fbpx

Tempat Menarik Di Pulau Belitung. Wanita Ini Kongsikan Itinerari 5H4M di Sana. Sangat Berbaloi!

Ahmad Suhael

Indonesia sememangnya mempunyai banyak tempat yang cantik dan kaya dengan keindahan alam semulajadi. Selain tempat-tempat popular seperti Bali, Nusa Penida, Lombok dan Flores, sebenarnya ada lagi tempat yang kurang perhatian tetapi tetap cantik setanding tempat yang disebut tadi.

Antaranya ialah Pulau Belitong ataupun kadang kala dipanggil Belitung yang terletak di timur Sumatera, Indonesia. Pulau Belitong ini terkenal dengan batu-batu granit bulat, pasir halus dan perairan yang tenang.

Tanjung Pandan pula adalah pusat bandar bagi pulau ini. Di sini mempunyai banyak seni bina kolonial Belanda dan pelabuhan yang berwarna-warni. Di keliling Pulau Belitong pula terdapat pulau-pulau kecil antara yang menjadi tarikan ialah Pulau Lengkuas.

Pemilik Facebook bernama Norazah Hussain Ini berkongsi pengembaraan ke Pulau Belitong bersama rakan-rakan selama 5 hari 4 malam di sana. Jom baca perkongsian beliau di bawah.

Tempat Menarik Di Pulau Belitung. Wanita Ini Kongsikan Itinerari 5H4M di Sana. Sangat Berbaloi! 1
Foto via Facebook Norazah Hussain

9-13 Oktober 2019 – 5 hari 4 malam / 5 pax

Private Tour by Visit Belitung Tours (highly recommended) – supirnya lokal Belitung

KOS TERLIBAT

  • IDR2.6 juta (all in) RM296 = IDR1,000,000.00
  • Total kos : RM1,112.00

PERJALANAN

  1. Penang Sentral – TBS = RM28.00
  2. TBS – KLIA2 = RM11.00
  3. Insurans = RM26.05
  4. KLIA2 – Tanjung Pandan – KLIA 2 = RM225.80
  5. KLIA2 – Penang Sentral = RM56.00

HARI PERTAMA : 9/10/2019

  • Pantai Tanjung Tinggi.
  • Lokasi pengambaran Laskar Pelangi.
  • Ambil masa hangpa untuk bergambar kerana pemandangan amatlah cantik.Boleh mandi juga jika mahu.
  • Pantai Bukit Berahu.
  • Sunsetnya cantik sangat.
  • Goreng pisangnya sedap.

HARI KE-2 : 10.10.2019

  • Leebong Islands (private island).
  • lokasi pengambaran Suami Paksa Rela.
  • Singgah untuk sesi pengambaran di Pulau Pasir (supir kami mahir bab ni) – sempat kutip siput juga
  • Paket lengkap dengan lunch, berbasikal dan sukan air.
  • lautnya cetek sesuai untuk aktiviti air seisi keluarga.

HARI KE-3 : 11.10.2019

  • Island Hoping.
  • Belitung masih alami maka lautnya masih bersih dan tidak tercemar, batu karangnya masih subur dan terpelihara.
  • Pulau Batu Garuda, Pulau Batu Belayar, Pulau Burung, Pulau Lengkuas (mercusuar), Pulau Kepayang (lunch), Pulau Kelayang (Gua Kelayang).

HARI KE-4 : 12.10.2019

  • Laskar Pelangi Tour.
  • Gantong.
  • Replika SD Laskar Pelangi.
  • Rumah Keong/Dermaga Kirana.
  • Muzium Kata Andrea Hirata.
  • Maggar.
  • Rumah Ahok.
  • Pusat Batik Simpur.
  • Vihara Dewi Kwam In.
  • Pantai Burung Mandi.

HARI KE-5 : 13.10.2019

  • Muzium Kota (buaya Laskar Pelangi).
  • Rumah Adat.
  • Danau Kaolin.
  • Tanjung Pandan – KLIA.
Tempat Menarik Di Pulau Belitung. Wanita Ini Kongsikan Itinerari 5H4M di Sana. Sangat Berbaloi! 2
Foto via Facebook Norazah Hussain
Tempat Menarik Di Pulau Belitung. Wanita Ini Kongsikan Itinerari 5H4M di Sana. Sangat Berbaloi! 3
Foto via Facebook Norazah Hussain

CATATAN :

  1. Bagi penggemar aktiviti air, Belitung pilihan yang BAGUS kerana lautnya masih bersih dan terjaga. Karangnya masih subur dan amat sesuai untuk xtvt snorkelling. Di sesetengah tempat, lautnya cetek selamat untuk mandi manda. Untuk percutian sekeluarga rasanya Belitung perlu didahulukan dalam list.
  2. Tapak Sulaiman/star fish adalah penghuni utama perairan Belitung. Silalah berkenalan.
  3. Pulau Leebong agak mahal pakejnya, tapi WAJIB pergi kerana resortnya amatlah cantik dan mewah sekali.
  4. Pantai dan laut Belitung dipenuhi dengan batu granit mega. Memberi landskap menarik kepada pengunjung. Jangan lupa menjelajah Gua Kelayang. Hangpa pasti terpegun.
  5. Makanannya tidak jauh beza dengan masakan kita. Identiti mereka adalah GULA. Jangan segan minta gula jika perlu dan sesuaikan lidah dengan menu mereka yang kebanyakannya manis belaka.
  6. Belitung adalah pengeksport utama hasil laut Indonesia. Menu utama hidangan mereka semuanya hebat-hebat seperti Ikan, sotong, udang, ketam dan sebagainya. Sayur kangkung satu kemestian.
  7. Daun simpur digunakan secara meluas di Belitung hingga diangkat sebagai national leaf Belitung. Dari membungkus ikan, lapik makanan hinggalah kepada motif batik. Semua bersimpur.
  8. Belitung juga terkenal dengan kopi. Kopi di mana sahaja. Aku paling suka Kopi Kong Djie. Jangan lupa singgah di Kedai Kong Djie AS. Cantik dekonya.
  9. Mungkin 4 hari 3 malam dah cukup untuk menerokai Belitung jika hangpa ingin berlibur. Tapi aku pergi atas tiket menyiapkan final project paper (lawatan tapak konon-kononnya). So seminggu belum tentu mencukupi rasanya.
  10. Berada di sana memberi kefahaman kenapa Andrea Hirata mengangkat watak Ikal, Lintang dan Apai untuk menjelaskan peri pentingnya pendidikan bagi anak-anak bumi pulau terkaya di Indonesia ini.

Sumber: Facebook Norazah Hussain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

12 Kereta Api Trip Yang Menjanjikan Permandangan Memukau!

Selain kapal terbang, jalan raya, perjalanan merentasi negara dengan kereta api trip juga merupakan pilihan pengembara tegar. Ini kerana perjalanan menggunakan kereta api lebih mencabar disamping dapat bergaul dengan orang tempatan. Walaupun sebelum ini kereta api bermula sebagai pengangkutan industri, dan ditinggalkan akibat kos yang tinggi dan tidak lagi menjadi […]
Tempat Menarik Di Pulau Belitung. Wanita Ini Kongsikan Itinerari 5H4M di Sana. Sangat Berbaloi! 5