fbpx

Travel Solo Perlu Kos Banyak? Tidak Semestinya. Lelaki Ini Kongsikan Tips Berjimat Travel Solo

Ahmad Suhael

Siapa kata nak travel solo perlu memerlukan kos yang banyak? Sebenarnya jika anda betul-betul travel secara solo, banyak perkara yang boleh anda jimat disamping dapat bergaul dengan penduduk tempatan dengan lebih rapat.

Baca perkongsian lelaki ini.

Travel Solo Perlu Kos Banyak? Tidak Semestinya. Lelaki Ini Kongsikan Tips Berjimat Travel Solo 1

SOLO BACKPACKING 30 DAYS IN JAVA, INDONESIA

Saya just nak share macam mana nak reduce kos kalau travel lama tapi lagi adventure dan value lagi tinggi. Dan juga few tips maybe ni experience saya. Setiap orang berbeza.

1. Tak Pakai Supir (tour guide)

Harga supir sahaja untuk 4 hari all in dalam 3.38 juta RP (depend pada tempat yang korang pergi dan supir). Saya dapat buat semua yang di offer 5 ke 6 kali lagi murah.

2. Elakkan hotel Dengan Restoran

Dekat basecamp Gunung Sumbing (Jalur Garung) saya tidur dekat Kedai Kunang-Kunang satu malam 10k RP je. Tapi lepas ada gay kacau aku. Aku pindah homestay sebelah Kedai Kunang-Kunang. Satu malam 100k RP tapi aku nego dapat 50k RP.

Homestay ni boleh kata tak wujud atau tak ramai yang tau termasuk oran area situ. Saya tahu sebab saya banyak berbual dengan orang tak kenal. Jadi mak cik tu offer bilik dalam rumah dia. Ni nombor anak owner, Susi (nama Gunung Sumbing Sindoro gabung) +62 853 2551 5051.

3. Couchsurfing (CS)

Saya ada free personal driver/supir untuk 4 hari (not really free, but u get the point). Maybe akan habis lagi 3.38 juta RP kalau tak pakai CS. So awek ni bawa saya jalan pergi macam tempat dalam 4 hari tu naik moto dia. So saya just isikan minyak moto dia, belanja dia mkn, ole-ole (souvenir), bayarkan semua tiket parking dan tiket masuk dan sedekah dia 200k RP. Dan semua yang saya bayar atau sedekah tu dia tak mintak pun sebenarnya. Semua ni berkali ganda lagi murah daripada guna khidmat supir.

4. Hitchhike

Saya bosan sebab kurang adventure. So hari yang ke 26 kot saya hitchhike ke pantai naik 2 kereta. Dan masa balik ke Jogja hitchhike lagi 1 kereta. Total saya hitchhike cuma 3 kali je. Ingat hitchhike bukan untuk dapat free ride. Hitchhike untuk share great story, untuk teman berbual, untuk tukar driver kalau driver penat. Kalau just untuk dapat free ride please jangan hitchhike.

Travel Solo Perlu Kos Banyak? Tidak Semestinya. Lelaki Ini Kongsikan Tips Berjimat Travel Solo 2
Foto via Facebook Hafizi Hassan

5. Sedekah

Eh? Kenapa sedekah pula? Tadi kata kurangkan kos. Relax brader, chill. Dekat Posong saya sedekah pak cik ojek (teksi tapi motor) tu 10k rupiah je kot. Dia jemput pergi rumah dia makan dan minum. Saya sedekah dekat seorang abang lagi 10k rupiah. Korang tahu apa jadi? Dia pun offer datang rumah dia juga. Kalau saya sedekah 100k rupiah silap-silap dia bagi terus umah die.

Dan banyak kali benda ni jadi. Tapi saya cerita lagi dua cerita cukup ye. Dekat homestay dekt Jogja saya sedekah. Then orang tu offer saya air, dan hantar saya ke station bus naik kereta dia. Lagi best hari tu je saya dapat macam-macam benda free dari beberapa orang. Apa yang saya dapat balik nilai dia berkali ganda daripada apa yang saya sedekahkan. Saya juga dapat menginap 4 hari dan mkn free mungkin dari sedekah ini siapa tahu (akan diceritakan).

6. Be friendly

Saya slalu kena kecam bila mention isu ni. Orang yang negatif akan ckp “kalau lelaki boleh la..”, “Tak berani nak cakap dengan orang tak kenal..” atau “Takot nak cakap travel sorang-sorang”.

Jom buat test. Cuba kalau korang jumpa strangers dekat area rumah korang then korang tanya jalan. Or maybe just berbual sikit. Instinct korang akan cepat tahu sama ada orang tu ada niat jahat atau tidak. Ke korang memang tak ada naluri langsung memang tak ada perasaan.

Kita boleh detect dari body language, eye contact, bau, facial expression, or even cara mereka bercakap. Kita boleh tahu mereka polite ke atau kurang ajar macam komen negatif.

Kalau korang banyak buat research, world record holder travel solo ke semua negara banyak yang perempuan. Dan traveller solo perempuan sangat banyak, ada yang travel umur sangat muda. Ada yang 18 tahun dan ke bawah dah travel sorang. Ok cukup aku membebel. Back to the point.

Time on the way pergi Kledung, saya naik bas. Saya berbual dengan mak cik dalam bas tu. Akibatnya, saya di offer tinggal dalam rumahnya yang sangat besar. Ada 7 bilik kot. Dan ada garden lagi. So saya tinggal dekat sana 4 hari dan makan semua free. Tambahan lagi, family dia bawa saya jalan-jalan dekat pasar buluh (pasar papringan) yang cuma buka setiap 35 hari kot. Pasar ni bayar pon pakai duit buluh.

Dekat homestay dekat Wonosari pula saya berbual lama dengan owner tempat tu macam-macam topik. Tahu apa saya dapat? Dia jadi supir saya dari awal pagi sampai maghrib. Free. So nak kredit dekat dia aku bagi nombor Pak Setya owner Homestay Omah Nggunung +62 812 2504 9300.

Dan banyak lagi kes macam ni. Cuma yang dua kes dekat atas tadi antara yang paling ekstrim. Semua orang baik ni saya offer duit sebelum pergi. Ada yang tolak, ada yang ambil lepas few times saya suruh ambil. Saya dapat ramai kawan baru, ada yang jadi hiking guide saya, ada yang ajak saya join tour guide mereka pergi macam tempat best.

Travel Solo Perlu Kos Banyak? Tidak Semestinya. Lelaki Ini Kongsikan Tips Berjimat Travel Solo 3
Foto via Facebook Hafizi Hassan

7. Research

Korang akan lagi save time, kos and energy. Info-info tempat-tempat wisata (touristic area) biasanya berubah. Contoh sehari sebelum saya pergi Goa Jomblang saya berbual dengan seorang pak cik ni. Dia supir tinggal area situ pun tak tahu se-detail macam saya tahu, walaupun yang manage Goa Jomblang tu kawan dia sendiri.

Pak cik tu cakap boleh booking, “bentar saya hubungi teman saya”, and saya cakap “itu mungkin info lama pak, sekarang saya rasa udah ngak bisa”. Ayat itu lebih sopan daripada “tak boleh pak”, walaupun saya tahu kebenaran.

Disebabkan saya telah buat research dengan teliti, saya merupakan orang yang pertama sampai di Goa Jomblang keesokan harinya dan tidak perlu beratur, saya tahu spot mana dapat gambar paling bagus, pukul berapa Heaven’s Light keluar, ramalan cuaca dan sebagainya.

8. Banyak Bertanya

Semua negara ada scam masing-masing. Dalam sebulan ni saya rasa scam banyak dekat ojek (bukan Gojek), tuk-tuk, rumah penginapan dan supir. Ataupun lagi senang cakap yang tak ada apps, tak ada sistem online or tak ada meter. So make sure selain research, korang tanya orang-orang sekeliling yang dirasakan boleh dipercayai.

Kalau naik teksi tak ada meter ni (ojek or tuk-tuk) make sure tanya orang lain area situ yang nampak boleh dipercayai fasal harga dan sampai mana dia hantar. Jangan tanya driver or geng-geng dia sahaja. Kalo boleh tanya lebih daripada satu orang untuk dapatkan kepastian. Apply teknik sama untuk info-info lain supaya risk kena scam dapat dikurangkan.

Kenapa kena tanya kalau dah buat research online? Sebab kadang-kadang info tu dah lame dan out-dated. Google pula bukan “God-gle” tahu semua benda. Contoh saya kena dekat stesen bas Semanu, dalam web kata ada bas menghala ke Goa Jomblang, tapi sekarang dah tak ada.

Banyak lagi nak cerita. Tapi itu jela dulu ye. Rasa macam nak pergi lagi. Tapi dapat geng yang positif dan hardcore best juga. Kalau ada nak teman one day, halo-halo lah ye. Kalau korang ada soalan boleh komen di bawah or PM. Komen negatif tak dilayan.

Ikuti Facebook dan Instagram: @MarkGhee2

Happy travel geng. Terima Kasih. Assalamualaikum.

Travel Solo Perlu Kos Banyak? Tidak Semestinya. Lelaki Ini Kongsikan Tips Berjimat Travel Solo 4
Foto via Facebook Hafizi Hassan

Sumber: Facebook Hafizi Hassan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Trip Terjah Tempat Menarik Di Terengganu. Wanita Ini Kongsikan 'The Beauty Of Terengganu'

Percutian di luar negara sememangnya impian ramai orang. Tetapi sebenarnya ramai orang tidak nampak ‘hidden gems’ yang berada di negara sendiri. Orang luar negara pun melancong ke negara Malaysia, inikan kita yang sudah berada di negara sendiri, kenapa tak cuba? Sebelum ini kami ada kongsikan fenomena bunga sakura di Kedah. […]
Travel Solo Perlu Kos Banyak? Tidak Semestinya. Lelaki Ini Kongsikan Tips Berjimat Travel Solo 6