Siapa Sangka Kedah Mempunyai Canopy Walk Terpanjang Di Dunia!

Jika anda ke Kedah, jangan lepaskan peluang untuk menerokai keunikan hutan hujan tropika Sungai Sedim sambil berjalan di atas titian canopy walk terpanjang di dunia.

Canopy walk yang diberi nama Tree Top Walk itu terletak di Taman Rekreasi Sungai Sedim dan ianya mempunyai ketinggian 50 meter dan sejauh 950 meter menjadikannya canopy walk terpanjang di dunia.

Tree Top Walk ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang. Tiket masuk hanya RM10 untuk dewasa dan bagi mereka yang berumur 17 tahun ke bawah pula RM6 sahaja. Sangat berpatutan.

Kewujudan canopy wallk ini pasti menawarkan satu pengalaman berbeza buat pengunjung dan dapat melihat keindahan alam semula jadi dari sudut yang berbeza.

Untuk ke canopy walk ini, anda dinasihatkan untuk memakai kasut yang sesuai kerana anda perlu berjalan jauh merentas hutan dan pastikan juga anda membawa bekalan makanan dan minuman ringan jika perlu.

Selain itu daripada canopy walk ini, kawasan rekreasi Sungai Sedim sememangnya popular dengan aktiviti mendaki ke Gunung Bintang, berkayak, white water rafting, abseiling dan paint-ball. Malah, anda juga boleh merasai bermalam di Sedim Rainforest Resort dan mencuba beberapa pakej yang ditawarkan.