fbpx

Gua Lipas DI Sabah. Tarikan Rare Di Sabah!

Ahmad Suhael

Jika anda melancong ke Sabah, pasti lokasi pilihan anda adalah seperti Dairy Farm Kundasang, Semporna dan Gunung Kinabalu. Apa kata akan datang anda mencuba untuk melawat ke Gua Gomantong.

Apa ada di Gua Gomantong? Gua Gomantong mempunyai tarikan yang tersendiri iaitu terdapat pelbagai jenis serangga haiwan antaranya ialah kelawar, pepijat dan ular dan yang paling banyak ialah lipas. Disebabkan itu, ianya dipanggil ‘gua lipas’.

Jika anda penggeli akan serangga seperti lipas, mungkin ini bukanlah tempatnya tetapi inilah peluang mencuba mengatasi masalah itu sekiranya berkunjung ke Gua Gomantong, Sandakan Sabah.

Gua Lipas DI Sabah. Tarikan Rare Di Sabah! 1
Gua Lipas DI Sabah. Tarikan Rare Di Sabah! 2
Gua Lipas DI Sabah. Tarikan Rare Di Sabah! 3

Gua Gomantong merupakan gua batu kapur yang terletak di dalam hutan rizab. Ianya dilindungi Jabatan Perhutanan Sabah dan diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Anda rasa adakah anda akan berkunjung ke Gua Gomantong ini dan rasai sendiri pengalaman luar biasa ini?

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

'Hutan Merah' DI Pahang Janjikan Pengalaman Berbeza Seakan Berada Di Alam Fantasi!

Apabila disebut alam semulajadi, sememangnya negeri Pahang mempunyai kelebihan kerana negeri tersebut masih mempunyai hutan simpan yang luas. Di hutan simpan itu juga terletaknya gunung tertinggi G7 iaitu Gunung Tahan. Selain daripada itu, sebenarnya banyak lagi tempat yang cantik tersembunyi di dalam hutan di Pahang antaranya ialah Bukit Panorama, Air […]
Gua Lipas DI Sabah. Tarikan Rare Di Sabah! 5