fbpx

‘Hutan Merah’ DI Pahang Janjikan Pengalaman Berbeza Seakan Berada Di Alam Fantasi!

Ahmad Suhael

Apabila disebut alam semulajadi, sememangnya negeri Pahang mempunyai kelebihan kerana negeri tersebut masih mempunyai hutan simpan yang luas. Di hutan simpan itu juga terletaknya gunung tertinggi G7 iaitu Gunung Tahan.

Selain daripada itu, sebenarnya banyak lagi tempat yang cantik tersembunyi di dalam hutan di Pahang antaranya ialah Bukit Panorama, Air Terjun Pelangi, Air Terjun Berkelah, Air Terjun Jerangkang, Bukit Buluh dan banyak lagi.

Namun, dalam banyak-banyak tempat yang disenaraikan tadi, Bukit Buluh mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ini kerana bukit terbabit popular dengan panggilan ‘hutan merah’ disebabkan oleh pokoknya yang berwarna merah.

'Hutan Merah' DI Pahang Janjikan Pengalaman Berbeza Seakan Berada Di Alam Fantasi! 1
Foto via Facebook Syed Hafeez Al Yahya

Untuk pengetahuan anda, pokok yang berwarna merah ini dipanggil Pokok Gelam Merah atau nama saintifiknya ialah Melaleuca cajuputi Powell iaitu sejenis tumbuhan daripada keluarga Myrtaceae. Pokok Gelam merupakan sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di kebanyakan kawasan rantau Asean.

Bagi anda yang ingin melihat sendiri pokok ini sendiri boleh mencuba untuk mendaki Bukit Buluh ini. Bukit Buluh yang terletak di Felda Padang Piol, Jerantut dan mempunyai ketinggi sehingga 331 meter. Sangat sesuai untuk yang baru berjinak dengan aktiviti mendaki ini.

Perjalanan menuju ke puncak Bukit Buluh bermula jalan ladang kelapa sawit. Kemudian anda akan melalui jalan tanah merah dan belukar untuk ke kaki bukit sebelum betul-betul berada di dalam hutan. Semakin ke atas, pendakian makin curam dan perlu berpaut pada tali untuk memanjat.

Sebelum sampai ke puncak, laluan pendakian akan melalui dua kawasan yang ada rimbunan buluh. Kawasan rimbunan buluh inilah dikatakan Bukit Buluh mendapat namanya. Apabila tiba dipuncak, inilah lokasi dimana anda bakal melihat pokok Gelam merah yang diceritakan di atas.

'Hutan Merah' DI Pahang Janjikan Pengalaman Berbeza Seakan Berada Di Alam Fantasi! 2
Foto via Facebook Syed Hafeez Al Yahya
'Hutan Merah' DI Pahang Janjikan Pengalaman Berbeza Seakan Berada Di Alam Fantasi! 3
Foto via Facebook Syed Hafeez Al Yahya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Nak Ke Pulau Redang Lebih Mudah Dengan Penerbangan Terus Dari Lapangan Terbang Subang

Kebiasaannya nak ke Pulau Redang pastinya ramai orang akan mengambil feri di Jeti Shahbandar. Jika anda daripada wilayah Selangor, anda perlu menaiki kereta, bas atau kapal terbang untuk sampai ke jeti sahaja. Kini anda tidak lagi kerana sudah ada penerbangan terus ke Pulau Redang dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz […]
'Hutan Merah' DI Pahang Janjikan Pengalaman Berbeza Seakan Berada Di Alam Fantasi! 5