12 Kereta Api Trip Yang Menjanjikan Permandangan Memukau!
Selain kapal terbang, jalan raya, perjalanan merentasi negara dengan kereta api trip juga merupakan pilihan pengembara tegar. Ini kerana perjalanan menggunakan kereta api lebih mencabar disamping dapat bergaul dengan orang tempatan.
Walaupun sebelum ini kereta api bermula sebagai pengangkutan industri, dan ditinggalkan akibat kos yang tinggi dan tidak lagi menjadi pilihan sebagai pangangkutan awam disebab ianya mengambil masa yang lama. Kini kereta api model lama ini mendapat sambutan sebagai satu tarikan pelancongan bersejarah.
Ini kerana kereta api model lama ini mempunyai reka bentuk yang klasik. Malah diubah suai untuk nampak lebih mewah sambil menikmati permandangan yang sukar didapati jika bergerak menggunakan kereta ataupun kapal terbang.
Kali ini kami kongsikan kepada anda beberapa railway kereta api
trip yang menjanjikan permandangan luar biasa untuk dicuba. Jom baca senarai di bawah ini.
1 – Trans-Siberian : Russia – China
Perjalanan kereta api Trans Siberian ini akan merentasi negara Rusia, Monggolia dan China. Jadi sudah tentu perjalanannya mengambil masa yang lama iaitu hampir 1 minggu. Untuk trip yang panjang ini pastinya bukan mudah, banyak persediaan yang perlu dilakukan. Ikuti perkongsian pengalaman daripada pengembara ini.

2 – West Highland Line : Scotland
West Highland Line merupakan laluan kereta api sepanjang 264 kilometer merentasi bandar-bandar atau pekan kecil di Scotland, Britain. Dan yang paling menarik ialah laluan perjalanan kereta api ini akan melalui Glenfinnan Viaduct yang dipopularkan di dalam filem Harry Potter iaitu yang digunakan oleh Hogwart Express.

3 – Orient Express : Paris – Istanbul
Kereta api Orient Express terkenal dan sinonim dengan kemewahan dan keselesaan. Perjalanan merentasi eropah ini asalnya adalah daripada Paris ke Istanbul namun diberhentikan pada tahun 1977. Pada tahun 1991 pula dipendekkan lagi hingga ke Budapest dan seterusnya ke Vienna pada tahun 2001.
Disebabkan oleh penciptaan kereta api laju yang memendekkan masa perjalanan, Orient Express terpaksa memberhentikan operasinya pada tahun 2009. Namun, Kereta api Venice-Simplon Orient Express, sebuah syarikat swasta yang menggunakan gerabak asal kereta api ini membuka laluan dari London ke Venice dan ke destinasi lain di Eropah, termasuk laluan asal dari Paris ke Istanbul.

4 – Maharaja Express : India
Maharajas ‘Express adalah kereta api mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh Indian Railway Catering dan Tourism Corporation (IRCTC). Terdapat beberapa jenis perjalanan yang anda boleh pilih iaitu Heritage of India, Treasure of India, Panorama of India dan The India Splendour. Setiap perjalanan mempunyai liputan dan keunikan yang tersendiri.
Perjalanan paling lama ialah sehingga 6 ke 7 hari. Antara tempat yang akan dilalui menerusi Maharaja Express ialah Mumbai, Jaipur, Jodhpur, Ranthambore, Fatehpur Sikri, Agra, Gwalior, Orchha, Khajuraho, Varanasi, Lucknow dan Delhi. Pastikan anda bersedia jika berhajat untuk menempuh perjalanan yang jauh ini.

5 – Glacier Express : Switzerland
Terkenal dengan kecantikan alam semulajadinya, semestinya cara untuk menerokai Switzerland adalah dengan kereta api. Salah satunya ialah Glacier Express. Glacier Express (GEX) adalah keretapi yang menghubungkan stesen kereta api di dua gunung utama Zermatt dan St. Moritz.
Popular dengan panggilan kereta api paling perlahan di dunia, Glacier Express bukanlah “ekspres” seperti namanya. Ini kerana kereta api ini berhenti berhenti membolehkan penumpang menikmati permandangan yang memukau di pergunungan Alps, tasik biru dan bukit-bukit menghijau sepanjang 291km perjalanan melalui lebih 291 jambatan dan 91 terowong pada ketinggian 1,500m.

6 – White Pass & Yukon Route Railway : Canada – US
Dibina pada tahun 1898 dan siap pada tahun 1900 semasa Klondike Gold Rush, White Pass & Yukon Route Railway menjadi platfom perhubungan antara pelabuhan Skagway, Alaska, dengan Whitehorse, ibukota Yukon. Railway yang dibina tidak mempunyai sambungan ke mana-mana rangkaian hanya satu jalan ini sahaja.
Perjalanan White Pass & Yukon Route Railway akan memperlihatkan kepada anda panorama pergunungan, glacier yang indah selain daripada air terjun, terowong dan jambatan besi di sepanjang jalan di sepanjang hari perjalanan.

7 – Reunification Express : Vietnam
Landasan keretapi Utara-Selatan merentasi Vietnam ini dikenali sebagai Transindochinois atau Reunification Express (RE) dan dibuka pada tahun 1936. Landasan kereta api RE bermula dari Hanoi ke Sai Gon (bandar Ho Chi Minh), berhenti di Hue, Da Nang, Nha Trang dan Phan Thiet (Mui Ne).
Ketika Perang Vietnam, landasan kereta api ini pernah terputus tetapi dalam tempoh dua tahun selepas tamatnya perang dan penyatuan negara Vietnam, landasan kereta api Saigon-Hanoi telah dibaik pulih. Pemulihan ini dilihat sebagai simbol solidariti akhirnya menamakan kepada ‘Reunifikasi Express’.

8 – Inlandsbanan : Sweden
The Inland Line ataupun Inlandsbanan adalah laluan kereta api sepanjang 1,288 kilometer antara Kristinehamn di selatan dan Gällivare di utara Sweden. dibina antara 1908 dan 1937. Perjalanan bermula di Kristinehamn atau Mora dan bakal membawa penumpang ke kawasan yang indah dengan sungai dan puncak gunung yang ditutupi salji hampir sepanjang tahun.
Perjalanan ke Gällivare akan melintasi Artic Circle di mana penumpang bakal disajikan dengan pemandangan dari Gunung Dundret. Jika perjalanan pada bulan Jun, sehingga 9 Julai, kemungkinan untuk melihat matahari terbenam tinggi.

9 – Le Train Jaune : Perancis
Sangat terkenal dikalangan pengembara akan kereta api kuning yang menjadi simbolik kepada laluan kereta api ini. Diberi gelaran “canary’ oleh penduduk setempat, kereta Api Jaune telah mengembara sepanjang tahun selama hampir 100 tahun.
Mempunyai gerabak yang terbuka untuk memberi pengalaman luar biasa. Penumpang bakal menikmati panorama kawasan pergunungan indah di Perancis merentasi Banjaran Pyrenees (French Pyrenees), terowong dan jambatan sepanjang 63km perjalanan.

10 – Rhine Valley Railway: Jerman
Keretapi Rhine Valley membawa penumpangnya mengembara di sepanjang tebing barat Sungai Rhine, menyajikan permandangan di lereng-lereng lembah dan kebun anggur. Hanya beberapa terowong mengganggu pemandangan sehingga anda sampai ke Koblenz, di mana Sungai Moselle memenuhi Sungai Rhine.
Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 50 minit sahaja melalui kawasan Sungai Rhine bermula dari Koblenz ke Mainz. Walaupun hanya 50 minit tetap menjanjikan permandangan yang menarik dan berbaloi.

11 – Blue Train : Afrika Selatan
Blue Train mendapat namanya disebabkan gerabaknya yang dicat warna biru selepas dihidupkan kembali selepas tamatnya servisnya ketika perang dunia pertaman. Blue Train mempunyai 2 route bermula di Pretoria dan tamat di Cape Town ataupun di Kruger National Park.
Laluan antara Pretoria dan Cape Town adalah perjalanan selama 31 jam sepanjang 1,600 kilometer sambil disajikan pemandangan yang hebat yang ditawarkan oleh sub-benua Afrika. Kereta Api Blue juga bergerak ke Wilayah Limpopo Afrika Selatan, yang merupakan Taman Negara Kruger yakni kepada The Big Five di Afrika. Perjalanan seharian 19 jam ini berlangsung pada bulan-bulan tertentu tahun setiap tahun, dan menawarkan peluang kepada beberapa pakej kombinasi seperti “safari kereta api”.

12 – Copper Canyon railway : Mexico
Landasan kereta api Copper Canyon atau juga dikenali sebagai Ferrocarril Barrancas del Cobre, Ferrocarril Chihuahua-Pacifíco dan El Chepe, merupakan salah satu tarikan paling menarik di Mexico. Landasan Mengambil masa hampir 90 tahun untuk disiapkan dan dibuka pada tahun 1961.
Perjalanan sepanjang Copper Canyon railway akan melalui 87 terowong, 36 jambatan dan melalui cerun kerana laluan tersebut naik dari paras laut ke pemandangan puncak setinggi 2,400m. Untuk perjalanan penuh akan mengambil masa selama 16 jam iaitu dari Los Mochis ke Chihuahua dengan Chepe Regional berbanding hanya 9 jam dari Los Mochis ke Creel dengan Chepe Express.
