Tak Perlu Terbang Ke Jepun Atau Korea, Di Kedah Pun Boleh Rasai Musim ‘Bunga Sakura’ Tiap Tahun!

Tak Perlu Terbang Ke Jepun Atau Korea, Di Kedah Pun Boleh Rasai Musim 'Bunga Sakura' Tiap Tahun! 1

Musim Bunga di Jepun dan Korea sememangnya di nanti disebabkan kecantikan mekarnya bunga sakura di sana. Pastinya ramai yang sanggup terbang ke Jepun semata-mata ingin melihat kecantikan bunga sakura ini.

Tetapi memandang isu COVID-19 yang masih belum reda terutamanya di negara terbabit adalah digalakkan untuk tidak melanjutkan hajat anda untuk ke sana. Ini untuk mengelakkan anda berjangkit wabak terbabit. Namun, hajat untuk melihat bunga sakura boleh terubat dengan hanya melancong ke Kedah.

Kenapa Kedah? Ya, di Kedah adanya pokok bunga Tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea. Namun, pokok bunga ini lebih popular dipanggil Sakura Kedah dan sekarang sedang mekar mengeluarkan bunga berwarna merah jambu dan putih seakan bunga sakura di Jepun dan Korea. Fenomena ini berlaku setiap bulan Mac dan dikatakan hanya mekar selama 14 hari.

Cuti sekolah tidak lama lagi, jadi bolehlah anda merancang perjalanan untuk ke Kedah merawat hati yang kecewa tidak dapat ke Jepun atau Korea. Anda akan dapat melihat keindahan bunga yang mekar dengan cantik di Kedah terutama sekali sekitar bandar Alor Setar.

Dikatan sudah ada sebanyak 2,720 pokok Tekoma ditanam. Daripada jumlah itu sebanyak 1,181 pokok di tanam di jalan utama seperti di Jalan Kuala Kedah, Jalan Langgar dan Jalan Yan. Manakala 1,359 pokok lagi ditanam di taman perumahan sekitar Alor Setar serta di pusat bandar

Pastinya ini satu tarikan yang mesti dikunjungi jika ke Kedah terutama sekali jika anda seorang suka bergambar.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *