fbpx

Ladang Bunga Matahari Di Perlis. Satu lagi Sebab Untuk Melawat Negeri Indera Kayangan!

Ahmad Suhael

Sebenar memang sukar untuk mencari ladang pokok bunga matahari ni. Ini kerana pokok bunga matahari ini sejenis pokok semusim dalam keluarga Asteraceae yang berasal dari benua Amerika. Kebanyakan penanamannya sangat pesat di beberapa buah negara seperti di eropah sahaja.

Tapi di Asia Tenggara, negara paling dekat yang mempunyai ladang bunga matahari ini ialah Thailand iaitu di wilayah Lopburi di utara Bangkok. Tetapi kini, di Malaysia juga terdapat sebuah taman bunga matahari yang baru sahaja iaitu pada bulan Julai tahun lalu.

Ladang bunga matahari di Perlis yang dimaksud ini terletak di Taman Ular dan Reptilia, Kangar, Perlis. Taman ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Harga tiket masuk pula sangat murah iaitu untuk dewasa RM6 dan RM3 pula untuk kanak-kanak.

Selain daripada bunga matahari, terdapat lebih 150 spesis ular terdiri daripada 34 spesies yang ada di sini. Jika anda peminat haiwan reptilia ini bolehlah berkunjung di sini.

Rata-rata khususnya rakyat Malaysia ramai yang telah pun ke sana. Memang sangat cantik permandangan di ladang bunga matahari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Siapa Sangka Kedah Mempunyai Canopy Walk Terpanjang Di Dunia!

Jika anda ke Kedah, jangan lepaskan peluang untuk menerokai keunikan hutan hujan tropika Sungai Sedim sambil berjalan di atas titian canopy walk terpanjang di dunia. Canopy walk yang diberi nama Tree Top Walk itu terletak di Taman Rekreasi Sungai Sedim dan ianya mempunyai ketinggian 50 meter dan sejauh 950 meter […]
Ladang Bunga Matahari Di Perlis. Satu lagi Sebab Untuk Melawat Negeri Indera Kayangan! 2