Kenapa Laluan Kapal Terbang Tak Terus Ke Destinasi Tapi Ada Yang Perlu Transit? Ini Sebabnya

Kenapa Laluan Kapal Terbang Tak Terus Ke Destinasi Tapi Ada Yang Perlu Transit? Ini Sebabnya 1

Pernah tak terfikir mengapa ada penerbangan transit dan ada yang juga terus ke destinasi? Sebenarnya setiap penerbangan dan laluan yang digunakan diputuskan oleh banyak faktor. Dan pastinya faktor tersebut berkait rapat dengan kos operasi dan keselamatan.

Ini kerana demi kesinambungan bisnes syarikat penerbangan, kos operasi sangat penting untuk mengekalkan mereka dalam keadaan untung. Dan tidak lupa keselamatan perlu diutamakan demi menjaga reputasi dan pelabur untuk terus memberi sokongan kepada syarikat penerbangan.

Bagi membincangkan mengapa ada penerbangan transit dan ada yang juga terus ke destinasi, berikut kami senaraikan antara faktor-faktor yang membuatkan syarikat penerbangan membuat keputusan sama ada laluan terus atau transit akan digunakan.

1 – Kos Sewa Ruang Udara Sesebuah Negara

Kenapa Laluan Kapal Terbang Tak Terus Ke Destinasi Tapi Ada Yang Perlu Transit? Ini Sebabnya 2
Foto via Geng Travel

Kos yang dimaksudkan adalah ‘overflight fees’ atau yuran atas penerbangan. Ianya berbeza-beza mengikut negara dan setiap negara mengenakan kadar yang berbeza. Jadi bagi syarikat penerbangan pengiraan kos menyewa udara atau mengambil jalan jauh mesti diambil kira sebelum membuat keputusan.

Kemungkinan mengambil jalan jauh dengan menambah kos bahan api lebih murah berbanding menyewa ruang udara. Kos yang diambil kira ini juga menyebabkan harga tiket boleh menjadi mahal seperti harga tiket domestik Sabah dan Sarawak.

2 – Mengelak Kawasan Konfilk

Kenapa Laluan Kapal Terbang Tak Terus Ke Destinasi Tapi Ada Yang Perlu Transit? Ini Sebabnya 3
Foto via Daily News Indonesia

Bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini, kebanyakkan syarikat penerbangan akan menggunakan ruang udara yang selamat dan terpaksa melencong daripada melalui ruang udara negara yang berlakunya peperangan.

Ini kerana risiko tertembak seperti yang berlaku pada penerbangan MH17 dan yang terbaru ialah pesawat Ukraine yang dikatakan terhempas akibat serangan roket yang dilancarkan Iran adalah sangat tinggi dan berisiko.

3 – Latihan Ketenteraan

Kenapa Laluan Kapal Terbang Tak Terus Ke Destinasi Tapi Ada Yang Perlu Transit? Ini Sebabnya 4
Foto via Sinar Harian

Ruang udara juga boleh ditutup bagi tujuan ketenteraan sama ada untuk tujuan penerbangan atau ujian senjata seperti peluru berpandu. Jadi pada waktu ini, sebarang pesawat komersial dan privasi dilarang menggunakan ruang udara atas sebab keselamatan. Pihak tentera akan memaklumkan pada pengurusan penerbangan bagi membolehkan penutupan ruang udara dilakukan. Hanya selepas penutupan ini ditarik balik, barulah ruang udara dibuka semula untuk kegunaan awam.

4 – Cuaca Buruk

Kenapa Laluan Kapal Terbang Tak Terus Ke Destinasi Tapi Ada Yang Perlu Transit? Ini Sebabnya 5
Foto via Youtube

Pernah lihat video kapal terbang mendapat secara sedikit serong? Ya, ini adalah berpunca daripada angin yang kuat ketika pendaratan. Cuaca yang buruk seperti angin kencang dan taufan juga membahayakan kapal terbang baik semasa berlepas, sedang terbang dan ketika mendarat.

Disebabkan itu, juruterbang akan menukar laluan asal apabila dimaklumkan kepada mereka tentang keadaan cuaca seperti angin kencang yang teruk sehingga membahayakan kapal terbang. Jadi adalah lebih selamat untuk melalui jalan yang lebih jauh daripada merisikokan kapal terbang.

5 – Kesesakan Ruang Udara

Kenapa Laluan Kapal Terbang Tak Terus Ke Destinasi Tapi Ada Yang Perlu Transit? Ini Sebabnya 6
Foto via Cisco

Apabila diruang udara, tidak pula kita sebagai penumpang nampak kesesakan ruang udara berlaku di depan mata. Tetapi bagi pengawal lalu lintas udara, kesesakan ini dilihat sangat penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan atau pendaratan dua kapal terbang yang terlalu rapat.

Selalunya, syarikat penerbangan akan memfailkan pelan penerbangan mereka kepada pengawal lalu lintas udara supaya setiap pengawal yang mengendalikan penerbangan dalam perjalanan menyedari butiran dan laluannya. Apabila pesawat berada di lapangan terbang, juruterbang yang berada di dalam kapal akan dihubungi dengan pengawal di menara kawalan lapangan terbang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *