Pengangkutan Awam Di Luxembourg Kini Percuma!

Benda percuma sememangnya perkara paling dinanti-nanti semua orang. Kini di Luxembourg, pengangkutan awam seperti kereta api, trem, atau bas tidak akan mengenakan sebarang caj bermula pada 1 Mac 2020.

Perkara ini menjadikan negara ini adalah antara negara yang pertama yang menjadikan pengangkutan awam percuma sepenuhnya. Menurut menteri Pengangkutan dan Kerjaraya, Fran├žois Bausch, langkah ini dibuat bertujuan untuk membantu golongan tidak berkemampuan dan mengurangkan jurang antara golongan kaya dan miskin.

Walaupun ada suara mengatakan pengumuman tambang percuma ini tidak memberi impak, agensi yang berkaitan berkata kos tambang sebelum ini hanya meliputi 10% daripada kos operasinya.

Menjelang tahun 2025, kerajaan berharap dapat meningkatkan 20% lebih banyak orang di menggunakan pengangkuran awam. Sehubungan dengan itu, kerajaan sudah merancang untuk memodenkan rangkaian keretaapinya dan meningkatkan sambungan merentasi sempadan dan antara kereta api, jalan raya, dan bas.

Sumber: Fast Company