Juruterbang Dedahkan Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Kapal Terbang

Tak semua orang suka menaiki kapal terbang. Ada banyak sebab antaranya ialah takutkan keadaan turbulence yang berlaku. Waktu ini pasti otak sudah mula berfikir kapal terbang mungkin terhempas dan bermacam lagi.

Namun begitu, mengikut statistik kebarangkalian kemalangan kapal terbang adalah 1/7200. Kalau dibandingkan dengan kereta adalah 1/415. Jadi jika dibandingkan secara langsung, maknanya kapal terbang adalah 61 kali lebih selamat daripada menaiki kereta.

Walaupun kapal terbang merupakan pengangkutan paling selamat, risiko untuk kehilangan nyawa adalah tinggi jika berlaku kemalangan. Inilah yang paling dirisaukan sebenarnya. Mungkin kerisauan ini dapat dikurangkan dengan info yang dikongsikan kali ini.

Juruterbang Dedahkan Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Kapal Terbang 2
Foto via eh!

Melalui laman Express.co.uk, seorang juruterbang berkongsi tempat duduk yang paling selamat sekiranya berlaku kemalangan ketika menaiki kapal terbang. Menurut juruterbang terbabit, tempat duduk ini boleh memberi kemungkinan tinggi untuk selamat jika berlaku kemalangan.

Tempat duduk yang dimaksudkan adalah tempat duduk di bahagian belakang dan tengah. Ini kerana bahagian tengah pesawat adalah struktur yang paling kuat dan bertahan paling lama.

“Sayap pesawat secara strukturnya adalah merupakan bahagian yang paling kuat terdapat pada sebuah pesawat. Ianya disokong oleh besi yang kuat yang bercantum sekali dan sebab itulah ianya menjadi tempat yang paling selamat sekali di pesawat,”

Juruterbang yang tidak ingin disebut namanya
Juruterbang Dedahkan Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Kapal Terbang 3
Foto via © HuffPost Source: Popular Mechanics

Menurut Juruterbang itu lagi, jika pesawat terpaksa membuat pendaratan kecemasan di air, ekornya yang akan menyentuh air terlebih dahulu. Kesan daripada pendaratan cemas pernah direkodkan dalam dokumentari berjudul The Plane Crash pada tahun 2012.

Di dalam dokumentari itu, sebuah pesawat jenis Boeing 727 yang dipasang kamera dan sensor membawa patung ujian pada kelajuan 140 mph dan kemudiannya turun pada altitud 1,500 kaki per minit, seterusnya terhempas di sebuah kawasan yang tidak didiami di padang pasir Mexico.

Rakaman itu menyaksikan bahagian tengah dan belakang kapal terbang masih utuh sementara depan kapal terbang yang telah terbelah. Daripada rakaman terbabit pakar telah membuat kesimpulan bahawa tiada penumpang di bahagian depan pesawat akan terselamat,

Walau bagaimanapun, penumpang yang duduk dibahagian tengah dan belakang mungkin terselamat daripada pendaratan cemas terbabit.

Tidak cukup dengan itu, kecanggihan teknologi kapal terbang sekarang telah membuatkan kapal terbang lebih selamat dan kebarangkalian kerosakan sesebuah kapal terbang adalah sifar. Ini kerana setiap kapal terbang mempunyai komponen sokongan dan kapal terbang juga menjalani penyelenggaraan rapi yang menjadikan ia pengangkutan paling selamat.

Juruterbang Dedahkan Tempat Duduk Paling Selamat Dalam Kapal Terbang 4
Foto via Aviation Voice

Sumber: Tribun Travel