fbpx

Tips Ambil Gambar Cantik Walaupun Travel Secara Solo

Ahmad Suhael

Bila travel, mengambil gambar adalah satu kemestian kerana ianya akan menjadi kenang-kenangan dan memori untuk masa akan datang. Jika anda travel bersama rakan mungkin mudah untuk mengambil gambar dan gambar pasti akan cantik lebih-lebih lagi jika rakan anda itu seorang fotografer.

Namun bila anda travel secara solo, perkara ini yang mungkin sukar dilakukan terutamanya apabila ingin mengambil gambar sendiri yang cantik seakan orang yang ambilkan gambar kita.

Jika sebelum ini kami ada kongsikan teknik fotografi asas, untuk artikel kali ini kami nak kongsikan kepada anda bagaiamana dan tips ambil gambar cantik walaupun travel secara solo.

1 – Melabur Pada Kamera Selfie

Ini adalah salah satu cara terbaik untuk mengambil gambar berseorang tanpa bantuan orang. Zaman sekarang, rata-rata kamera DSLR atau mirrorless sudah mempunyai screen boleh dipusing supaya anda boleh melihat gambar anda walapun sedang memandang kamera.

Selain itu, paling mudah ialah dapatkan telefon bimbit yang mempunyai kamera selfie yang mempunyai spesifikasi yang tinggi seperti Huawei P20 Pro, Huawei Mate 30, Iphone X dan ke atas, dan bermacam lagi.

Jika anda seorang videografi, boleh melabur kamera insta360 atau GoPro Max. Bila anda mengambil gambar atau video menggunakan kamera ini, ianya seakan anda menggunakan drone kerana stik atau pemegang kameranya akan hilang apabila dirakam.

Tips Ambil Gambar Cantik Walaupun Travel Secara Solo 1
Gambar sekadar hiasan. Foto via wired

2 – Gunakan Tripod Atau Monopod

Tripod sangat membantu bila mengambil gambar yang lebih luas dan hasil gambarnya seperti seseorang mengambilkan gambar untuk anda apabila anda menggunakan tripod. Sangat sesuai bila permandangan luas cantik menjadi latarbelakang anda.

Manakala monopod atau selfie stik juga membantu seperti tripod. Akan tetapi permandangan di belakang lebih limited kerana panjang monopod atau selfie stik ini selalunya tidak melebihi 1 meter.

3 – Gunakan Timer, Wireless Remote Control Dan Burst Mode

Terima kasih kepada teknologi kamera masa kini, anda boleh mengambil gambar yang menakjubkan tanpa bantuan sesiapa. Kebanyakan kamera sekarang mempunyai fungsi timer untuk memudahkan anda berposing sebelum camera mengambil gambar.

Atau anda juga boleh melabur kepada wireless remote control supaya anda boleh ambil masa anda untuk mencari angel terbaik, berposing, dan mengambil gambar bila-bila sahaja.

Selain itu anda boleh gunakan burst mode untuk membolehkan anda memilih imej terbaik di daripada banyak-banyak gambar yang terhasil.

Tips Ambil Gambar Cantik Walaupun Travel Secara Solo 2
Gambar sekadar hiasan. Foto via My Photo Central

4 – Dapat Pertolongan Orang Asing

Sebenarnya meminta tolong orang mengambilkan gambar adalah cara yang baik untuk berinteraksi dengan orang asing ketika travel solo. Kadang-kala, tripod atau monopod tidak sesuai untuk digunakan disebabkan oleh ruang tidak luas dan orang yang ramai, jadi inilah cara yang terbaik.

Jangan takut meminta tolong. Cara mudah untuk dapatkan pertolong orang ialah dengan kita menghulurkan dulu bantuan dari kita untuk mengambilkan gambar. Pastinya akannya akan dibalas.

Dan untuk mendapatkan gambar yang terbaik, tidak salah jika anda membimbing mengenai cara menggunakan kamera dengan baik dan juga menunjukkan contoh gambar kepada mereka untuk memberitahu mereka apa yang anda harapkan.

5 – Belajar Bagaimana Bergaya

Kadang-kadang walaupun dah melabur kamera yang bagus tetapi masih lagi tidak dapat menghasilkan gambar yang cantik, ini bermakna anda perlu mempelajari cara menggayakan tubuh anda untuk mengambil gambar yang menarik.

Caranya mudah, anda hanya perlu mengambil contoh atau inspirasi dari instagram atau google image untuk ditiru. Hasilnya pastinya tidak sama seratus peratus tetapi ianya menjadi proses pembelajaran untuk anda bagaimana untuk mendapat idea bergaya ketika bergambar.

Tips Ambil Gambar Cantik Walaupun Travel Secara Solo 3
Gambar sekadar hiasan. Foto via mstar

6 – Gambar Sudut Berbeza

Bukan semua orang suka mengambil gambar penuh diri mereka sendiri. Sekiranya anda masuk ke dalam kategori ini, pilihlah sudut foto yang berbeza walaupun berada di tempat yang sama.

Contohnya mengambil gambar dari sisi, depan atau belakang anda. Setiap hasil gambar pastinya akan mempunyai kecantikannya tersendiri, mungkin salah satu darinya adalah yang terbaik untuk anda memuat naik di Instagram atau Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ingin Memandu Di Thailand. 21 Perkara Yang Anda Perlu Tahu?

Thailand merupakan jiran Malaysia yang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia sendiri untuk datang ke sana kerana ianya dekat. Selain itu, nak ke sana boleh menggunakan sama ada melalui laluan udara atau darat. Malah jika melalui jalan udara tiket tidaklah semahal seperti ke negara Asean lain. Namun, ada juga yang lebih […]
Tips Ambil Gambar Cantik Walaupun Travel Secara Solo 5