fbpx

Pakaian Pramugari Muslim Mengikut Syariah Dicadangkan Sangat Berpatutan. Ini Sebabnya

Ahmad Suhael

Baru-baru ini kecoh sedikit di media sosial mengenai cadangan pakaian pramugari muslim mengikut syariah. Memandangkan Islam adalah agama rasmi negara Malaysia, adalah berpatutan cadangan yang diketengahkan oleh Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff itu.

Namun, cadangan tersebut akan dibincangkan dengan lebih terperinci dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Cadangan tersebut dikatakan akan hanya dikenakan kepada pramugari muslim. Kepada pramugari non muslim hanya mengenakan pakaian sopan. Pendekatan ini dilihat sangat sesuai dengan status Islam sebagai agama rasmi negara dan kemajmukan rakyat yang berbilang kaum.

Pakaian Pramugari Muslim Mengikut Syariah Dicadangkan Sangat Berpatutan. Ini Sebabnya 1
Foto via Facebook Royal Brunei AIrlines

Malah, pendekatan ini bukan perkara baharu. Syarikat penerbangan seperti dari negara Saudi, Iran dan Brunei telahpun mengamalkan pendekatan ini.

Selain daripada menurut aurat adalah dituntut oleh agama Islam, pemakaian menutup aurat dapat mengelakkan daripada gangguan seksual baik kepada pekerja dan juga penumpang. Ini kerana rata-rata pemakaian pramugari syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia seksi dan menjolok mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Travel Solo Perlu Kos Banyak? Tidak Semestinya. Lelaki Ini Kongsikan Tips Berjimat Travel Solo

Siapa kata nak travel solo perlu memerlukan kos yang banyak? Sebenarnya jika anda betul-betul travel secara solo, banyak perkara yang boleh anda jimat disamping dapat bergaul dengan penduduk tempatan dengan lebih rapat. Baca perkongsian lelaki ini. SOLO BACKPACKING 30 DAYS IN JAVA, INDONESIA Saya just nak share macam mana nak […]
Pakaian Pramugari Muslim Mengikut Syariah Dicadangkan Sangat Berpatutan. Ini Sebabnya 3