fbpx

Wanita Ini TerokaI Seoul, Jeju Dan Busan Dengan Hanya Bermodal RM2200. Berbaloi Baloi!

Ahmad Suhael

Umum ketahui yang negara-negara eropah mempunyai empat musim membuatkan ianya mempunyai keistimewaan dan sebab untuk kita melancong ke sana. Ada yang hanya ke eropah semata-mata untuk merasai musim salji.

Selain eropah, di asia juga sebenarnya mempunyai negara-negara yang mempunyai 4 musim. Antara negara yang popular untuk dilawati ialah Japan dan Korea. Dan yang menariknya di Korea ada pulau Jeju. Pulau yang sememangnya cantik dan pastinya berbaloi untuk dikunjungi.

Pemegang akaun Facebook bernama Chila Samsiah ini berkongsi pengalaman dan itinerari beliau terokai Seoul, Jeju dan Busan hanya bermodal RM2200. Kos yang berbaloi apabila dapat menerokai ketiga-tiga tempat popular di Korea ini. Baca perkongsian beliau ini.

Wanita Ini TerokaI Seoul, Jeju Dan Busan Dengan Hanya Bermodal RM2200. Berbaloi Baloi! 1
Foto via Facebook Chia Samsiah

6 days Seoul, 4 days Jeju and 5 days Busan

Ok saya terus pegi pada budget (RM)

  1. Flight return TWU – KL : RM280
  2. Flight return KL-Busan : RM590
  3. Flight Busan – Jeju : RM170
  4. Train Busan-Seoul : RM98
  5. Bus Seoul – Busan : RM86
  6. Bilik for 15day : RM420
  7. Insurance : RM56
  8. Data connection : RM100
  9. Top up tmoney : RM175
  10. Food : RM242
  11. Sourvenir : RM75

Total = RM2192 approximately

Assalamualaikum dan Hello! First of all, thanks to my husband Mahadir Madzlan dan family bagi kepercayaan dan peluang saya travel secara solo. Alhamdulilah ni telah lama saya impikan dan di sini saya mahu share serba sedikit perjalanan dan how I survive denagn cara backpackers di South Korea. Tujuan perjalanan ni lebih kepada ingin merasai gaya hidup di tempat orang pada musim winter dan saya hanya membawa 6kg backpack kerana saya mahu perjalanan yang lebih santai.

FULL ITINERARY

Day 1 (03.02.20)

  • Flight TWU ke KL (ambil flight sebelah petang)
  • Santai dan tidur di airport untuk tunggu flight ke Busan esok hari

Day 2 (04.02.20)

  • KL ke Busan. Almost 6 hours in flight I finally arrived Busan. Masa tu pilot announce suhu was 1 celcious I was excited tapi bila keluar dari airport rasa macam mahu patah balik ke Malaysia. Sejuk mak!
  • Semasa di airport sila ambil segala map yang ada untuk di jadikan pedoman. Free ja .
  • Di airport juga saya Topup Tmoney, dan beli banana uyu (minuman viral di Korea tu) rasa dia not bad.
  • Ambil bas depan airport ke Jagalchi market untuk try pancake rice dan explore jagalchi market area.
  • Perjalanan di teruskan ke Station Busan untuk menaiki train to Seoul.
  • Saya plan mahu menaiki train waktu malam untuk jimat duit bilik satu malam tapi sedihnya last train pukul 6ptg so saya akan sampai Seoul 12 Tengah malam.
  • Perjalanan menaiki train dari Busan ke Seoul mengambil masa 6 jam (Munghughwa Train) train paling murah sebab train berhenti-henti. Tapi boleh sampai dalam tempoh 3 jam jika menaiki train yang laju tapi mahal la. Haha
  • Sampai saja di Station Seoul 12 tengah malam tu, suhu drop to -10 celcuis dan yang lagi hebat subway atau train semua dah tak ada. Yang ada cuma ada perkhidmatan bas dan teksi sahaja. Need to be more careful because ahjusi-ahjusi teksi suka markup harga.
  • Oleh kerana tambang teksi yang cekek darah saya decide untuk tunggu bas saja. Tunggu bas dengan suhu yang extremely sejuk. Such unforgettable experience yang saya mahu highlight di sini. Haha
  • Akhirnya saya sampai ke hostel Ya Korea Dongdaemun. Setelah tunggu bas dan sesat lebih kurang sejam but that’s okay sesat itu sebahagian daripada planning. Just enjoy the journey (positive sangat)
  • Sampai hostel bersihkan diri dan rehat. Fuhh what a long day .

Day 3 (05.02.20)

  • Sick. Maybe because of my body trying to adapt the weather yang sangat sejuk. Imagine suhu cecah minus 16 pada waktu malam.
  • Atau mungkin juga badan terlalu penat so jawabnya makan ubat dan rest. Just stay at room all day .
Wanita Ini TerokaI Seoul, Jeju Dan Busan Dengan Hanya Bermodal RM2200. Berbaloi Baloi! 2
Foto via Facebook Chia Samsiah

Day 4 (06.02.20)

  • Body dah recover. Alhamdulilah semuanya okay sahaja dan saya plan untuk pergi
    1) Itaewon (visit Seoul Mosque)
    2) Myeongdong Street (visit Daiso 11 street)
    3) Namsan Tower
  • cantiknya view di Namsan Tower. Kalau tak beli ticket naik tower tu view di bawah pun memang subhanaAllah cantik sungguh. Tapi kalau nak naik boleh beli harga tiket RM25 beli online kat Klook lebih murah. Saya naik Namsan Tower dapatlah tengok view seoul memang lawa.

Day 5 (07.02.20)

  • Dongdaemun Market (try street food cakerice dan topokki)
  • Hongdae Street (layan Kpop)

Day 6 (08.02.20)

  • Nami Island
  • Gyeongbokgung Station- Royal Guard and Changing Ceremony

Day 7 (09.02.20)

  • Guangwhamun (tempat penggambaran drama Memories Alhambra)
  • Dongdaemun Culture Village
  • Insadong Street
  • DDP White Rose Garden

Day 8 (10.02.20)

  • King Sejong Guangwhamun (tulis nama guna tulisan hangul)
  • Toy street dongdaemun
  • Dongmyo (syurga bundle ) dapat la beli topi winter di sini dengan harga 1000won.
  • Express Bas terminal, saya pilih menaiki bas dari Seoul untuk ke Busan kerana ingin merasai pengalaman menaiki train dan bas together. For me experience menaiki bas lagi best sebab murah dan selesa .So bye Seoul for now. sedih nak tinggal kan Seoul sebab saya akan move to explore Jeju pula. Seoul bandar yang sangat laju dan maju.
  • Saya tiba di guest house Busan pukul 10pm. Seronoknya stay di guest house yang share 4 orang tapi bilik tu macam saya satu orang yang punya . Ok mandi-mandi dan rest awal sebab esok fly to Jeju.

Day 9 (11.02.20)

  • Check out late because flight to Jeju in afternoon. So perjalanan agak santai hari ni.
  • Breakfast di GH . Ada susu dan coco crunch di sediakan dalam peti. Oh ya saya stay di guesthouse Busan Airport . Location tidak juga terlalu dekat dengan airport kena menaiki train juga untuk sampai airport. Tapi guest house ini ada menyediakan perkhidmatan transport to airport for early flight 7am-11am flight for free. Memandangkan flight saya pukul 4 pm saya menaiki train ke airport.
  • Stay matang di Busan Airport sementara menunggu flight sambil makan donut.
  • Busan Air menyediakan 15kg free untuk luggage dan 10kg free untuk handcarry. Di airport juga ada menyediakan tempat menyimpan beg. Harga bergantung dari saiz dan tempoh anda mahu simpan. So tak ada masalah kalau kes beg beranak pinak.
  • 6:30 pm saya tiba di International Jeju Airport.
  • Ambil bas no 101 di depan airport menuju ke Jeju Masil Guesthouse.
  • Guest house ni sangat convenient because location dekat dengan bus stop ada convenience stor dan yang paling best mesra muslim. Siap ada bilik solat, mereka asingkan pinggan mangkuk untuk muslim user .
  • Check in dan rest.
Wanita Ini TerokaI Seoul, Jeju Dan Busan Dengan Hanya Bermodal RM2200. Berbaloi Baloi! 3
Foto via Facebook Chia Samsiah

Day 10 (12.02.20)

  • Gunung Hallasan adalah gunung tertinggi di Korea. Hallasan mempunyai banyak trail pendakian. Saya plan untuk naik dari trail Eorimok tapi tulah masa saya datang di takdirkan seharian hujan tak dibenarkan untuk naik ke puncak. Tak apalah besabar lah.
  • Saya punya bersedih terus balik bilik tidur sepanjang hari.

Day 11 (130220)

  • Seopjikoji
  • Sighseeing around Jeju

Day 12 (140220)

  • Time to say goodbye to this beautiful island . Bye for now because this is time to explore Busan
  • Flight from jeju to busan in very early morning .
  • Tiba di busan 9 am check in Kimchee Guest House. Simpan barang dan terus gerak menuju ke pantai.
  • Sightseeing Haeundae Beach
  • Rest

Day 13 (15.02.20)

  • Dari Kimchee I silap naik bas 1003 sampai ke Station Gijang. Tapi driver bas tu baik sangat dia bagi tunjuk bas apa yang perlu naik dan dia cakap dengan driver bas tu tak payah bayar untuk aku. Free pergi ke Toseong Station. Ya Allah baiknya
  • Tiba di Gamcheon Culture Village lepas tu saya naik mini bas ke Nampo Dong Station untuk visit Busan Tower
  • Jalan kaki ke store book (Jung-Gu bookstore)
  • Jalan kaki ke Biff
  • Gukje Market
  • Biff tengok gelagat orang shoping. Ramainya manusia. Night life di Biff market best !
  • Ambil bas di Nampodong balik bilik
  • Rest

Day 14 (16.02.20)

  • Excidently jumpa dengan sahabat saya di Korea. Whaaaaa.
  • Dia ajak saya duduk di rumah yang dia tinggal. Lokasi sejam dari Busan.
  • Goeje ada banyak tempat cantik untuk di explore salah satunya adalah Windy Hill. Comel tempat ni.

Day 15 (17.02.20)

  • Explore kawasan Goeje menaiki bas.
  • Masa ni salji turun dengan sayu mengucapkan selamat tinggal buat diri ku sempena hari terakhir di bumi korea. Ceh gitew

Day 16 (18.02.20)

  • Sebab flight awal pagi ke KL, aku bangun awal dari Goeje menaiki bas paling awal ke airport.
  • Apa yang paling tak best di Korea? Bila kau sedar hari ini hari terakhir di Korea. it’s okay. Bye for now.
Wanita Ini TerokaI Seoul, Jeju Dan Busan Dengan Hanya Bermodal RM2200. Berbaloi Baloi! 4
Foto via Facebook Chia Samsiah

TIPS

Imigresen

Tidak lah susah untuk melepasi imigresen Korea cuma jangan sesekali langgar peraturan mereka jika tak mahu pergi hari di Busan. Jangan sesekali bawa makanan berunsurkan daging. Sila print segala documen seprti return flight ticket, hotel to stay , itineraray dan declare lah segala macam makan dan ubat-ubatan yang u all bawa dari malaysia. Bila pegawai imigresen tanya soalan jawab dengan konfiden jangan tunjuk muka blur . And yeah u ready to to! Welcome to Busan!

Food

Makanan sangat mahal di korea. Bawa lah atlest sambal kering. Seperti serunding atau sambal bilis . Nasi bole beli di 7eleven. Emm nasi di situ sedap. Makan sambal dengan nasi ni asalkan tak mati . Boleh la survive. Tapi kalau u all memang plan nak datang untuk makan boleh je . Ada saja makanan halal korea di area Itaewon tu.

Transport

Pergerakan saya di korea menggunakan public transport. Saya paling suka bab ni sebab Korea transportation very efficient. We can reach every part of Korea by train or bus. Oh ya saya guna apps navar maps and rome2rio semasa di sana untuk update perjalanan dan jadual train atau bas.

Tmoney

Satu kad yang familar di Korea untuk kegunaan transport dan boleh digunakan di cafe-cafe. All the Train dan bas menggunakan Tmoney . Macam touch n go lah kalau kita . Mungkin Mereka mengamalkan cashless . Kad ini anda boleh dapatkan di convenience store dan boleh topup dan get your money back if u ready to go back malaysia.

Toilet

Bawa botol air kosong ke mana-mana sebab tandas mereka tak ada air. Seriously pakai tisu sahaja.

Gambar

Since I travel solo, gambar tak banyak lawa sebab korean people tak ramah sangat untuk offer diri ambil gambar. So mostly saya guna stand and stabilizer untuk snap gambar tu pun kalau rajin mahu setup. Sebabnya cuaca sejuk sangat, tangan tu boleh beku kalau keluar dari pocket. Dan outfit jangan di tanya kenapa setiap gambar baju yang sma. U know u the answer. Tapi guest house ada sediakan laundry ok.

Oh yea tips paling penting jaga wallet dan passport make sure dua benda ni sentiasa ada di badan jangan letakkan di dalam beg. Beg bole tercicir atau terlupa tapi dlm poket insyaAllah selamat dan sentiasa ada dengan kita. Even masuk toilet bawa juga dua benda ni jangan mudah percaya dengan orang lain apatah lagi orang yang baru kita kenal. Bawa kunci dan manga untuk kunci barang kita di locker guesthouse.

Transit di Busan

Kalau anda tertanya-tanya kenapa saya transit Busan banyak kali dan perjalanan nampak agak memenatkan ialah disebabkan this is budget plan sy mahu travel ikut bajet yang serendah yang boleh. Sebab itu saya hanya bawa 6kg saya tahu perjalanan ini agak memenatkan untuk carry banyak barang. First reason is flight KL to Busan lebih murah daripada KL ke Incheon. Second, flight ke Jeju juga lebih murah jika dari Busan. So yeah tak apa lah transit banyak yang penting enjoy setiap journey.

Pergilah, jelajahilah dunia, get yourself out from your comfort zone, lihatlah dan carilah rahsia rahsia hidup. Pasti jalan apa pun yang kau pilih akan menghantar mu ke titik awal.

Sumber: Facebook Chia Samsiah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Gua Lipas DI Sabah. Tarikan Rare Di Sabah!

Jika anda melancong ke Sabah, pasti lokasi pilihan anda adalah seperti Dairy Farm Kundasang, Semporna dan Gunung Kinabalu. Apa kata akan datang anda mencuba untuk melawat ke Gua Gomantong. Apa ada di Gua Gomantong? Gua Gomantong mempunyai tarikan yang tersendiri iaitu terdapat pelbagai jenis serangga haiwan antaranya ialah kelawar, pepijat […]
Wanita Ini TerokaI Seoul, Jeju Dan Busan Dengan Hanya Bermodal RM2200. Berbaloi Baloi! 6