fbpx

Lelaki Ini Kongsikan Bagaimana Habiskan Hujung Minggu Anda Dengan Ke Hatyai Guna jalan Darat

Ahmad Suhael

Setiap kali bila tiba weekend pastinya antara kita ada yang sudah merancang aktiviti yang akan dilakukan. Ada yang melakukan aktiviti riadah seperti jungle trekking, berkelah dan bersukan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tapi kan lagi seronok jika boleh melancong. Tapi negara mana yang boleh anda melancong bila dihujung minggu. Singapura di sebelah selatan Malaysia mungkin biasa. Sebenarnya anda jika boleh ke sebelah utara iaitu Hatyai.

Lelaki bernama Shaffik Affandi ini berkongsi rutin yang biasa dilakukan oleh beliau jika berkesempatan iaitu melancong ke Hatyai guna jalan darat. Jom baca perkongsian beliau di bawah ini.

My routine trips over the weekend, bila ada masa.

Friday, 10.30pm

  • Bus from TBS to Hatyai.
  • Preferred Bus: Suasana Edaran / Tony (RM60)
  • ETA: 8.00 – 9.00am (Thai) and Thai time onwards.

Saturday, 9.00-10.00am

  • Check in hotel (preferred Grand Plaza Hotel), mandi. Hotel boleh book melalui your preferred online platform je. Tapi kalau katakanlah hati kental nak walk in, sila ke MeeMee Tour sebelah Grand Plaza Hotel tu je, rate lagi murah berbanding walk in di receptionist hotel.
  • Ambil tuktuk (20Baht/person) ke Bazaar (Clock Tower).
  • Boleh breakfast and shopping di situ. Lepas tu, naik van (34Baht/person) dari Bazaar (betul-betul depan clock tower) ke Samila Beach (Pantai Mermaid). Kat Samila Beach ni banyak je restoran Muslim tapi, pricey lah. Nak makan, silakan. Hihihi..
  • Kemudian pulang semula ke hotel naik tuktuk (tuktuk 20Baht) di roundabout pantai tu untuk ke tempat van pulang ke Hatyai (van 34Baht). Tapi tak turun depan hotel, dia akan suruh turun di simpang nk ke clock tower, dari situ jalan kaki je balik hotel ikut Kim Yong Market, dekat je dalam 400m. Tepi Kim Yong Market bahagian luar ada makcik jual khao mok gai nasi beriyani thai dengan ayam goreng sedap.
  • Jam 4.00 pm ambil Grab (dalam Baht125/way) ke Khlong Hae Floating Market. Shopping dan makan. Yang ini selalu alternate dengan Khlong Hae Seafood Halal Buffet (Baht289/person). Pulang ke hotel. Free and easy.
  • Jam 8.30 pm boleh foot massage area depan hotel. My preferred is Budsaba or Mali, tapi boleh je try yang mana-mana.
  • Jam 9.45pm boleh dinner depan hotel (udang galah / ayam / cucur udang beribu, Cha Yen – teh ais sedap, koay teaw sup, sup kaki ayam, etc.) dan juga kadang kala ada pasar malam tepi McD sebelah hotel.
Lelaki Ini Kongsikan Bagaimana Habiskan Hujung Minggu Anda Dengan Ke Hatyai Guna jalan Darat 1
Foto via Facebook Shaffik Affandi
Lelaki Ini Kongsikan Bagaimana Habiskan Hujung Minggu Anda Dengan Ke Hatyai Guna jalan Darat 2
Foto via Facebook Shaffik Affandi

Sunday, 6.30am

  • Check out hotel dan jalan kaki ke Stesen Keretapi Hatyai. Beli tiket keretapi kayu Hatyai ke Padang Besar (50Baht/seorang). Keretapi jam 7.30am. Enjoy the ride!
  • Jam 9.45am (Malaysia) sampai Stesen Keretapi Padang Besar. Selesaikan urusan cop passport (sebelah-sebelah je imigresen Thai dan Malaysia). Welcome back to Malaysia.
  • Sementara tunggu ETS (RM102 – Padang Besar ke KL Sentral, biasa ambil ETS jam 1.45pm), boleh je ambil teksi (RM12/teksi) ke Arked Niaga Padang Besar. Balik ke stesen pun boleh guna teksi je. Nak jalan kaki pun boleh, ada jejantas dari stesen keretapi Padang Besar, tapi agak jauh, nanti pecah pula kaki kita. hahaha. Ada servis simpan beg di kedai makan dalam stesen keretapi tu.
  • Jam 7.20pm sampai KL Sentral.

Nota Tambahan

  1. Bas akan berhenti di Changlun, passport diambil untuk buat kad putih. Naik bas, passport dan kad putih diberi semula. Please sign the card.
  2. Bas berhenti di imigresen Bukit Kayu Hitam, cop passport, naik semula. Bas berhenti again di Danok, turun cop passport dan naik semula.
  3. Avoid Hameed Restaurant, Kelantan Restaurant dan Salma Restaurant. Mahal dan rasa biasa-biasa je. Overrated. Kaitod Decha pun mahal, tapi sedap. Depan stesen keretapi ada 2 kedai muslim yang sedap dan murah. Di tingkat atas bazaar (clock tower), ada kedai nasi campur dan goreng-goreng Muslim yang owesome. Favourite!
  4. Nak balik KL naik bas pun boleh, tapi selalu sangat kena tempuh jam, letih oo..
  5. Kalau nak makan udang galah, please tengok betul-betul. Kadang-kala ada yang dah busuk sebab goreng berulang kali.
  6. Shopping di 7eleven memang heaven! Hahaha…

Anggaran Budget

  • Bas TBS-Hatyai = RM60
  • Hotel Grand Plaza = RM140
  • Tuktuk / van / Grab / keretapi kayu = RM70
  • ETS = RM102
  • Rough total = RM372

Kalau pergi berdua, boleh berjimat
1) hotel RM70
2) Grab RM18

Jadi, RM372 – RM88 = RM284

*Kalau balik dengan bas, lagi murah (tiket bas Hatyai ke KL dalam RM70 kalau beli siap-siap di TBS).
*Kalau tidur hotel atau hostel lain, lagi murah.

Sumber: Facebook Shaffik Affandi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Wanita Ini TerokaI Seoul, Jeju Dan Busan Dengan Hanya Bermodal RM2200. Berbaloi Baloi!

Umum ketahui yang negara-negara eropah mempunyai empat musim membuatkan ianya mempunyai keistimewaan dan sebab untuk kita melancong ke sana. Ada yang hanya ke eropah semata-mata untuk merasai musim salji. Selain eropah, di asia juga sebenarnya mempunyai negara-negara yang mempunyai 4 musim. Antara negara yang popular untuk dilawati ialah Japan dan […]
Lelaki Ini Kongsikan Bagaimana Habiskan Hujung Minggu Anda Dengan Ke Hatyai Guna jalan Darat 4