fbpx

Malaysia Airlines Perkenal Tiga Jenis Tambang Kelas Ekonomi Untuk Penerbangan Asean

Ahmad Suhael

Malaysia Airlines (MAS) bakal memperkenalkan pilihan tambahan kepada kelas ekonominya dalam usaha menjadikan penerbangannya lebih murah dan berdaya saing.

Tiga jenis tambang kelas ekonomi ini iaitu Lite, Basic dan Flex, yang sebelum ini tersedia untuk destinasi domestik akan di buka untuk penerbangan ke Asean dan Asia Selatan bermula pada 18 Februari 2020.

Malaysia Airlines Perkenal Tiga Jenis Tambang Kelas Ekonomi Untuk Penerbangan Asean 1
Foto via MAS

Penumpang dengan tambang Lite akan mendapat bagasi kabin percuma sehingga 7kg dan makanan percuma. Walau bagaimanapun, mereka tidak layak untuk naik taraf MAS Enrich Miles mereka, bagasi daftar masuk dan pemilihan tempat duduk percuma.

Tambang Basic juga tersedia dengan bagasi kabin percuma sehingga 7kg dan makanan percuma. Namun kelebihannya, ia menawarkan 20kg bagasi daftar masuk percuma dan diskaun kanak-kanak 10%. Walau bagaimanapun, penumpang tambang Basic dikecualikan daripada faedah seperti pemilihan tempat duduk, permintaan bayaran balik, dan fleksibiliti perjalanan.

Manakala penumpang dengan tambang Flex berhak mendapat faedah kelas ekonomi sepenuhnya. Ini termasuk 30kg bagasi daftar masuk, naik taraf Enrich Miles, fleksibiliti masa perjalanan, bayaran balik dan tempahan semula penerbangan.

Selain itu, tambang baru Shuttle juga diperkenalkan selain daripada Lite dan Basic untuk laluan bukan domestik yang lebih pendek seperti Kuala Lumpur-Singapura. Tambang baru Shuttle ini bakal dapat bagasi daftar masuk yang lebih besar daripada Flex iaitu 35kg, serta diberi keutamaan ketika pemeriksaan di kaunter khusus.

Untuk pengetahuan umum, hanya tiket yang ditempat bermula 18 Februari sahaja yang akan menerima pembaharuan ini.

Sumber: The Edge Markets

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

6 Airport Yang Tawarkan Pakej City Tour Bila Transit Lama. Barulah Tak Tepu!

Jika anda seorang yang suka mencari tiket penerbangan yang murah, anda perlu tahu yang kebanyakan tiket murah bukanlah indah belaka. Walaupun anda mendapat tiket yang murah, anda perkara lain yang terpaksa dikorbankan. Antaranya ialah terpaksa transit lama di lapangan terbang sesuatu negara. Tapi jika anda seorang yang bijak, jangan jadikan […]
Malaysia Airlines Perkenal Tiga Jenis Tambang Kelas Ekonomi Untuk Penerbangan Asean 3