fbpx

Nak Ke Pulau Redang Lebih Mudah Dengan Penerbangan Terus Dari Lapangan Terbang Subang

Ahmad Suhael

Kebiasaannya nak ke Pulau Redang pastinya ramai orang akan mengambil feri di Jeti Shahbandar. Jika anda daripada wilayah Selangor, anda perlu menaiki kereta, bas atau kapal terbang untuk sampai ke jeti sahaja.

Kini anda tidak lagi kerana sudah ada penerbangan terus ke Pulau Redang dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang. Pembukaan laluan udara ini telah menjimatkan masa perjalanan ke Pulau Redang terutamanya untuk penduduk Selangor.

Umum ketahui yang Berjaya Hotels & Resorts mempunyai dua resort di pulau terbabit iaitu The Taaras Beach & Spa Resort and Redang Island Resort. Jadi penerbangan ke Pulau Redang ini akan dikendalikan oleh Berjaya Air menggunakan pesawat model ART 43-500.

Apa yang menarik lagi, pesawat yang digunakan juga akan ditempah khas di mana badan pesawat terbabit di cat khas dengan mempromosikan haiwan penyu yang sememangnya sinonim di pulau terbabit. Pesawat terbabit itu juga dilabelkan sebagai ‘Jojo’ bersempena dengan seekor penyu yang menetap di resort The Taaras.

Penerbangan yang disediakan ini juga disediakan pakej lengkap penginapan di The Taaras iaitu termasuk dengan sarapan, makan malam, shuttle dua hala dari jeti ke hotel dan penerbangan dua hala dari kedua-dua lapangan terbang.

Selain itu, pelanggan juga akan mendapat akses ke ruang menunggu di Naza Sky Lounge, 15kg bagasi berdaftar dan 7kg bagasi kabin untuk setiap penumpang, penyediaan ruang penyimpanan lebihan bagasi, laluan ekspres menaiki pesawat dan hidangan ringan di dalam pesawat.

Berjaya Hotel & Resorts juga merancang untuk memperkembangkan perkhidmatan penerbangan ini terus dari Pulau Pinang dan Singapura ke Pulau Redang untuk meningkatkan lagi kemasukan pelancong dari luar negara ke pulau terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pengangkutan Awam Di Luxembourg Kini Percuma!

Benda percuma sememangnya perkara paling dinanti-nanti semua orang. Kini di Luxembourg, pengangkutan awam seperti kereta api, trem, atau bas tidak akan mengenakan sebarang caj bermula pada 1 Mac 2020. Perkara ini menjadikan negara ini adalah antara negara yang pertama yang menjadikan pengangkutan awam percuma sepenuhnya. Menurut menteri Pengangkutan dan Kerjaraya, […]
Nak Ke Pulau Redang Lebih Mudah Dengan Penerbangan Terus Dari Lapangan Terbang Subang 2