6 Airport Yang Tawarkan Pakej City Tour Bila Transit Lama. Barulah Tak Tepu!
Jika anda seorang yang suka mencari tiket penerbangan yang murah, anda perlu tahu yang kebanyakan tiket murah bukanlah indah belaka. Walaupun anda mendapat tiket yang murah, anda perkara lain yang terpaksa dikorbankan.
Antaranya ialah terpaksa transit lama di lapangan terbang sesuatu negara. Tapi jika anda seorang yang bijak, jangan jadikan waktu transit yang lama ini terbiar begitu sahaja.
Sebenarnya banyak lapangan terbang yang menawarkan city tour yang boleh anda ambil sewaktu transit. Di bawah ini kami senaraikan tujuh lapangan terbang yang menawarkan city tour yang berbaloi.
1 – Changi Airport, Singapura
Terdapat 2 jenis tour yang ditawarkan iaitu City Tour dan Heritage Tour. Anda perlu minimum 5 ke 6 jam untuk ikuti tour ini. Rujukan lanjut di laman sesawang Changi Airport.
1. Heritage Tour. Anda akan dibawa melawat Little India, Kampong Glam. Kebanyakan lokasi ialah tempat bersejarah & budaya di Singapura.
2. City Sights Tour. Untuk tour ini transit minima adalah 6 jam. Antara lokasi yang dilawati termasuk Singapore Flyer, Merlion Park, dan Gardens by the Bay.
Selain itu, di Changi Airport sendiri juga banyak tarikan yang menarik. Antaranya ialah 5 jenis taman yang wujud di dalam lapangan terbang terbabit. Anda boleh berjalan menikmati suasana taman di situ.
Boleh juga menonton filem percuma di mana-mana tiga pawagam lapangan terbang 24 jam sehari, terletak di Terminal 2 & 3. Untuk lokasi dan waktu filem, semak di sini.
JIka anda ada buat pembelian 10 SGD di lapangan terbang, anda boleh mendapatkan satu tiket untuk mencuba gelongsor indoor tertinggi terletak di dalam Airport.

2 – Incheon International Airport, Seoul, Korea
Jika anda transit di sini, terdapat 8 pilihan jenis tour yang boleh anda ikuti. Tetapi bergantung kepada berapa lama anda transit. 8 jenis tour yang dimaksudkan adalah seperti di bawah:
- Tour di dalam lapangan terbang – Incheon Airport Culture Tour (1 jam – Percuma)
- City tour: Airport → Yonggungsa Temple → Airport (1 jam – Percuma)
- City tour: Airport → Gwangmyeong Cave → Airport (3 jam – Percuma)
- City tour: Airport → Songdo Central Park → Ocean Scope → Singi Market → Airport (4 jam – Percuma)
- Airport → Gyeongbok Palace → Insadong Street → Airport
- Airport → Bukchon Hanok Village → Gwangjang Market → Airport
- Airport → Changdeok Palace → Samcheong Dong Airport
- Airport → Myeongdong → Namsan Seoul Tower → Airport
Lawatan Incheon adalah bayaran $10 USD (10,000 KWD) dikenakan di Istana. Keterangan lanjut untuk 8 jenis tour di atas boleh layari laman sesawang Incheon International Airport.
Selain daripada tour di atas, tarikan menarik di lapangan terbang ini ialah 7 taman yang terletak di Millenium Hall, Welcoming Hall, terminal East dan West Wing B1.
Jika anda sukakan sejarah dan kebudayaan boleh melawat muzium kebudayaan Korea yang terletak di Transfer Lounge (Aras 4F) dan dibuka pada 07:00-22:00 waktu tempatan. Ada juga persembahan muzik tradisional Korea yang bertempat di tempat awam 1F Dewan Millenium.

3 – Taoyuan International Airport, Taipei, Taiwan
Jika bercadang nak sertai tour di sini perlukan masa antara 7 hingga 24 jam. Anda boleh menempah pakej tour semasa ketibaan di Pusat Perkhidmatan Pelancong di Lobi Ketibaan Terminal 1 dan 2 atau secara atas talian.
Terdapat dua lawatan untuk dipilih iaitu lawatan pagi dan lawatan petang.
- Airport → Sanxia → Yingge → Airport (Pagi)
- Airport → Taipei 101 → Longshan Temple → Chiang Kai-shek Memorial Hall → Airport (Petang)
Antara tempat yang akan dilawati melalui tour ini ialah Daoist Sanxia Qingshui Zushi Temple, Sanxia Old Street, tinggalan Dinasti Qing, senibina Jepun, Baroque architecture, Yingge Ceramics Old Street, Taipei 101, Longshan Temple dan Chiang Kai-shek Memorial Hall and Park.

4 – Tokyo Narita Airport, Japan
Terdapat 3 pilihan jenis tour yang berbeza iaitu Voluteer Guided Tour yang diketuai oleh sukarelawan yang berbahasa Inggeris. Kedua ialah Self Guided Tour iaitu anda sendiri berjalan dengan merujuk peta.
Ketiga ialah dengan Bus Tour. Namun anda perlu membayar kos pengangkutan bas ini dengan wang anda sendiri dan dipimpin oleh sukarelawan berbahasa Inggeris secara percuma.
Antara lokasi yand dituju termasuklah Narita-san Shinso-Ji Temple, Muzium Sains Aeronautika, Kozaki Town, Shisui Premium, AEON Mall Narita, AEON Mall Narita Tomisato, Narita City, Shibayama Town, Tako Town, dan Sakae Town.
Namun ada beberapa tempat di mana anda perlu membayar kos pengankutan awam anda sendiri dan yuran kemasukan muzium jika ada.
Masa peletakan diperlukan antara 5 ke 6 jam untuk tour ini. Info lanjut di Narita Transit Program.

5 – Ataturk International Airport, Istanbul, Turki
Antara city tour yang kami sarankan untuk anda ambil. Namun hanya layak jika anda terbang ke Ataturk International Airport, Istanbul dengan menaiki syarikat penerbangan Turkish Airlines.
Jika anda transit dari 6 jam sehingga 24 jam jangan lepaskan peluang untuk mencuba city tour percuma ini. Antara lokasi lawatan ialah Masjid Biru, Hippodrome Square, Bazaar Grand Covered dan banyak lagi. Tour paling singkat adalah 2 jam 30 minit dan paling lama sehingga 6 jam.
Dan yang paling menarik ialah termasuk makan tengahari atau makan malam turut disediakan.
Untuk jadual tour dan info lain sila ke laman sesawang Turkish Airlines.

6 – Doha International Airport, Doha, Qatar
Jika anda menaiki penerbangan Qatar Airways dan transit di Doha melebihi 5 jam, jangan lepaskan pelaung untuk sertai city tour selama 2 jam 45 minit percuma di lapangan terbang Doha International Airport ini.
Antara lokasi dan tarikan yang akan anda lawati ialah Muzium Seni Islam, Pearl-Qatar, Katara Cultural Village dan Souq Waqif.
Jika transit anda lebih 6 jam, anda boleh mengambil pakej tour berbayar harga bermula dari 250 QAR. Anda akan di bawa ke padang pasir dan menikmati pengembaraan padang pasir yang sebenar, atau menyusuri bandar Doha dengan kereta mewah dipandu oleh pemandu peribadi.
Untuk info lanjut dan jadual tour sila ke website Qatar Airways.
