Hilangkan Stress Dengan Cara Pecahkan Barang Sebagai Rawatan Minda Dan Perasaan Di Tempat Ini

Anda mengalami tekanan perasaan? Rasa geram dengan seseorang? Nak lepaskan geram biarlah pada tempat yang betul. Ya, tempat yang betul kami maksudkan ialah di The Rage Room.

Di The Rage Room ni, anda boleh melepaskan tekanan kerja, rasa geram anda kepada barang. Anda boleh memukul dan memecahkan barang random seperti botol kaca dan skrin komputer dalam ruangan khas.

Selain itu, anda juga boleh memilih sama ada menggunakan kayu golf, crowbars ataupun kayu baseball untuk memecahkan barang. Dan yang paling menarik sekali ialah sambil-sambil melepaskan geram, anda boleh memilih lagu yang sesuai dengan jiwa geram anda supaya anda terasa puas ketika memecahkan barang.

View this post on Instagram

My bank account this month…

A post shared by ZIN™ Harith Tiew (@thetiewtiewtiew) on

Untuk mengekalkan aspek keselamatam, anda bakal diberi alatan perlindungan seperti helmet dengan pelindung muka dan juga baju jumpsuit bertutup.

The Rage Room oleh MYBestBox ini terletak di Berjaya Times Square dan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Harga tiket masuk untuk satu sesi hanyalah RM40 seorang pada hari biasa dan RM45 pada hujung minggu.