fbpx

Melancong ke USA. Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dan Tempat Mesti Pergi. Menarik!

Ahmad Suhael

Melancong ke USA adalah satu impian rata-rata pengembara selain daripada eropah. Ini kerana, USA juga mempunyai keunikannya tersendiri. Tapi untuk ke sini tidaklah semudah ke eropah. Jarak perjalanan sahaja sudah cukup jauh pastinya mengambil masa yang lama.

Ini belum cerita tentang permohonan visa untuk ke sana. Banyak syarat yang ketat perlu dipenuhi sebelum anda layak untuk mendapat visa USA. Antaranya ialah mempunyai kewangan yang kukuh dan anda akan di temuduga.

Sekiranya anda penuhi syarat-syarat untuk memohon visa USA, barulah kami sarankan anda untuk memohon untuk mengelakkan anda hanya membuang masa sahaja.

Menerusi group Facebook Backpacker Buddies Malaysia (BBM), pemegang akaun facebook bernama Azlah Mohd Azlan ini berkongsi pengalaman beliau melancong ke USA. Menurutnya, pada awalnya beliau hampir tidak dapat kelulusan visa, namun selepas sebulan kemudian baru lulus. Baca perkongsian beliau di bawah ini.

Melancong ke USA. Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dan Tempat Mesti Pergi. Menarik! 1
Foto via Facebook Azlah Mohd Azhar
Melancong ke USA. Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dan Tempat Mesti Pergi. Menarik! 2
Foto via Facebook Azlah Mohd Azhar

Nak share sikit my recent trip to USA (4-13/9/2019), moga-moga dapat memberi inspirasi dan membantu sesiapa yang sedang planning nak pergi ke USA.

Route datang: Kota Kinabalu-Guangzhou-New York,
Route balik: Los Angeles-Guangzhou-Kota Kinabalu (China Southern airlines).

Harga tiket RM2930 (dibeli tiga minggu sebelum fly, tapi transit time 14jam dan 9jam. Tidak perlu transit visa kalau transit kurang 24jam. Kalau ada rezeki dapat temporary stay permit boleh keluar airport tapi saya tak dapat. Stay Aerotel Guangzhou 380yuan bersamaan RM224 untuk 3jam. Tiada surau tapi ada makanan halal betul-betul depan escalator Aerotel.

Immigration sangat cepat, dah tak payah tulis arrival card sebab sekarang mereka pakai kiosk. Lepas print receipt di kiosk, jumpa officer 15 saat then thats it!

Transport dari JFK Airport ke Manhattan saya naik airtrain dan subway. Total harga $8.75. Saya tinggalkan luggage di Terminal 4 JFK untuk 2 hari (cabin bag dicaj $12 sehari).

Balik ke JFK saya book Airlink Shuttle ($22.75 tak termasuk tips, dia pick up dari any hotel in Manhattan & hantar straight to airport). Sy stay di Chelsea International Hostel & Canal Loft Hotel, dua-dua di Manhattan. Rm300++/night untuk 4-bed female with ensuite bathroom. Really recommended, bersih dan selamat.

Kalau nak jimat boleh book hotel di New Jersey tapi disebabkan saya seorang, saya malas nak commute jauh-jauh (30mins away by train). Disebabkan saya full 2 hari di New York, saya beli tiket subway bila perlu (kalau stay lama boleh beli yang unlimited card).

New York sangatlah walkable, kalau setakat two stations away saya jalan kaki je (sebab pergi berapa jauh pun dalam NYC flat rate $2.75, jadi better plan your journey ahead).

Attractions free di New York yang saya pergi :

  • Washington St (iconic Manhattan bridge view),
  • Brooklyn Bridge
  • Times Square
  • Flatiron Building
  • Charging Bull @ Wall Street,
  • Oculus/WTC/The Vessel (dari luar)
  • The High Line
  • Central Park
  • Columbus Circle

Attractions berbayar pula, saya beli New York Go Pass dari Klook dapat 3 attractions for RM300. Saya pilih Top of the Rock, Big Bus (double decker bus tu) & Statue of Liberty Cruise. Memang jimat dan cepat sebab pass holder dapat guna express lane!

Melancong ke USA. Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dan Tempat Mesti Pergi. Menarik! 3
Foto via Facebook Azlah Mohd Azhar
Melancong ke USA. Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dan Tempat Mesti Pergi. Menarik! 4
Foto via Facebook Azlah Mohd Azhar

Tips: between Top of the Rock and Empire State Building, Top of the Rock has a nicer view (simply because you can see ESB & central park). Ada free ferry ke Staten Island yang boleh nampak Statue of Liberty tapi dari jauh je, tak akan dapat macam gambar saya ambil ni. Tips dari tourguide Big Bus, kalau nak datang New York the best time is May, Sept & Oct (sebab weather paling best) sebabnya time summer sangat panas and winter sangat sejuk.

By the way tak ada orang pandang saya pelik walaupun saya seorang dan bertudung. Makanan halal sangat senang cari especially di Midtown Manhattan. Jalan setiap berapa ratus meter je confirm akan jumpa food cart halal.

Next saya fly ke LAX naik Delta Airlines. Timing flight paling best untuk saya (saya aim sampai LAX jam 10am). Antara Delta Airlines & Jetblue Airways, saya pilih Delta Airlines sebab dia bagi free food manakala Jetblue Airways bagi snacks je.

Harga tiket standard $120 without check in luggage, nak check in kena bayar $30 for first bag. Airport tak ketat sangat rules bag, tak ada pun ukur-ukut dan tak ada limit berat (saya tak check in bag saya, maybe 10kg beratnya allowable). Security pun relax sahaja, tak jumpa anjing di JFK Airport dan tak diraba kalau mesin Xray tu tak berbunyi.

Di LA, saya ambil ground trip dengan Hannah on Earth (open trip date, dengan lagi 4 orang). Sangat enjoy & sangat recommended! Complete list tempat yang Hannah cover boleh tengok di Instagram @hannahonearth, tapi highlight tempat yang saya pergi:

  • LA – Hollywood sign, Hollywood Blvd, Venice Beach
  • Nevada – Fremont St/downtown Vegas, the Strip, Red Rock Canyon, Valley of Fire state park, Hoover dam, North Premium Outlet
  • Arizona – Grand Canyon, Horseshoe Bend, Lower Antelope Canyon
Melancong ke USA. Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dan Tempat Mesti Pergi. Menarik! 5
Foto via Facebook Azlah Mohd Azhar

Visa USA

By the way, visa saya mula-mula sangkut. Dapat borang pink then pending under administrative processing. Exactly sebulan lepas interview baru dapat clearance (ada orang cakap sebab surname saya ada ‘mohamad’, tapi I can never know for sure). Better buat 2-3 months sebelum fly, tak perlu ada tiket flight untuk apply visa. Visa valid untuk 10 tahun (kalau nanti tukar passport bawa sahaja passport lama yang ada visa).

Tentang bajet pula, it’s unfair to say sebab setiap orang priority berbeza. Boleh jimat lagi kalau nak jimat. Sy tak bawa apa-apa makanan dari malaysia, semua saya beli di sana sahaja.

That’s all, lebih banyak gambar (dan cerita) di Instagram saya @azlahazhar. Hopefully this helps and inspires!

Sumber: Facebook Azlah Mohd Azhar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ladang Bunga Matahari Di Perlis. Satu lagi Sebab Untuk Melawat Negeri Indera Kayangan!

Sebenar memang sukar untuk mencari ladang pokok bunga matahari ni. Ini kerana pokok bunga matahari ini sejenis pokok semusim dalam keluarga Asteraceae yang berasal dari benua Amerika. Kebanyakan penanamannya sangat pesat di beberapa buah negara seperti di eropah sahaja. Tapi di Asia Tenggara, negara paling dekat yang mempunyai ladang bunga […]
Melancong ke USA. Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dan Tempat Mesti Pergi. Menarik! 7