fbpx

Pergolakan Di India. 17 Tewas, Lagi 150 Dimasukkan Ke Hospital

Ahmad Suhael

Krisis India – Islam di India semakin parah apabila dilaporkan 17 orang dilaporkan meninggal dan 150 lainnya tercedera di timur Ibu Kota New Delhi, India pada selasa lalu.

Rusuhan bermula daripada demonstrasi bantahan terhadap Undang-Undang Kewarganegaraan yang baru yang dikatakan mendiskriminasi umat Muslim.

Undang-undang itu dikatakan menerima dan memberi kewarganegaraan kepada imigran negara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, dan Afghanistan namun hanya untuk mereka yang beragama selain Islam.

Perusuh antara dua kumpulan membaling batu antara mereka menyebabkan polis terpaksa menembakkan gas pemedih mata untuk menyuraikan para perusuh.

Rusuhan ini berlaku bertepatan dengan kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke India. 

Selain membincangkan kerjasama negara terutama dalam bidang ekonomi, pertemuan itu juga menyentuh isu kebebasan beragama di India dan Undang-Undang Kewarganegaraan baru yang dikatakan mendiskriminasi umat Islam.

Sumber: CNN Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Arab Saudi Sekat Pendaftaran Visa Umrah Buat Sementara Waktu Gara-Gara COVID-19

Arab Saudi telahpun menyekatkan pendaftaran visa umrah buat masa sekarang. Penyekatan itu juga diwar-warkan di Twitter Kementerian Luar Arab Saudi melalui Twitter. Walaubagaimanapun, penerbangan jemaah umrah dari Malaysia ke Arab Saudi juga berjalan seperti biasa sehinggai 2 petang tadi. Jemaah umrah dari Malaysia yang tiba di sana juga masih diterima […]
Pergolakan Di India. 17 Tewas, Lagi 150 Dimasukkan Ke Hospital 2