Dari Luzern menuju ke Engelberg untuk pergi ke Mount Titlis.

Day 8 :

  • Check Out. Ke Zurich Airport untuk penerbangan ke KL

Lain-lain Info:

  1. Swiss Travel Pass : 8 Days (RM 1,586) – Klook (E-Voucher just print in A4 paper).
  2. Sim Card : Hello1010 (RM 135).
  3. Tiada kiraan budget for this Trip (Switzerland) sebab kami travel ke beberapa Negara lain juga.
  4. Start our journey at Switzerland from Geneva as we are coming from Paris.
  5. Flight Back (Singapore Airlines from Zurich Airport to KL)

Hotel / Hostel:

1) Valley Hostel, Lauterbrunnen (Highly Recommended)
2) Hotel Cima, Zermatt (Recommended)
3) Rigi House 1, Luzern (Not Recommended)

Boleh follow instagram Izati Azlan jika nak lihat lagi gambar memukau dari beliau.

Sumber: Facebook Izati Azlan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Malaysia Airlines Perkenal Tiga Jenis Tambang Kelas Ekonomi Untuk Penerbangan Asean

Malaysia Airlines (MAS) bakal memperkenalkan pilihan tambahan kepada kelas ekonominya dalam usaha menjadikan penerbangannya lebih murah dan berdaya saing. Tiga jenis tambang kelas ekonomi ini iaitu Lite, Basic dan Flex, yang sebelum ini tersedia untuk destinasi domestik akan di buka untuk penerbangan ke Asean dan Asia Selatan bermula pada 18 […]
7 Hari Di Switzerland. Wanita Ini Kongsikan Itinerari Dan View Swiss Terbaik Untuk Peminat Nature! 10