fbpx

Asalnya Nak Travel 3 ke 4 Bulan Je, Lelaki Ini Lajak Terus Keliling Dunia Selama 15 Bulan!

Ahmad Suhael

Mengembara mengelilingi dunia sememangnya idaman ramai orang. Tetapi disebabkan kekangan kewangan dan kerja hakiki, rata-rata kita sukar untuk melakukannya.

Namun, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil. Ianya terbukti boleh dibuat seperti yang dilakukan oleh lelaki ini. Pemegang akaun Facebook bernama Anuar Ramli ini berkongsi pengembaraan beliau keliling dunia selama 15 bulan. Baca perkongsian beliau di bawah:

Asalnya Nak Travel 3 ke 4 Bulan Je, Lelaki Ini Lajak Terus Keliling Dunia Selama 15 Bulan! 1
Foto via Facebook Anuar Ramli

15 months ago, saya decide untuk buat a ROUND THE WORLD trip that cover beberapa benua kecuali antartica. Plan asal hanya 3 ke 4 bulan entah macam mana terlajak hingga 15 bulan. So, nak share sedikit sebanyak my experience yang tak seberapa mungkin dapat membantu kalian untuk travel.

My Route :

Dublin —> Amsterdams —>Sofia —>Bucharest —> Chisinau —> Tiraspol —> Cluj napoca —> Budapest —> Baku —> Tbilisi —> Yerevan —> Kiev —> Minsk —> Vilnius —> London —> Dublin

Dublin —> Manchester —> Madeira —> Dublin —> Doha —> Cape Town —> Kuala Lumpur

Kuala lumpur —> London —> Panama city —> Lima —> La Paz —> Santiago —> Bueno aires —> Montevideo —> Sao Paulo —> Rio de Janeiro —> Istanbul —> Almaty —> Bishkek —> Kuala Lumpur

Kuala Lumpur —> Colombo —> Hanoi —> Seoul —> Taipei —> Kathmandu —> London —> Switzerland —> Dublin—> Kuala Lumpur

NB: Route tidak termasuk small city dan oceania.

Asalnya Nak Travel 3 ke 4 Bulan Je, Lelaki Ini Lajak Terus Keliling Dunia Selama 15 Bulan! 2
Foto via Facebook Anuar Ramli
Asalnya Nak Travel 3 ke 4 Bulan Je, Lelaki Ini Lajak Terus Keliling Dunia Selama 15 Bulan! 3
Foto via Facebook Anuar Ramli
Asalnya Nak Travel 3 ke 4 Bulan Je, Lelaki Ini Lajak Terus Keliling Dunia Selama 15 Bulan! 4
Foto via Facebook Anuar Ramli
Asalnya Nak Travel 3 ke 4 Bulan Je, Lelaki Ini Lajak Terus Keliling Dunia Selama 15 Bulan! 5
Foto via Facebook Anuar Ramli

Europe :

Negara- negara di europe kebanyakan bersaiz kecil dan mudah untuk backpacking and hitchiking across the country. Balkan area dan estern europe secara amnya lebih murah berbanding scandinavia dan central. Antara negara yang menarik perhatian saya adalah Belarus kerana tidak ramai yang berkunjung kesini. Untuk malaysian, free 5 days entry visa kalau datang melalui jalan udara ( lebih murah dari apply visa)

Africa:

Hanya South Africa yang mampu dilawat untuk trip kali ini. Cape town merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di benua africa. Pelbagai destinasi menarik dapat dilawati. Secara amnya kos di sini lebih kurang di eropah. Saya agak beruntung kerana berjaya mendapatkan penerbangan percuma ke sini dengan menggunakan Qatar Airways melalui multi-destination.

Asia:

Asia merupakan benua terbesar didunia. Oleh itu saya nak fokus kepada kazakstan dan kyrgystan. Ketika disana, merupakan musim sejuk. Kebanyakan tempat pendakian dan national park hanya boleh dilawat separuh jalan kerana cuaca yang tidak menentu. Namun begitu, pemandangan disini amat menarik. Dan kalau nak solo ke karakol national park in kyrgystan sila hari-hati. I did solo trekking and accidentally met a pack of wolf. Luruh jantung oii.. Dan kos secara amnya hampir sama dengan malaysia.

South America:

South America merupakan benua kegemaran saya pada ketika ini. Hal ini kerana terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati. Hampir setiap negara di benua ini mempunyai kecantikan alam semulajadi yang amat menarik seperti macchu picchu, patagonia, rainbow mountain dan banyak lagi.

Dan jangan terkejut, macchu picchu sebenarnya bukanlah my highlight for this trip. banyak lagi yang lebih menarik! Dan tahun lepas, Chile telah dipilih sebagai destinasi terbaik untuk dilawati didunia!

America Utara:

Hanya transit di Panama City. Panama city merupaka ibu negara kepada Panama. Kepada yang mengikuti perkembangan semasa beberapa bulan lepas, Panama paper mungkin akan mengimbau minda anda ke negara ini. Bagi yang mempunyai masa, boleh melawat Panama Canal yang terletak antara Panama dan Colombia. Panama juga kini lebih mahal untuk travel berbanding beberapa tahun lalu kerana ramai expats kini menetap disana!

Pengangkutan :

Antara benua, kebanyakannya menggunakan kapal terbang. Di eropah, Ryan Air dan Wizz Air merupakan penerbangan kos murah antara negara dan kebanyakannya lebih murah dari AirAsia dan jangan terkejut jika ada flight yang hanya 1 euros! Untuk lebih berjimat, ketahui airport mana yang murah untuk ke negara yang dihajati. Boleh check my instagram!

Untuk intercountries, saya guna bas dan hitchiking. Di South America dan Eropah, hitchiking sangat selamat dan mambantu untuk menjimatkan cost. Ketika hitchike di Chile, ada diantaranya offer tempat tinggal dan ada yang membayarkan tambang bas untuk saya tanpa meminta apa-apa kembali! Mungkin ada yang tak bersetuju dengan cara ini, tapi ketahuilah syiokk oii hitchhike bukan sebab murah tapi dapat berinteraksi dengan penduduk tempatan.

Penginapan :

Kebanyakkannya adalah couchsurfing! Sangat di rekemen sebab boleh hangout dengan local dan mendapat info-info tertentu berkenaan tempat yang dilawati. Dan ofcourse, akan dapat kawan dari negara yang berbeza! I met a couple from Cluj, Romania that give me whole apartment for myself! Humanity restored!

Untuk hostel saya hanya mencari hostel yang harga kurang 10 USD sehari! Dan hanya 33 hari dari 360 hari saya tinggal di hostel. Di Almaty, saya berjaya tinggal dengan hanya rm5 untuk satu malam! Certain country better book awal dan avoid peak period! boleh guna booking.com dan hostelworld sebagai medium untuk tempahan.

Workaway: workaway adalah medium untuk menjadi sukarelawan. Secara umumnya, tempat tinggal dan makanan akan diberi secara percuma dan perlu ‘bekerja’ selama 5 jam sehari, 5 hari seminggu! I have so much fun building house in Buenos Aires and teaching english in Vietnam. Dan juga bertemu dengan national geograhic team memberi semasa volunteer in hotel di Sri Lanka ( they stay there for 2 weeks) dan at the end of their stay siap jemput all volunteer untuk tonton tayangan perdana their new documentary that haven’t been release yet!

Cost :

Secara keseluruhan saya berbelanja antara 100-500 dollar sebulan (overground budget) bergantung kepada aktiviti yang dibuat. Sebagai contoh, 500 dollar di Peru selama 5 minggu kerana banyak aktiviti memerlukan cost and tour yang kadang kala agak mahal. Dan saya hanya berbelanja 100-150 dollar sebulan semasa berada di Vietnam dan Sri Lanka kerana kebanyakannya murah.

Makanan :

Jujur cakap, saya tidak terlalu picky about makanan sebab saya malas untuk menghabiskan masa untuk mencari kedai halal. Sebab kebanyakan kedai halal hanya di kawasan bandar dan berpenduduk muslim. Apps Zabiha agak berguna jika berada di eropah. Di bolivia dan peru, makanan halal agak susah untuk dicari. But i’m okay with being vegetarian and pescatarian.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan bajet saya tapi as a newbies, mohon tunjuk ajar andai boleh berjimat lagi mana-mana cabang dan lorong. Really appreciate that. Travel tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Saya akui, selalunya tambang antara benua selalunya mahal. Oleh itu, bolehlah subscribe airline newsfeed dan menggunakan Skyscanner untuk mencari tiket murah. Ada satu ketika, tambang dari Manila ke Colombia hanya RM1120 roundtrip! Rajinlah mencari free transit mahupun free multi destination.

Travel Tips :

Apabila kita travel ke beberapa negara secara sekaligus dalam satu trip, anda perlu make sure careful mengenai currency use. Sebagai contoh, apabila berada di London, gunakanlah USD/Euros sebagai rujukan. kalau gunakan RM semua barangan akan jadi lebih mahal dan anda akan rasa terbeban. dan apabila berada di negara seperti Peru, Sri Lanka, gunakanlah RM sebagai rujukan oleh itu anda tidak terlebih berbelanja (sebab nanti semua terasa murah bila guna USD).

Travel lah mengikut kemanpuan masing-masing. Andai mampu untuk tinggal di private suite di Hilton mahupun four seasons silakan, bagi yang kurang berkemampuan, tidak salah tinggal dorm 20 orang satu bilik. Iye dok?

Boleh follow my instagram, @anuaramli untuk more information. I prefer instagram untuk jawab soalan.

Sumber: Facebook Anuar Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pergolakan Di India. 17 Tewas, Lagi 150 Dimasukkan Ke Hospital

Krisis India – Islam di India semakin parah apabila dilaporkan 17 orang dilaporkan meninggal dan 150 lainnya tercedera di timur Ibu Kota New Delhi, India pada selasa lalu. Rusuhan bermula daripada demonstrasi bantahan terhadap Undang-Undang Kewarganegaraan yang baru yang dikatakan mendiskriminasi umat Muslim. Undang-undang itu dikatakan menerima dan memberi kewarganegaraan […]
Asalnya Nak Travel 3 ke 4 Bulan Je, Lelaki Ini Lajak Terus Keliling Dunia Selama 15 Bulan! 7