fbpx

Ingin Memandu Di Thailand. 21 Perkara Yang Anda Perlu Tahu?

Ahmad Suhael

Thailand merupakan jiran Malaysia yang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia sendiri untuk datang ke sana kerana ianya dekat. Selain itu, nak ke sana boleh menggunakan sama ada melalui laluan udara atau darat.

Malah jika melalui jalan udara tiket tidaklah semahal seperti ke negara Asean lain. Namun, ada juga yang lebih sukakan adventure dengan memilih jalan darat untuk ke Thailand. Tambahan pula, pemanduan di sana sama seperti di Malaysia iaitu pemandu di sebelah kanan, jadi takdelah kita keliru.

Dari Baling ke Betong pula tidak mengambil masa yang lama iaitu lebih kurang 40 minit. Jadi memang pemilihan untuk roadtrip di Thailand adalah pilihan yang menarik. Malah untuk membuat boarder pass hanya RM10.

Di Mana Pintu Masuk Ke Thailand Melalui Darat?

Terdapat 7pintu masuk ke Thailand:

  1. Wang Kelian, Perlis / Wang Prachan, Satun Province
  2. Padang Besar, Perlis / Padang Besar, Songkhla Province
  3. Bukit Kayu Hitam, Kedah / Ban Dan Nok, Sadao District, Songkhla Province
  4. Pengkalan Hulu, Perak (Keroh) / Betong, Yala Province
  5. Bukit Bunga, Jeli, Kelantan / Ban Buketa, Waeng District, Narathiwat Province
  6. Rantau Panjang, Kelantan / Sungai Kolok District, Narathiwat Province
  7. Pengkalan Kubur, Kelantan / Takbai, Narathiwat Province

Dokumen Wajib Perlu Ada Untuk Memandu Sendiri

  1. Passport Malaysia yang sah lakunya dan berbaki sekurang-kurangnya ENAM BULAN.
  2. Geran kereta yang asli.
  3. Insuran wajib atau Porobo – ( RM15-RM17 ) boleh dibeli di sempadan
  4. Insuran Sukarela – terpulang kepada anda untuk mengambil insuran ini bagi melindungi kerosakan kenderaan jika berlaku kemalangan.
  5. Memiliki Lesen Memandu Malaysia atau Antarabangsa – Lesen Memandu Malaysia boleh digunakan kerana ada perjanjian diantara negara-negara Asean.
  6. Authorization Letter jika memandu kenderaan orang lain.

Apa yang perlu anda buat jika polis tetap mahu anda tunjukkan Lesen Memandu Antarabangsa?

Sila ke balai polis untuk membuat penjelasan atau laporan. Polis trafik tiada hak untuk menyimpan kunci kereta/motor anda. Boleh perjelaskan tentangn perjanjian memandu di negara Asean kepada mereka, jika mereka tidak tahu.

21 Tips Memandu Di Thailand

1) Ambil gambar kereta dan yang unik mengenainya. Simpan dan hantar juga kepada kenalan yang mudah dihubungi. Perkara ini penting dalam kes kecurian kenderaan. Jika kereta hilang, buat laporan polis dan hubungi konsulat Malaysia di sana.

2) Memandu dengan berhemah dan bertoleransi dengan pemandu lain di jalan raya. Orang Thailand tidak suka dihon apatah lagi ditunjukkan isyarat lucah.

3) Jaga had kelajuan dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling seperti binatang yang berkeliaran contohnya lembu, anjing, ayam. Kelajuan di kawasan kampung biasanya 50-60kmj manakala di bandar 90-120kmj.

4) Pastikan kita memeriksa kenderaan yang kita sewa berada dalam keadaan yang elok sebelum menandatangani surat perjanjian.

5) Di lampu isyarat biasanya boleh terus membelok ke kiri jika selamat.

6) Di sana kurang tanda amaran, signboard dan lampu jalan. Sebaiknya elakkan memandu pada waktu malam khususnya kepada penunggang motorsikal.

7) Jika membuat u-turn di fly over, terus gunakan laluan kanan dan bukannya ambil laluan kiri seperti di sini.

8) Jangan terlalu bergantung dengan GPS. Akan jadi masalah nanti di jalanraya bertingkat.

9) Jika perlu ditinggalkan kereta melebihi tempoh insuran yang kita ambil, sila maklumkan kepada polis dan kastam. Jika tidak anda akan dianggap overstay dan didenda beribu baht setiap hari sehingga tarikh kereta diambil.

10) Jika berlaku kemalangan, call polis Thai di nombor 191. Perlu diingat, bahasa inggeris bukanlah bahasa ibunda mereka, jadi jelaskan perlahan-lahan butiran kemalangan.

11) Jika berlaku kemalangan, JANGAN LARI. Tunjukkan kita mengambil berat dan akan bertanggungjawab. Gunakan insuran yang anda beli. Hantar mangsa ke hospital. Nama anda akan diletakkan dalam “wanted list” jika anda lari dari kemalangan.

12) Walkie Talkie adalah DILARANG. Ia peralatan sensitif yang dikawal tentera. Jika kita perlu membawanya (biasanya ketika berkonvoi), permohonan lengkap dengan jenis model, warna dan frekeunsi mestilah dihantar kepada Tourism Authority of Thailand. Pihak TAT akan menghantar untuk kelulusan daripada Kementerian Komunikasi/Tentera di Thailand.

Pemilikannya perlukan lesen dengan had kekuatan 260-280 Mhz sahaja. Public hanya dibenarkan menggunakan yang berwarna merah sahaja. Denda THB50,000 jika melanggar peraturan dan hanya boleh dilunaskan di mahkamah.

13) Bagi yang berkonvoi cuba elakkan menggunakan perkhidmatan police escort kerana ianya boleh mengganggu ketenteraman penduduk tempatan.

14) Sentiasa ambil tahu tentang isu semasa, undang-undang baru dan lama yang kaitan. Sebagai contoh isu Corona Virus. Apakah syarat tambahan rakyat Malaysia untuk ke sana.

15) Jenis jalan negeri atau highway dibezakan dengan berapa digit nombor di papan tanda.

16) Borang TM2 mesti diserahkan apabila kita nak keluar dari Thai. Bawa geran sekali. Borang-borang TM2, TM3, TM5 diberikan PERCUMA.

17 Pastikan kenderaan yang anda bawa atau sewa bebas daripada dadah. Memiliki dadah adalah serious offence. Membawa daun ketum sama sahaja seperti membawa ganja walaupun ianya digunakan dalam perubatan tradisional. Penjara 20 tahun jika disabit kesalahan.

18) Mengambil gambar tentera bertugas adalah DILARANG.

19) Rokok elektronik (e-cigarette) adalah DILARANG. Jika disabitkan kesalahan denda THB50,000 dan penjara lima tahun. Bagi penjual pula denda THB1 juta dan penjara 10 tahun.

20) Passport adalah kad pengenalan anda di luar negara. Perlu dijaga dengan selamat. Kebanyakan pelancong memberi passport kepada syarikat yang menyewakan motor. Ini adalah satu kesalahan kerana passport Malaysia bernilai RM50,000 di pasaran gelap!

21) Paling PENTING! Simpan nombor kedutaan dan pejabat konsulat.

Sumber: Rugged Mon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Melancong ke USA. Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dan Tempat Mesti Pergi. Menarik!

Melancong ke USA adalah satu impian rata-rata pengembara selain daripada eropah. Ini kerana, USA juga mempunyai keunikannya tersendiri. Tapi untuk ke sini tidaklah semudah ke eropah. Jarak perjalanan sahaja sudah cukup jauh pastinya mengambil masa yang lama. Ini belum cerita tentang permohonan visa untuk ke sana. Banyak syarat yang ketat […]
Ingin Memandu Di Thailand. 21 Perkara Yang Anda Perlu Tahu? 2