fbpx

Melancong Dalam Negara Je. Wanita Ini Kongsi Percutian Ke Lokasi Rare Di Ipoh Dan Cameron Highlands.

Ahmad Suhael 3

Memandangkan wabak Covid-19 menular semakin terus di seluruh dunia, kebanyakan syarikat penerbangan telah pun membatalkan perjalanan terutamanya ke negara-negara yang terlibat. Malah, kebanyakan negara juga telah pun menyekat perjalanan ke beberapa buah negara.

Orang ramai juga disarankan untuk tidak ke luar negara sebaliknya hanya berada di dalam negara sahaja buat masa sekarang. Wabak ini telah menyebabkan ramai yang terutamanya traveller tegar tidak dapat keluar negara untuk bercuti. Ada yang dapat tuntut ganti rugi ada juga yang memilih untuk tidak meneruskan perjalanan demi keselamatan diri.

Namun, ini tidak menghalang wanita ini meneruskan niat untuk bercuti walaupun hanya di dalam negara. Wanita bernama Rohaiju Baharuddin berkongsi di Facebook percutian beliau dan rakan-rakan di Cameron Highland ke lokasi rare di Ipoh dan banyak lagi. Jom baca perkongsian beliau di bawah.

Melancong Dalam Negara Je. Wanita Ini Kongsi Percutian Ke Lokasi Rare Di Ipoh Dan Cameron Highlands. 1
Foto via Facebook Rohaiju Baharuddin

Trip mengubat lara di hati sebab dua flight telah dibatalkan demi kebaikan sejagat. Jadi kami decide untuk bercuti ke Ipoh dan Cameron Highlands.

Day 1

  1. Gaharu Tea Valley, Gopeng (RM10)
  2. Kellie’s Castle ( tak dapat masuk, ada orang shooting filem)
  3. Tanjung Tualang Tin Dredge (RM10)
  4. Check in M Boutique Hotel ( RM380- 2 malam)

Day 2

  1. Tasik Cermin (RM5 untuk parking)
  2. Clock Tower, Stesen Keretapi Ipoh, Ipoh Town Hall
  3. Masjid Muhammadiah ( Masjid Cina)
  4. Concubine Lane
Melancong Dalam Negara Je. Wanita Ini Kongsi Percutian Ke Lokasi Rare Di Ipoh Dan Cameron Highlands. 2
Foto via Facebook Rohaiju Baharuddin
Melancong Dalam Negara Je. Wanita Ini Kongsi Percutian Ke Lokasi Rare Di Ipoh Dan Cameron Highlands. 3
Foto via Facebook Rohaiju Baharuddin
Melancong Dalam Negara Je. Wanita Ini Kongsi Percutian Ke Lokasi Rare Di Ipoh Dan Cameron Highlands. 4
Foto via Facebook Rohaiju Baharuddin

Day 3

  1. Big Red Strawberry Farm
  2. Nasi Lemak Abang Strawberry
  3. Bharat Boh Cameron Tea Valley (RM3)
  4. Check in Nova Hotel (RM150 – 1malam)

Day 4

  1. Trip ke Mossy Forest , naik jeep, ada driver berenti few spots sebab driver akan explain details pasal teh BOH. Nak naik kereta boleh, tapi sumpah scary. ( RM50 seorang- 4jam tour. Masuk Mossy Forest tu tambah lagi RM10 ye)
  2. Sg Palas Tea Plantation ( dalam pakej tour)
  3. Kilang BOH ( dalam pakej tour)
  4. Kea Farm beli sayur, jagung, keledek.
  5. Balik ikut Tapah, pening kepala terus.
Melancong Dalam Negara Je. Wanita Ini Kongsi Percutian Ke Lokasi Rare Di Ipoh Dan Cameron Highlands. 5
Foto via Facebook Rohaiju Baharuddin
Melancong Dalam Negara Je. Wanita Ini Kongsi Percutian Ke Lokasi Rare Di Ipoh Dan Cameron Highlands. 6
Foto via Facebook Rohaiju Baharuddin
Melancong Dalam Negara Je. Wanita Ini Kongsi Percutian Ke Lokasi Rare Di Ipoh Dan Cameron Highlands. 7
Foto via Facebook Rohaiju Baharuddin

Dapatan dari trip ini:

  1. M Boutique cantik. Puas hati. Klasik.
  2. Tasik Cermin, hurm a bit scary sebab tak ada signboard langsung. Tiba-tiba macam lost di tengah bukit. Lepas dengar suara orang baru tahu kat mana jalan masuk. Kena lalu terowong. Hati-hati la kalau pergi hari biasa, mungkin tak ramai orang.
  3. Nasi Lemak Abang Strawberry, biasa-biasa sahaja. Tapi boleh la cuba, sambal tu sambal strawberry.
  4. Nova Hotel tu bilik studio style yang besar boleh muat satu family, tapi kena bawa toto la. Best sebab bawah mall. Macam- macam boleh makan.
  5. Pegalaman paling indah, ke Mossy Forest tu. Naik jeep melalui jalan sempit. Sesak nafas tengok kehebatan mereka drive. Sesekali rasa nak terhumban dek kerana kecerunan pendakian. Salute la gadis- gadis yang gigih bawa kereta sampai atas. Scary.

Info: Pakej naik ke Mossy Forest by jeep tu beli kat opis dia sebelah Maybank Tanah Rata. RM50 termasuk ke Ladang Teh Sg Palas dan Kilang Boh. Beli sehari awal ye

Okay, itu sahaja perkongsian kali ini. Mungkin kami tak berjaya ke Beijing, Harbin dan Xian, begitu juga dengan trip ke Sapporo. Tapi kami digantikan dengan trip yang best ini. Cuti-cuti Malaysia 2020 telah berjaya dilaksanakan oleh kami selaras menyambut seruan kerajaan.kita hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan segalanya..Million thanks to sahabat Ekien Zainal kerana melayan je ambil gambar semua.

Sumber: Facebook Rohaiju Baharuddin

3 thoughts on “Melancong Dalam Negara Je. Wanita Ini Kongsi Percutian Ke Lokasi Rare Di Ipoh Dan Cameron Highlands.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pakaian Pramugari Muslim Mengikut Syariah Dicadangkan Sangat Berpatutan. Ini Sebabnya

Baru-baru ini kecoh sedikit di media sosial mengenai cadangan pakaian pramugari muslim mengikut syariah. Memandangkan Islam adalah agama rasmi negara Malaysia, adalah berpatutan cadangan yang diketengahkan oleh Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff itu. Namun, cadangan tersebut akan dibincangkan dengan lebih terperinci dengan Menteri Di Jabatan […]
Melancong Dalam Negara Je. Wanita Ini Kongsi Percutian Ke Lokasi Rare Di Ipoh Dan Cameron Highlands. 9