Hostel Khas Untuk Kaum Wanita Sekitar Eropah. Sangat Sesuai Untuk Traveller Solo!

Travel secara solo sekarang bukanlah perkara yang pelik. Jika sebelum ini rata-rata hanya lelaki yang berani untuk menejalajah dunia secara solo, namun zaman sekarang wanita pun tidak kurang hebatnya.

Sebagai bukti, kami pernah kongsikan kepada pembaca kami pengembaraan seorang wanita berjaya menjelajahi eropah secara solo selama sebulan. Ianya bukan sesuatu perkara yang mudah.

Bagi kaum lelaki mungkin travel secara solo tidak begitu sukar kerana mudah untuk mencari dorm, hostel atau bilik. Tetapi tidak bagi kaum wanita kerana faktor keselamatan amat dititikberatkan. Apatah lagi bagi kaum wanita muslim, sememangnya mencari penginapan yang sesuai adalah sukar.

Jadi kali ini kami ingin kongsikan kepada anda khususnya kaum wanita beberapa hostel khas untuk kaum wanita sekitar eropah. Harap perkongsian ini dapat membantu anda.

1 – Hostella Female Only, Rome

Hostella Female Only adalah hostel yang berkonsep seperti dalam rumah. Sangat selesa kerana dilengkapi katil single bukan seperti lain-lain hostel yang menggunakan katil double decker. Hostel ini terletak hanya lima minit berjalan kaki dari Termini, stesen keretapi utama di Roma.

Related Post
Foto via hostellarome.com
Foto via hostellarome.com

2 – Hostelle, Amsterdam

Idea asal oleh Bianca Brasdorp ini asalnya untuk menawarkan tempat penginapan yang selamat, menyeronokkan dan bersih di Amsterdam khas untuk pengembara wanita solo. Ianya dibuka pada tahun 2012.

  • Alamat: Bijlmerplein 395, 1102 DK Amsterdam-Zuidoost, Belanda
  • Laman web: hostelle.com
Foto via hostelle.com
Foto via hostelle.com

3 – Orsa Maggiore Hostel, Rome

Orsa Maggiore Hostel terletak di pinggir daerah Trastevere di Rome dan menawarkan asrama wanita dan bilik peribadi. Hostel ini adalah sebahagian dari persatuan International Women’s House di Rom yang mempunyai sejarah tersendiri di Rome.

Foto via orsamaggioreroma.com
Foto via orsamaggioreroma.com

4 – St Christopher Inn Oasis, London

St Christopher Inn Oasis pula merupakan hostel yang seakan asrama di mana. 1 bilik kebanyakannya menempatkan 4 katil double decker. Jadi setiap bilik mempunyai pintu sendiri yang tidak boleh diakses oleh tetamu lain kecuali mereka mempunyai kad kunci untuk asrama wanita sahaja.

Foto via st-christophers.co.uk/london/oasis-hotel
Foto via st-christophers.co.uk/london/oasis-hotel

This website uses cookies.