Sebagai Muslim, Apakah Travel Hanya Untuk Berseronok? InI Ibrah Mengembara Boleh Kita Ambil

Siapa tidak suka melancong ke luar negara bukan? Kami percaya pembaca Geng Travel rata-rata jenis yang suka melancong dan mengembara. Ada yang jenis melancong berseorangan, bersama rakan ataupun keluarga terpulang kepada individu masing-masing. Malah setiap mereka yang melancong pastinya mempunyai tujuan sendiri.

Dan tujuan yang paling mudah adalah untuk berseronok atau melepaskan tekanan kerja. Namun, sebagai muslim apakah travel ini diangkap hanya untuk berseronok semata-mata. Sebenarnya banyak pengajaran atau ibrah mengembara dan bermusafir yang anda sebagai muslim boleh ambil.

Menerusi Facebook, Khairul Fauzi berkongsi serba ibrah mengembara dan bermusafir yang boleh diambil untuk dijadikan objektif ketika mengembara supaya pengembaraan atau percutian lebih bermakna dari sekadar berseronok dan bersuka ria.

Bermusafir itu juga Sunnah Rasulullah

Foto via Biokplus

Sebelum aku travel ke korea sempat aku berhubung dengan seorang ustaz dan minta sedikit nasihat dari segi kerohanian. Ustaz, malam ni saya nak bermusafir. Nasihat la saya sikit untuk saya bekalkan di sana nnt.

Fauzi, bermusafir ni adalah sunnah Rasulullah. Dan jika diberi rezeki bawalah anak-anak dan family bermusafir dan jika boleh keluar negara pergilah kerana bukan semua orang Allah beri rezeki ke luar negara. Banyak perkara yang kamu dapat jadikan Ibrah.

Objektif Perlu Jelas Kerana Allah

Foto via Projek Travel

Pertama, apa objektif kita travel. Yaa untuk keseronokan. Itu tidak dapat dinafikan. Memang ianya tidak salah, tapi orang non muslim pun mencari keseronokan, so apa beza dengan kita. Objektif kita kena jelas kerana Allah. Ingin melihat tentang kebesaran Allah yang mungkin kita tidak dapat di negara kita. Dalam keseronokan juga mesti Allah akan uji kita dengan sedikit keletihan, kerenah anak-anak, tidak sependapat dengan isteri dll. Kat situ belajarlah kesabaran. Dalam seronok pun, ada yang tak seronok nanti.

Bersyukur Dengan Nikmat Rezeki Dapat Melancong

Foto via Crescent Rating

Kedua, sampainya seseorang ke lokasi musafir hendaklah kita ingat bahawa dan sebenarnya itu tanda Allah telah luaskan rezeki kita. Bukan kerana usaha kita, bukan kerana kita kaya, bukan juga untuk menunjuk-nunjuk. Itu Allah hendak tunjukkan kekayaanNya dan bukan kekayaan kita supaya kita lebih bersyukur lagi. Allah telah pendekkan masa untuk berhubung dengan 2 negara yang berbeza. Masyallah. Allahhuakbar.

Related Post

Jaga Tingkah Laku Sebagai Muslim

Semasa dalam flight pula kita masih terikat dengan ibadah solat. Mungkin jika hanya bermusafir di jalan darat lain pengalamannya. Jika jalan udara lain pula pengalamannya. Solat dalam kapal terbang macam mana. Perlu juga buat preparation. Bukan preparation tentang kewangan dan itinerary melancong sahaja. Semasa dalam flight pula, pelbagai pessenger yang berlainan bangsa dan agama. Ada yang tak sabar beratur dan ambil bagasi, penggunaan toilet yang terhad dan jangan pentingkan diri sendiri. Kita mesti jaga adat dan tingkah laku agar tidak mencemarkan agama kita. Kita juga boleh berkenalan dan tambah hubungan silaturahim dengan passenger lain. Jangan buat sombong.

Jangan Ambil Mudah Solat Dan Status Halal Makanan

Foto via profhariz

Sampainya di negara non muslim kita tidak terlepas dari ibadah seperti solat dan dari segi makanan halal. Kat situ kita ambil peluang untuk parktikkan ilmu agama kepada family kita. Belajar sahaja tanpa praktik adalah 2 perkara yang berbeza. Macam mana Ibadah solat jamak, makanan halal mesti diutamakan. Mungkin isu makanan halal tidak menjadi isu sangat di negara kita kerana makanan halal mudah didapati. Apakah persediaan kita jika tiada makanan halal dijumpai. Semua itu adalah ilmu baru.

Jadikan semua pengalaman sepanjang bermusafir dapat diperolehi oleh orang lain juga. Bukan sekadar kita berseronok sebaliknya biarlah orang lain boleh tumpang pakai ilmu yang kita pelajari, pengalaman kita, tindakan kita yang akhirnya boleh mendekatkan kita kepada yang maha pencipta.

Kesan Jika Tiada Objektif Bermusafir Kerana Allah

Foto via Suara Muslim

Jangan jadi seperti orang pergi umrah sekarang seperti pergi melancong. Balik pun masih berseluar pendek, isteri masih berbaju ketat dan sendat. Apa beza melancong di mekah dengan umrah di mekah kalau tingkah laku masih seperti itu. Sehingga mutawif pun diuji kerana objektif kita bermusafir tidak jelas. Pergi mekah kahwin baru, balik ceraikan isteri sedia ada. Ini bukan bermaksud untuk ceritakan sesuatu yang buruk atau nafikan jodoh seseorang, tetapi betulkan Objetif kita semasa bermusafir.

Kesimpulan

Sebenarnya banyak kelebihan musafir selain untuk gembirakan family. Barulah musafir kita diberkati dan nak solat jamak pun rasa tenang kerana objektif kita bermusafir telah jelas. Kalau bermusafir untuk tujuan maksiat kita tak boleh jamak tau. Contoh bermusafir bertujuan maksiat ialah pergi bermusafir untuk menunjuk-nunjuk yang kita je ada duit, Bermusafir untuk pergi ke konsert yang bercampur lelaki dan perempuan, bermusafir kerana nak lari dari tanggungjawab kepada family dan agama dan sebagainya. Moga posting ini memberi manfaat kepada anda dan juga kepada bakal2 musafir.

Sumber: Facebook Khairul Fauzi

This website uses cookies.